Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label deko. Show all posts
Showing posts with label deko. Show all posts

Tuesday, 27 March 2012

34 hari lagi? oh wow!

Assalamualaikum Semua! ^_^

wahhh dug dag dug dag.. lebih kurang sebulan lagi lah nak menikah. sedikit demi sedikit semua dah berjalan semakin smooth. heh, ayat pun dah tunggang langgang. sebab rumah pun dah start penuh dengan barang-barang yang perlu dikerjakan.

hari tu ada gaduh besar dengan enchik tunang. hal kecil aje. pasal rumah. cuma tiba-tiba dia jadi terpanjang dan panjang dan panjang dan meleret-leret sampai tahap kami nyaris putus tunang. alhamdulillah masih ada sisa kesabaran dan hidup harus diteruskan. yay! enchik tunang pun realize kesilapan dia dan berkali-kali minta maaf.   mohon jangan tinggalkan dia. sob sob sob. perempuan memang cepat touching.

alhamdulillah kami dah dapat rumah sewa area cheras. RM600 untuk 2 bilik, 1 bathroom dan tengah-tengah antara tempat kerja kami berdua. ok lah. fair and square. dia kata, siapa sampai rumah dulu, dia kena masak for dinner. haha. but i know he will be waiting for me to serve him dinner. orang dah ada isteri, kan?

preview sikit bakal rumah kami. ni orang bujang yang duduk. anak dara. so tu macam kosong sikit rupa ruangnya.

then saya pergi shopping untuk doorgift, hiasan barang hantaran, bunga manggar, bunga telur, bunga pahar. berapa banyak bunga daaa... ok, ni pun kat Semua House jalan TAR tu. tapi ni kat tingkat U5. dulu saya tak tahu pun kedai ni. mujur maksu saya jenis kaki gubah hantaran. dia yang bawa saya dan ibu ke sini.

masuk Semua House, terus ke belakang, ada lif. naik ke tingkat U5. keluar lif, ada kedai nama 'Sayang You'.


 nampak tak harga?


 RM42.90

 RM54.00

 RM1.10

 hah ni lagi murah, RM16.80

 himpunan bunga telur cantik-cantik

 cantik. teringin sangattt tapi tak mampu tssk tssk







ni hasil saya pada hari tersebut..


total semua dalam RM311.20. bekas untuk doorgift, hiasan doorgift, hiasan hantaran, bunga manggar bunga telur bunga pahar, apa lagi ye. banyak juga lah shopping kelengkapan.

then baju nikah dah siap! haha. sukaaa. meh nak tunjuk teaser sikit.


lalala~~ saje aje kan buat gambar blur. kain jenis macam satin tapi tak licin macam satin. patch dengan lace, sulam, manik, hah tengok aje lah nanti.

pelamin dah tempah! RM700, dua panel. tengoklah macam mana hasilnya. gabungan idea ibu, saya, dan adik yang bongsu. tempah kat sini, SnSS Beauty House. servis sangat baik! nanti saya buat review untuk ini. saaaaayang kak sal!

kemudian, saya dan enchik tunang pergi survey barang-barang untuk rumah kami. alhamdulillah bulan lepas dah beli mesin basuh. semalam dah beli fridge. lepas saya masuk gaji pula next week insyaAllah nak beli tilam, tv, langsir, tikar, bidai. lalalala~ seronok.





ini fridge kami! hehe. kami minta diorang hantar hari kami masuk rumah nanti. awal mei.

setakat itu progres wedding ni. lepas ni tiap hujung minggu akan minta sepupu sepapat datang rumah kita main-main gam UHU, ye?

oh, hantaran maksu saya yang tolong gubahkan. tehee~

kawan-kawan macam mana?

daa!

xoxo,
Ms Humaira

p/s: hari ni enchik tunang nak pergi ambil kad kahwin. yippiee!

Wednesday, 7 December 2011

Bilangan Hantaran dan Hiasan Hantaran

Assalamualaikum Semua! ^_^

Meriahnya grup Bride to be 2012 kat facebook tu. serius saya memang susah nak follow sangat lantaran kerja di pejabat yang menumpuk. thanks untuk kawan-kawan yang sudi approve friend request saya! ^_^

saya masih belum habis beli barang-barang untuk dibuat hantaran rupanya. tiba-tiba si dia dah naikkan bilangan dulang. 7 berbalas 9! aih, sedangkan 5 berbalas 7 tu pun, saya tak tahu nak letak apa dalam 7 dulang tu, inikan pula 9 dulang? dia ni memang saje tau?

tadi masa rehat-rehat sekejap, saya terbayang macam mana nak hias hantaran saya.


bakul-bakul macam ni boleh recycle semula. untuk rumah baru kami! ^_~


lepas tu saya terbayang ini...




dan saya tahu saya ada ini...


yummm.. tak sabarnya nak buat! tapi kena tunggu dah dekat hari baru buat. kalau tak, tak tau nak simpan kat mana semua bakul hantaran tu. haha..

macam mana kawan-kawan buat preparation awal-awal ye? hasil semua tu simpan kat mana? haha. setakat ni saya simpan bawah meja belajar adik saya. kesian dia.

thee~

macam mana preparation kawan-kawan yang lain?


Yang Masih Berfikir,
Ms Humaira

Thursday, 1 December 2011

Hiasan Bilik Pengantin atau Pelamin?

Assalamualaikum Semua! ^_^

wah, siap ada tanda seru. hehe. bukan apa. sayang kamu-kamu semua yang sudi follow blog kita yang tak seberapa ni. auww malu. ada ke orang baca? hii~ apa pun thanks untuk kawan-kawan semua yang sudi baca. mmmuuaaahhhh flying kiss untuk kawan-kawan. ^_~

tadi kan, lepas office hour saje lah cari makanan best-best sikit. almaklum gaji dah masuk. cuba kalau gaji belum masuk, makan megi aje la hari-hari. eh, megi cup pun mahal apa...

restoran western ni simple saje. dan harga pun tak berapa mahal, affordable. nak kahwin ni kan, duit yang mengalir keluar tu kena ikat sikit. huhu.

eh, kat sini kita bukan nak cerita pasal makanan atau restoran mahupun gaji yang baru masuk itu. kita nak cerita pasal ini:

sementara menunggu makanan sampai, kita pandang sekeliling restoran. dekorasi tak ada apa sangat pun. biasa macam kedai makan lain. pandang kiri kanan atas bawah.. eh, atas lagi sekali, eh, cantiknya. pandang atas sekali lagi...







alamak. cantiknya. terus ambil handphone dan snap gambar. alamak, gambar kat phone tak cantik. real nye cantik.

best kan?

boleh buat untuk bilik pengantin.. ermm.. apa lagi ye.. pelamin pun ok. just kena fikirkan satu kelainan lah untuk pelamin tu.

uhh... suka tak?

pada kita, kita tak guna kot. hehe.



Yang tengah cari tune lagi untuk wedding preparation,
Ms Humaira.

Friday, 4 November 2011

1st Attempt

Assalamualaikum Semua ^_^

hari ni saya nak letak gambar aje. boleh? ni hasil yang saya buat lepas solat subuh tadi. sempat siapkan sekuntum sebelum pergi kerja. hehe. bahan-bahan, guna tudung yang dah tak pakai tu. tak pasal-pasal kena gunting. hehe. yang tengah-tengah guna brooch yang dibeli masa pergi sabah dulu.


























letak dalam kereta. nak tunjuk kepada si dia lepas balik kerja nanti! wee~ tapi kurang puas hati sikit. tak berapa cantik. :(


kan?


Yang Teruja Lagi,
Ms Humaira

Thursday, 3 November 2011

Kursus Kahwin dan Bunga-bunga Cinta

Assalamualaikum Semua ^_^

thanks lala sebab tag saya :) nanti ada masa lebih-lebih sikit saya jawab ye ^_^
and thanks renee for your comment. saya ada baca post renee pergi kursus di TTDI tu :D baucer tu akan kita guna ke nanti ye? si dia kata, kita tak guna kott... well, tak tau lagi kan. hehe.

Girlss!! Saya dah book kursus kahwin on 12 & 13 November 2011 kan kan kan.. but... baru tadi saya text lecturer dan dan dan on 12 nov tu ada lab. so sad. oh oh, i am a tutor *cari duit tambahan nak nikah ni! plus saya memang gila mengajar!*

so terpaksa cancel tempahan dan pospon ke 19 & 20 november. tapi kan tapi kan.. alamak! 19 & 20 nov tu sangaaattttlah banyak jemputan kahwin kawan-kawan.

macam mana ni?

dah tak sengaja ter'book'. takkan nak cancel lagi for 2nd time? seganlah pula -_-"

takpe-takpe wedding 19 nov tu boleh pergi awal sikit since kursus kawen start 2.00 petang masa hari sabtu. but, wedding invitation on 20 nov terpaksa cancel semua.

sorry kawan-kawan. i doakan dari jauh. maaf T___T

oh ya girls, hari tu ada tengok siaran wanita hari ini. then tertengok very very very nice stunning and sangat jatuh hati dengan ini!


saya terus like fanpage diorang ni. 

dengan harapan, nak dapatkan lebih banyak idea for my wedding. puaslah duk tenung gambar-gambar diorang. sebab nak cuba buat sendiri! haha.

when i show this to my parents, diorang pun sangat suka dan teruja suruh i cuba buat sendiri. 

tapi saya tak terfikir macam mana nak buat bunga-bunga cinta tu. sedih! 

until i saw this!


oh oh, ni salah seorang bride yang saya follow. dah lama rupanya intan ni buat tutorial bunga-bunga ni. siap ambil tempahan lagi. al-maklum, saya baru sahaja beberapa minggu ni teruja nak buat persiapan perkahwinan. makanya sebelum ni, tak ada lah nak teruja sangat tengok benda-benda macam ni.

thanks sebab kongsi ilmu ni ya intan! sangat-sangat menghargai! 

now, saya dah terfikir baaaaaaaanyak hiasan yang akan saya gunakan fabric flower ni sahaja.

jimat? yes! definitely! i can get all the kainssss for free! tinggal beli butang dan dawai saja.

tak sabar nak balik rumah dan cuba!

teruja!

Yang Teruja,
Ms Humaira

Monday, 31 October 2011

I got fantastic frens here girls!

Assalamualaikum ^_^

ini adalah entri penghargaan untuk kamu-kamu semua. kawan-kawan semua sangat supportive dan buat saya rasa teruja dan kuat untuk meneruskan persiapan perkahwinan ni, insyaAllah. :) i want to share this joy with all of you. yelah, kalau baca entri-entri yang sebelum ni, ramai yang bagi semangat, tumpang sedih, menangis dan membuatkan saya ubah sedikit cara berfikir saya. thank you girls!

terima kasih untuk nuraien sebab komen pada entri yang lepas.sangat-sangat tak sangka boleh ada kawan dalam alam maya macam ni, yang kita boleh kongsi all those feeling :) thanks ya! oh, aien jangan nangis-nangis sebab humaira pun rasa nak nangis terharu ni! :)

terima kasih juga untuk cik zimie. sangat supportive juga. seronok ada kawan macam ni. your blog inspired me. and your words also. thanks dear :)

dan juga untuk kawan-kawan lain yang banyak komen di entri sebelum-sebelum ni. saya rasa lebih bersemangat, kuat, dan yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya. saya akan sentiasa membuat review komen kawan-kawan di perenggan pertama entri.

saya rasa sangat seronok. dan tak ada tempat saya kongsikan kegembiraan ini, melainkan di blog yang istimewa ini, dan kongsi bersama yang tersayang. *ouch, malu!*

sebab saya tak pernah reveal persiapan nikah kahwin ni dengan teman-teman rapat. belum cukup confident untuk bagi tahu diorang yang, "hey, i am getting married!". eh, perlu ke macam tu? *double malu*

plus mungkin kami tak ada lagi perbincangan antara family, tu yang buat saya kurang yakin kott. setakat ni, kami main ikut suka kami sahaja. apa yang dibincangkan dalam family saya, saya akan sampaikan kepada si dia. kemudian apa yang family dia bincangkan, dia akan sampaikan kepada saya. tapi nampaknya sekarang, family saya yang conquer everything. maksud saya, dari tarikh, ke perjalanan majlis masa akad nikah dan walimah nanti, semua family saya yang tetapkan. :( nasib baik family dia pun kata, ok sajoh! biarlah keluarga perempuan yang tetapkan sebab majlisnya di belah perempuan! mana nak dapat bakal keluarga mertua macam  ni? huu~~

dan dalam setiap perbincangan saya dan family pun, kami akan fikirkan family si dia.

contoh, lepas akad nikah, family si dia akan lepak mana? nak bagi makan apa?

even single thing pun kami akan fikirkan. nasib baik juga lah keluarga si dia pun tak jauh mana. di hilir perak. masih tidak jauh dari KL. *ke saya je kata gitu? tapi family dia kata tak?*


tapi pun masih ada perbincangan antara saya, ibu, ayah dan adik bongsu (bakal floor manager muahahaha). hari ni kami bincang a few isu besar.


1. Dewan
nampaknya, ibu ayah kata dewan yang kami nak sangat tu macam di jalan besar dan susah sikit orang nak keluar masuk dan keluarga kami nak berulang-alik pun payah. *hampa* maka ayah kata

"hal dewan, biar ayah pergi sendiri ke dewan kat sini, biar ayah tanya sendiri, minta diorang tunjuk jadual diorang. soalnya, kalau telefon-telefon ni, payah sikit."

ok, settle. serahkan kat ayah. nanti tinggal nak update. dan segala jenis soalan nak tanya kepada orang dewan tu pun dah list down kan. tapi kalau tak dapat dewan yang dekat dengan rumah tu macam mana? T____T takkan kena tangguh tarikh? sob sob sob~~~


2. Makanan
pasal makanan, ayah dah bincang dengan kawan dia. alhamdulillah respon positif. tinggal nak bagitahu tarikh sahaja.

yang pasti, lauk kenduri saya bukan ayam masak merah, dalca, nasi minyak dan lain-lain lauk yang seangkatan dengannya itu.

lauk apa?

tungguuu.... :D yang pasti, lauk yang didatangkan khas dari tempat asal saya. hehe. bak kata ibu, "silap hari bulan, kita terbang balik sana sekejap nak beli bahan-bahan lauk.."

amboi, sampai macam tu sekali, ibu. siapa nak sponsor duit tiket tu ibu? hehe...


3. Sewaan barang-barang katering dan meja makan beradab dan dewan
ok, kami memang tak nak pelamin. ini dipersetujui kedua-dua kami dan keluarga pun ikut. hehe. jadi kami perlu hiasan meja beradab yang cantik dengan bajet yang sangat minima. kedekut tak? tapi serius kami tak mahu terlalu mahal kat sini, tapi tetamu makan tak best. so sad. ayah dan saya punya prinsip yang sama. kami nak orang datang makan, kenyang dan puas hati dengan servis. jadi perlukan hiasan meja beradab yang sedap mata memandang.

dan oleh sebab tukang masak adalah keluarga sendiri yang diterbangkan khas, maka haruslah tiada tray untuk lauk, pinggan-mangkuk dan segala macam tu kan. jadi perlu SEWA.

kawan-kawan ada cadangan kat mana yang boleh provide kerusi, meja, alas, hiasan meja beradab dengan harga yang affordable kat KL ni?




thanks kawan-kawan sebab sudi singgah sini dan membantu sama.

oh ya, ini adalah kenduri pertama untuk kedua-dua belah keluarga. sebab tu kami kabut dan 0 experience. hanya pengalaman kawan-kawan yang membantu kami.

thanks again!

Yang perlu pertolongan,
Ms Humaira.