Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label HIV test. Show all posts
Showing posts with label HIV test. Show all posts

Tuesday, 28 February 2012

HIV & IKEA

Assalamualaikum Semua! ^_^

oh, dua perkara di atas saling tiada kaitan :D

seperti dalam entri ini, saya akan buat HIV test dengan inchik tunang, semalam. kat klinik kesihatan seksyen 7, shah alam. kemain jauh pergi HIV test. padahal banyak je klinik kat kl.

alasan? saje. suka. gedik. sebab konon feeling nak jadi warga shah alam.

appointment kami buat by call. best best. takyah pergi 2,3,4 kali.

lebih kurang pukul 2 petang, kami sampai klinik. ambil cuti sampai satu hari. sebab? pagi tu diskus tentang kad kahwin, peta dan lain-lain hal kahwin. yelah, saya sangat lah tak ada masa jadi cuti ini perlu digunakan sebaiknya.

ni prosedur untuk sesiapa yang buat HIV test di klinik kesihatan seksyen 7, shah alam, ok?

mula-mula terus naik tingkat satu, ambil borang, isi borang.

lepas tu turun bawah, dapatkan nombor giliran masing-masing. then tunggu di depan kaunter pendaftaran. lepas nombor dipanggil, register, bayar singgit, dan letak borang dalam box di luar bilik 13.

ini nombor giliran kami.

lepas tu tunggu aje lah nombor anda dipanggil. kalau anda keseorangan, sila bawa buku atau alat permainan yang boleh hilangkan bosan -_-" kalau tak, silalah bersembang dengan inchik tunang atau dengan orang sebelah atau bermain chak chak dengan bayi. bayi ye?

kemudian, nombor dipanggil. sila bagi jari anda. saya bagi tangan kiri. kalau guna tangan kanan nanti nyut nyut berdenyut takleh makan. gedik.

tap. guna alat apa tah untuk ambil darah kat jari tu. ada la dalam beberapa titisan je dia amik untuk buat HIV test ni.

lepas tu tunggu di luar. nanti dah settle, dia akan panggil nama, bagi result.


alhamdulillah. tak positif. hehe. dah boleh kahwin. haha.

lepas tu, kami request untuk check darah. kot lah ada darah jenis tak normal ke.

pergi ke kaunter pendaftaran semula. mintak untuk check darah. untuk talasemia.

nanti akan dapat semula nombor giliran untuk masuk bilik doktor pula.

lepas tu, tunggu nombor giliran. masuk bilik doktor. nanti doktor akan tulis-tulis kat kad kuning. lepas tu sila letak kad kuning tu dalam box depan bilik 13 juga.

tunggu nombor giliran lagi.

kali ni dia ambil darah sampai satu tabung darah. cucuk kat pelipat lengan tangan. darah saya macam tak mahu keluar. sedih.

lepas tu, sila bawa kad kuning dan tabung darah anda ke makmal klinikal. tunggu sampai result darah anda diberikan.

masuk semula bilik doktor. nanti doktor akan bagitau keputusan. "darah awak normal." alhamdulillah :)

tapi inchik tunang, doktor tak kata macam tu.

doktor kata, "ok, awak dah boleh kahwin.."

ceh! pukul 4.30 baru settle everything.

lepas tu kami pergi ikea. nak survey barang-barang untuk rumah kami. waaa rumah kamiiii...

tak mampu. rasa macam mahal. tapi macam murah pun ada. mungkin boleh ambil inspirasi dari cara susunan perabot. apply ke rumah kami nanti.  

 cantik pula kaler purple ni.


 bersepahnya. haha.


 ni pun not bad.


 check harga


 bakal rumah kami mungkin macam ni. sebab dia ada satu ruang besar yang perlu dibahagi dua. ruang santai & makan.


 geram!


 eh, dah tak ada orang?


 lagi satu contoh yang not bad.


 menangis tengok


 check harga lagi


 ni macam rimas sikit.


lepas tengok-tengok, kami jumpa sesuatu idaman hati..

ini...



dan boleh dipankan dengan ini..



kemudian kami jumpa ini..



dan ini jugaaa...



hahahahaha kaching kaching.. marilah ke mari wahai duittt....


Yang masih lebam tangan,
Ms Humaira

Tuesday, 21 February 2012

February Checklist & Senarai Barang Hantaran


Assalamualaikum Semua! ^_^

Maaf sekali lagi sebab memang kekurangan entri aje kebelakangan ni. Masalahnya kan, wedding preparation pun kita slow down gila. 70 hari lagi!

But few achievement dicapai bulan ni.

Here my February checklist:

·         Kursus Kahwin @ Masjid Negara
·         Book appointment untuk Ujian HIV
·         Settlekan prosedur dengan pejabat agama
·         Finalize bilangan jemputan untuk both side
·         Finalize design kad kahwin
·         Finalize doorgift
·         Beli printer
·         Print envelope kad kahwin
·         Baju nikah harus siap without perincian at least
·         Confirm & bayar down payment caterer untuk bride side
·         Sila ambil baju untuk majlis bertandang
·         Fitting baju majlis bertandang

Februari tinggal 9 hari tapi banyak lagi yang belum finalize nampaknya tu.


Lepas tu baru teringat nak godek semula hantaran.

Ini senarai hantaran:
·         For Her
o   Handbag & Kasut
o   Jubah
o   Telekung
o   Manisan/buah
o   Cincin/Gelang & Maskahwin
o   Al-Quran
o   Jam
·         For Him
o   Kasut
o   Wallet & Belt
o   Jaket
o   1 set shirt & pants
o   Coklat/manisan/kek
o   Kain pelekat & Sejadah
o   Set Perfume & Toiletries
o   Jam
o   ____________ (tak ada idea lagi!)

Huwaaa ini pun banyak lagi rupanya!

Pengsan macam ni. Duit macam dah start mengalir laju. Kami dah start beli barang rumah. InsyaAllah hujung bulan ni beli mesin basuh dan peti sejuk. Tumpang letak kat rumah kawan saya sekejap sementara kami sedang cari rumah sewa juga. Nak letak kat rumah sendiri, rumah sendiri pun kecil.

Adakah mode bridezilla akan turn on?

Tapi hari-hari OT dan hujung minggu pun kerja ni. I do really need TIME, girls…

T_____T


Yang sangat perlukan masa,
Ms Humaira

Wednesday, 15 February 2012

Bakal Pengantin Excited Nak Kena Cucuk Jarum!

Assalamualaikum Semua! ^_^

tau tak, kita almost lupa about HIV test!

tu lah excited sangat lagi 2 bulan 2 minggu nak kawen, HIV test baru teringat. tu nasib baik teringat tu.

yelah bila baca-baca blog B2B yang lain, semua kata HIV test tu leceh. sebab kena buat appointment tu leceh. pastu nak tunggu segala kemain lah lama kan? tak tau lah kot kalau macam miza, leh terus test HIV sendirik. theee~

tadi kita baru call Klinik Kesihatan Datuk Keramat (03-42573333) alhamdulillah telefonis sangat ramah, suara lembut. yelah selama ni kalau cakap pasal customer service dari badan-badan kerajaan, semua negatif, kan?

tapi tarikh paling awal untuk ujian pun, 7 Mac 2012. kita pun call inchik tunang, beliau kata, tak kisah. uruskan aje lah mana yang patut.

then, saya try call Klinik Kesihatan AU2 (03-42579466), dia kata kalau nak buat appointment kena datang sana. alamak beratnya vontot nak ke sana tengahari nanti kan?

kita pula terfikir saje gatal nak perabih minyak kereta nak buat ujian HIV kat klinik jejauh sikit. kita pilih klinik kesihatan seksyen 7 (03-55186531), shah alam. sebab kita memang suka pergi klinik tu. hantar nenek.

dan sebab memang suka shah alam lebih dari tempat lain. haha tak ada kaitan. tak, shah alam dekat dengan tempat inchik tunang. maka mudah untuk beliau tapi susah sikit untuk saya. tak apa. tak kisah.

kat sini pun boleh appointment by call sahaja. nanti dia akan mintak nama penuh dengan IC. dah lah suara kita ada 'idgham' sikit hari ni. al-maklum tak sihat.

then dapat dah appointment. 27 Februari 2012 ni insyaAllah. sebenarnya beza jauh juga dengan klinik kat keramat tu kan? dalam 10 hari.

inchik tunang kata, ok.

yay! tak sabar nak kena cucuk jarum. tapi tau dah setakat cucuk sikit hujung jari tu aje. hehe.

ni untuk kawan-kawan semua....



senarai nombor telefon klinik kesihatan sekitar malaysia.



boleh lah try call ye? ada sesetengah klinik minta kita datang sana untuk appointment. ada sesetengah boleh by call aje.

cubalah.


Tak Takut Jarum,
Ms Humaira

p/s: ujian HIV ni valid 3 bulan dari tarikh dikeluarkan. so sesiapa nak kahwin sebelum 15 mei tu, boleh lah buat ujian sekarang! :D

PEMBETULAN: ujian HIV valid 6 months. yang 3 bulan sebelum tu untuk submit borang-borang prosedur nikah tu. sorry gurls!

p/s2: inchik tunang orang perak, prosedur untuk mohon kebenaran berkahwin di  luar kawasan sama aje ke?