Assalamualaikum Semua! ^_^
tau tak, kita almost lupa about HIV test!
tu lah excited sangat lagi 2 bulan 2 minggu nak kawen, HIV test baru teringat. tu nasib baik teringat tu.
yelah bila baca-baca blog B2B yang lain, semua kata HIV test tu leceh. sebab kena buat appointment tu leceh. pastu nak tunggu segala kemain lah lama kan? tak tau lah kot kalau macam miza, leh terus test HIV sendirik. theee~
tadi kita baru call Klinik Kesihatan Datuk Keramat (03-42573333) alhamdulillah telefonis sangat ramah, suara lembut. yelah selama ni kalau cakap pasal customer service dari badan-badan kerajaan, semua negatif, kan?
tapi tarikh paling awal untuk ujian pun, 7 Mac 2012. kita pun call inchik tunang, beliau kata, tak kisah. uruskan aje lah mana yang patut.
then, saya try call Klinik Kesihatan AU2 (03-42579466), dia kata kalau nak buat appointment kena datang sana. alamak beratnya vontot nak ke sana tengahari nanti kan?
kita pula terfikir saje gatal nak perabih minyak kereta nak buat ujian HIV kat klinik jejauh sikit. kita pilih klinik kesihatan seksyen 7 (03-55186531), shah alam. sebab kita memang suka pergi klinik tu. hantar nenek.
dan sebab memang suka shah alam lebih dari tempat lain. haha tak ada kaitan. tak, shah alam dekat dengan tempat inchik tunang. maka mudah untuk beliau tapi susah sikit untuk saya. tak apa. tak kisah.
kat sini pun boleh appointment by call sahaja. nanti dia akan mintak nama penuh dengan IC. dah lah suara kita ada 'idgham' sikit hari ni. al-maklum tak sihat.
then dapat dah appointment. 27 Februari 2012 ni insyaAllah. sebenarnya beza jauh juga dengan klinik kat keramat tu kan? dalam 10 hari.
inchik tunang kata, ok.
yay! tak sabar nak kena cucuk jarum. tapi tau dah setakat cucuk sikit hujung jari tu aje. hehe.
ni untuk kawan-kawan semua....
senarai nombor telefon klinik kesihatan sekitar malaysia.
boleh lah try call ye? ada sesetengah klinik minta kita datang sana untuk appointment. ada sesetengah boleh by call aje.
cubalah.
Tak Takut Jarum,
Ms Humaira
p/s: ujian HIV ni valid 3 bulan dari tarikh dikeluarkan. so sesiapa nak kahwin sebelum 15 mei tu, boleh lah buat ujian sekarang! :D
PEMBETULAN: ujian HIV valid 6 months. yang 3 bulan sebelum tu untuk submit borang-borang prosedur nikah tu. sorry gurls!
p/s2: inchik tunang orang perak, prosedur untuk mohon kebenaran berkahwin di luar kawasan sama aje ke?
4 orang si cantik sudi komen:
kite baru lepas buat semalam kat kk shah alam. kalau nak boleh baca review kat blog. buat la talasemia sekali... dah alang2 kan? hehe
talasemia! nasib baik epa ingatkan. thanks dear! inchik tunang soh kita buat medical check up 1 badan terus. haha..
thanks 4 d review!
good luck dear...wanie mula2 takut jarum rupa2nya dia just cucuk sikit jer nk dpt setitis darah..hehe =)
Just^me~
hahaha.. bukan takut sangat pun kan sebenarnya? :D
Post a Comment