Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 3 April 2012

Prosedur Pernikahan Kuala Lumpur

Assalamualaikum Semua ^_^

hallooooooooooooooooooooooooooooooooo.....

waaaa~ sedang menghitung hari pula ni. menghitung-hitung dihitung. 27 hari lagi! huwaaa! takut!

beberapa perkara dah done. cuma baru tahu, katering tak provide alas meja. haha. macam nak marah lah pula kan. kenapa sekarang baru bagitahu?? kenapa tak bagitahu 2-3hari sebelum majlis aje? *sick*

semalam baru lepas sudahkan prosedur kat masjid. maksud saya, ambil tandatangan tok imam.

saya agak beruntung sebab bride & groom guna prosedur JAWI (Kuala Lumpur). jadi encik tunang tak perlu balik perak dan selesaikan semua. kami pun menikah di KL.

ni prosedur untuk kes dua-dua urusan bride & groom dilakukan di KL (walaupun alamat IC groom adalah Perak), menikah di KL.

1. download borang 1, borang pengesahan pemastautin di website jawi.

2. kena settlekan part lelaki dulu.

  • isi borang 1 dua salinan
  • isi borang pengesahan pemastautin
  • fotostat ic
  • pengesahan bujang dari majikan
  • keputusan HIV test
  • fotostat sijil kursus pra perkahwinan
  • sijil kursus pra perkahwinan asal
3. pergi ke masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal. dalam kes saya, encik tunang tinggal di Bandar Tun Razak, Cheras. jadi beliau ke masjid yang berdekatan. selalunya imam (penolong pendaftar nikah, cerai dan ruju') ada di masjid selepas asar.

4. dapatkan tandatangan imam masjid tu. imam akan sign di borang 1 dan borang pengesahan pemastautin.


5. bagi semua dokumen ni kepada pihak perempuan.

6. settlekan dokumen perempuan pula,
  • borang 1 dua salinan
  • fotostat ic bride
  • fotostat ic wali - dalam kes saya, ayah adalah wali
  • surat akuan nikah ibu ayah 
  • keputusan HIV test
  • fotostat sijil kursus pra perkahwinan
  • sijil kursus pra perkahwinan asal
7. pergi ke masjid berdekatan. dalam kes saya, saya dalam kariah masjid keramat. so saya ke sana semalam. sila bawa wali bersama.

8. untuk perempuan, banyak sikit yang akan di check. dalam kes saya, ustaz siap tengok salinan ic ibu (nasib baik bawa) untuk confirmkan nama dalam surat nikah. lepas tu ustaz akan check pula borang lelaki.

9. then ustaz confirm kan semula tarikh, waktu dan tempat nikah. saya menikah di masjid. maka ustaz perlu lock dalam planner beliau. 


10. dah siap sign, hantar kedua-dua borang ke JAWI. lepas tu submit semula borang kebenaran nikah tu ke masjid tempat anda menikah.

ustaz kata, "hantar borang ke JAWI pukul 8 pagi, pukul 9 dah boleh menikah dahhh.."

hahaha.

gelak.

pandai ustaz buat lawak.





siap dah! jumaat ni nak pergi JAWI untuk submit semua ni :)

alhamdulillah.


Yang Dah Nak Menikah Rupanya,
Ms Humaira

6 orang si cantik sudi komen:

a.d.i.b.a.h said...

thanks for sharing this dear! sgt membantu. sy mmg tgh cari2 jgk blog b2b mane yg same kes mcm sy. sbb sy ngn encik tunang both org KL. hehe.

btw, goodluck and happy preparing ye!

Mila Kamil said...

info yg berguna untuk sy... thanx! =)

Unknown said...

aisyah menikah kat masjid al-akram ke?

semoga semuanya bjalan lancar aisyah!

zuhra@cosmoladiess.com

Aisyah Humaira said...

adibah~
ye ke.. hehe.. dun worii.. kl punya prosedur agak mudah ;)

cik mila~
welkam :D

zuhraiqi~
insyaAllah.. amin.. thanks! :D

Mawar said...

huuuu malas gilaaaa nak fikir procedure borang2 ni. saya dan tunang dua2 orang selangor, takde pulak jumpa blog yg menceritakan procedure kat selangor ni. hehe.. omg lagi 17 hari eh? ALL THE BEST!! :)



http://howimetyourabah.blogspot.com

Aisyah Humaira said...

Mawar Fadzil~
hahhaa.. dulu kita pun malasssss gila! hahaha.. kalau tak target bulan feb dah settle semua.. tapi malaasss punya pasal.. bulan april jugak selesaikan.. masa tu baru la rasa macam, eh, kang tak kawen kalau tak settle kan.. haha..