Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Friday 13 April 2012

Prosedur Nikah KL (Part 2)

Assalamualaikum Semua!!! ^_^

17 days to go0oooo..

ok hari ni saya nak sambung part prosedur nikah ni. ingat lagi entri ni? haa.. baru sampai part dapatkan sign penolong pendaftar (pak imam masjid kariah memasing).

jumaat lepas, saya dan encik tunang sama-sama ke JAWI untuk submit borang-borang ni. make sure semua yang dikehendaki, dah ada. tapi biasanya kat masjid tu pak imam dah check semua dah. kalau dah lengkap baru dia suruh submit ke JAWI.

kami ingat kedua-dua orang perlu ada masa submit borang tu. rupanya tak payah. kalau tau gini, suruh encik tunang aje pergi submit borang tu. hehe.

mula kami agak konfius, kat mana JAWI tu? tapi saya teringat pernah nampak nama bangunan tu masa pergi kursus kahwin kat masjid negara dulu. so kami pun heading to masjid negara.

memang betul pun JAWI kat situ. hehe.

kami masuk dalam bangunan tu, nak cari parking. rupanya tetamu tak boleh parking kat dalam. parking luar. hukhuk

masuk aje ke JAWI tu dah banyak signboard. follow saja ke bahagian perkahwinan dan keluarga kalau tak silap nama dia.

ambil angka giliran dan tunggu. tak lama pun. lepas tu submit borang kat orang kaunter tu, dia check dan tunggu semula.

nombor dipanggil lagi untuk bayaran. sila bayar RM25.00 ye untuk proses pendaftaran.

then tunggu lagi. nanti dia akan bagi slip perakuan pendaftaran *warna hijau* dan hantar semua dokumen yang dikepilkan tu ke jurunikah memasing (pak imam masjid tempat nak menikah tu).

semalam baru submit. hantar gitu aje. book tarikh dan masa dengan jurunikah, settle.

alhamdulillah.

dah lega prosedur semua lepas :)

baju dah siap.
persiapan semua alhamdulillah.

boleh kata tinggal tunggu hari aje lagi ni.

Yang Belum Berdebar,
Ms Humaira

4 orang si cantik sudi komen:

Suria said...

alhamdulillah..
suria pn dah settle dh, tinggal tunggu hari jee..humaira dlu :D

Zila Zainal said...

hi! i'm a b2b from selangor. salam kenal :) u're followed :) do visit me ya http://eatclimbrun.blogspot.com/

a.d.i.b.a.h said...

senang je eh? hehehe. thanks so much sbb share. sgt berguna utk sy. hehe. btw, seronok nye nk kawen dah!! ni yg xsabar ni!! hehehe.


all the best dear and congrats in advance! hrp majlis awk berjalan lancar nanti. Amin. ^_^

Aisyah Humaira said...

Suria~
yup.. suria a few days after kita kan? hehe.. alhamdulillah settle semua :)


Zila Zainal~
hai! thanks for visiting mine :D


adibah~
amin.. thanks.. rasa macam tinggal tunggu hari aje :D