Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 18 July 2012

Pengalaman Saya Miscarriage - Keguguran

Assalamualaikum Semua! ^_^

saya ingat nak review wedding one by one tapi baru perasan cd dari photographer tertinggal di rumah. so tak apalah.

saya nak kongsi sesuatu. sesuatu yang berlaku lebih kurang seminggu yang lepas. entri ini panjang.

mulanya hari khamis (5 Julai 2012), saya dah rasa pedih-pedih kat bawah perut. bahagian ari-ari macam tu. pedih macam gastrik. sepatutnya saya period pada 30 jun. ni dah 5 julai pun tak period lagi. dan saya jenis yang memang period on time. saya agak, mungkin mengandung. tapi malasnya nak pergi beli pregnancy test kit. nak minta encik suami belikan pun malas.

sebabnya?

sebab bulan lepas excited sangat sampai 3 kali beli test kit, tapi negatif. macam dalam entri ini.

mari flash back sekejap.

masa tu saya beli sebab rasa teruja terlebih-lebih sebab saya alami mual yang agak teruk lepas kahwin tu.

baru 3 hari dari tarikh subur, dah beli. beli 2 pula tu! haha. mula-mula test lepas balik kerja. tapi negatif. kecewa. kawan kata, kena test pagi-pagi. air kencing pertama pagi tu. pagi tu test, negatif. kecewa lagi. tapi ada kawan bagi harapan. katanya, tunggu period lewat, baru test lagi sekali.

bulan tu saya jangka period saya pada 3 jun 2012. pagi 3 jun tu, masih tak period. terus test dengan test kit yang suami dah beli malam sebelum tu. ini adalah test kit yang ketiga. haha. see?? super-duper excited, kan?

but still negatif.

saya kata pada suami, "kita tunggu aje lah saya period ke tak..."

tengok-tengok petang tu period. haha. tergelak sendiri lah saya.

tapi masa tu saya nampak muka suami sangat kecewa. sebab dulu sebelum kahwin, dia berazam. nak pastikan saya bunting pelamin.

haha. tapi kita hanya merancang, Allah menentukan, kan?

sebab tu untuk awal julai ni, saya malas nak fikir, malas nak test.

berbalik pada rasa pedih pada 5 julai tu. saya fikir, mungkin gastrik. tapi agak mustahil di bahagian bawah perut. tak apalah. mungkin baby menendang? haha. ok, imaginasi saya dah ke laut.

pagi jumaat tu saya dah tak senang duduk di office. sekejap-sekejap ke tandas. check period ke tak. perasaan hati macam nak period, macam tak. tapi rasa basah di kawasan miss V.

jumaat malam tu, kami ke kampung suami. sebab nak ambil mak ayah mertua, bawa ke KL. masa tu saya rasa macam nak pengsan sebab letih yang amat (saya dalam hectic schedule di office masa tu)  perjalanan KL-Sungkai, suami memandu. tapi perjalanan dari sungkai ke KL, saya yang drive sebab suami dah mengantuk. plus traffic jam di kawasan bukit tagar, ada accident. kami sampai rumah kami dalam jam 3 pagi.

masa tu saya masih menahan perut sakit. bila masuk toilet, ada tompokan coklat pada seluar. saya dah risau. tapi saya beritahu suami, "saya period kot." saya pakai pad. sebab fikir, ya, period kot.

kami masuk tidur. tapi saya tak boleh tidur walaupun terlalu mengantuk dan penat. terasa perut pedih mencucuk disertai sakit yang macam perut disentap ke pinggang. pinggang saya rasa nak tercabut. rasa macam senggugut tapi tahap yang saya tak boleh tahan bercampur rasa pedih mencucuk. saya kejut suami. air mata dah mengalir masa tu. memang sakit sangat.

pagi sabtu tu, pad saya still ada tompokan coklat. bukan darah period biasa. saya dah musykil. ni period ke apa?

sabtu itu saya bekerja. lepas suami hantar ke pejabat (sebab dia nak guna kereta. bawa mak ayah jalan-jalan), saya macam biasa tapi perut pedih lagi. cuma agak kurang dari malam tadi.

dan...

saya terasa nak buang air kecil. saya masuk toilet. darah keluar dengan banyaknya, perut pedih amat dan ada satu ketulan kecil dalam toilet bowl. rupa macam hati ayam, diameter lebih kurang 7-8cm. saya dah menggigil. apa tu? macam bukan period.

saya keliru. tak tahu nak buat apa. saya diamkan aje dulu. tunggu suami ambil petang tu.

bila saya beritahu suami petang tu, beliau tak kata apa-apa. diam. beritahu mak ayah mertua, mereka kerisauan. malam tu kami ke batang berjuntai, ada kenduri sepupu suami. kami tidur di sana.

malam tu saya masih bleeding. masih keluar saki baki ketulan macam hati ayam tu. darah pekat dan likat mengiringi. saya menangis sendiri.

pagi ahad saya tidur seharian. saya sangat lemah, muka pucat. memang tak mampu nak tolong apa-apa dalam majlis tu. sampai suami saya diperli "baru ada isteri dah kena buat macam-macam untuk dia". masa tu suami tolong gosokkan baju dan tudung saya. ada juga ahli keluarga yang tak faham keadaan kita.

ahad petang lepas kenduri, suami bawa ke hospital. dan doktor tak dapat sah kan selagi tak scan.

hari isnin, scanning. doktor kata otot rahim saya tak kuat. dan semua dah bersih.

dan start hari tu, saya ambil folic acid.

nak kata sedih, tak juga. saya rasa tenang sebenarnya. saya redha. dan saya tahu, Allah Maha Mengetahui, bila sebenarnya masa sesuai untuk Dia anugerahkan kami dengan anak. cuma saya perhatikan suami agak down. saya tahu dia memang teringin sangat nak anak. saya dan suami memang suka anak ramai. tapi tu lah, bukan kita yang tentukan semua tu, Dia.

orang ramai ingat kami merancang. tapi tak pernah terlintas pada fikiran kami untuk merancang. saya tak ambil pil perancang dan memang kami inginkan anak.

tak apalah, buat masa ni saya perlu rehat. walaupun berada di pejabat, tapi kerja saya diringankan sedikit. boss pun suruh saya berehat.

dan saya pun dah kurang menjengah ke blog ex-B2B lain, group wifey mom to be kat facebook tu. pedihnya masih terasa. walaupun redha, tapi sedih. tak sanggup baca keseronokan kawan-kawan bercerita saat gembira mengandung.

ya, still need time to recover...

Tenang,
Puan Humaira.

10 orang si cantik sudi komen:

Sheila Salim said...

salam kak, actually kan sheila pun lalui benda yang sama mcm akak. cuma suami sheila tk bawa g klinik. check it out! hati sheila kuat mengatakan sheila keguguran. sheila hanya mampu menangis je kak... ketulan darah seakan hati ayam tu sama macam sheila! bleeding byk seakan period cuma ianya darah yg lebih cair. kak, sheila simpati dgn nasib akak. be strong sis!

Nisa Dawi said...

sabar ye humaira...
ada hikmah di semua yang jadi..

lagipun awak kawen baru je lagi kan, sabar..

DIA lebih mengetahui bila awak boleh ada anak kan..

sabar ye...
tapi meremang jgak sy baca pengalaman awak gugur ni...='(

PN.SaL said...

awk..sgt sayu bl baca...sal sendiri da lm x hupdate blog..skang ni baru hupdate 2 pn cite2 bese..bkn cite psl ank or psl kawen lg...sbbnye sal sndr xtau bl sal akn dikurniakan anak...rezki 2 Allah swt da tetapkan kn...so sndr pn da kurang jenguk ke grup wifey mum 2 be n b2b disebabkan hal tersebut n kekangan keje...

puan.mila said...

takziah humaira..moga ada rezeki lain tuk awk nnti..sabar ye..

safurara said...

sedihnya,sabar ye.kdg2 bila kita nantikan xde,bila buat x tau cm ni lak jd nya.sabar ye.

qaseh_fariza said...

salam dear... qaseh pun ade rase sakit2 bwh perot. sehingga ke pinggang tp belum period lgi. risau pula bila bc pengalaman awk

Shakina Farhan said...

innalillah..bagus la humaira redha & tak sedih2 sgt..u r strong girl! insyaAllah org ckp lepas miscarriage lg mudah nak lekat..take care ye dear..semua ada hikmahnya kan..

Dell said...

emm .. dell nangis . huhu . terasa ape yang Humaira rasa . T__T xpelah, usaha tangga kejayaan. Allah dah tentukan rezeki masing2. sabar ye dear !

Mr & Mrs Sallehudin said...

Its ok dear.. sabar dan berdoa.. I pun sama jugak mcm U.. hubby pun teringin sangat nak baby. tapi malangnya lepas I buat pemeriksaan doktor, I ada simptom PCOS..
cuba baca my entry kat cini :)

http://mrandmrssallehudin.blogspot.com/2012/07/what-is-pcos.html

Aisyah Humaira said...

Boo~
w'salam sheila.. kita alami benda yang sama.. takpe.. kita sama-sama strong, kan? :)


Nisa Dawi~
tu lah.. baru kawen kan.. Allah bagi honeymoon lagi ni.. hehe..
insyaAllah Dia lebih tahu yang terbaik.. :)


Sal~
Sal.. kannn.. tu laa.. tapi sekarang dah sikit-sikit boleh adapt dengan suasana.. hehe.. sekarang lebih usaha untuk pregnant ;)


Rara~
hai rara.. tu la.. tengah cuba set kepala ni, buat tak tau.. tapi susahnya nak buat tak tau tu kan.. hahaa..


qaseh_fariza~
erkk.. pegi cek kat klinik k? sakit perut ni macam2 jenis.. cek tau!


Kina~
eheh.. yeke lepas miscarriage akan lagi mudah lekat? harapnya macam tu lah kan.. aminn.. take care too kina! berapa minggu saje lagi :)


Dell~
alamak.. janganla nangis.. sorii buat dell nangis.. tu lah.. kena usaha kuat.. hehe..


Mr & Mrs Sallehudin~
woah.. PCOS ni boleh ubat tak?