Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 19 March 2012

Pengantin dan Inai

Assalamualaikum Semua! ^_^

lama dah kita tak menjengah ke sini. banyak juga perkara yang perlu diselesaikan lagi. 43 days more!

berikut antara perkara yang considered done:
- baju resepsi side perempuan
- baju resepsi side lelaki
- aksesori both side
- pelamin side perempuan
- doorgift side perempuan
- dewan side perempuan
- kursus kahwin
- HIV test
- beli barang hantaran
- survey kedai bunga handbouquet
- hiasan hantaran untuk lelaki
- kad kahwin
- photographer
- catering

wow. tiba-tiba impress dengan list yang dah done ni. padahal lagi 43 hari maka haruslah lebih banyak list yang done!

haha.

seronok.

ok, hari ni nak cerita pasal inai.

hari tu saya bagitau enchik tunang, "hujung minggu ni kalau balik kampung, jangan lupa bawakan daun inai balik KL, ye?"

"untuk apa?"

"untuk kita pakai masa menikah nanti..."

"lelaki pun kena pakai ke?"

"perlu!"

haha. saya pantang betul dia ni suka betul nak mengelak dari menunjukkan tanda-tanda yang dia dah beristeri nanti. dia kata, "yang penting, hati...."

 daun inai

ini daun inai. haha. ni pun nak tunjuk ke?

dulu depan rumah saya ada pokok inai. tapi dah kena tebang, ganti dengan pokok nangka. dulu masa kecil-kecil suka pakai inai. sampai rambut pun letak inai. jadi cokolat rambut hitamku. :D

saya kata, saya nak inai kat tangan yang bercorak-corak tu. yelah, bila lagi nak pakai. time ni aje lah. lepas tu ibu kata, "bukan benda tu haram ke?"

saya gugel. 

haruslah gugel, kan? kalau dah nyata haram, memang tak ada lah saya terpacak kat masjid india tu cari makcik ukir inai kat tangan. 

maka saya terjumpa sesuatu dalam website fatwa malaysia. e- fatwa.

Hukum Pemakaian Inai Bercorak.
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan 


so, apa pendapat kawan-kawan?

saya memang teringin nak pakai. tapi saya nak corak yang macam ni aje...



atau yang ini...


haaa.. tapi cukup sampai pergelangan tangan sahaja.

lepas tu inai daun dari kampung tu, untuk letak kat hujung jari.

alololo tomey tomey.

haha.

till then, girls!

xoxo
Ms Humaira

8 orang si cantik sudi komen:

puan azie said...

dulu azie pon nak corak mcm pic 1st tu.. nice sangat tapi bila semua makcik2 membebel pasal xleh lukis inai bagai tros cancel plan.. tapi azie percaya dgn fatwa tu.. cume malas jer nak dgr mcik2 bebel huhu

Ezza Z said...

Apa saja perhiasan utk kaum wanita haram dipakai oleh kaum lelaki cth inai.
sekadar berkongsi ye cik humaira.

Aisyah Humaira said...

puan azie~
hahaha.. betul2.. letih juga kalau dgr bebel2 tu..

Ezza Z~
tp mcm mna muzakarah fatwa blh kata gitu ye...

Ezza Z said...

Saya ada baca kat buku UAI sebab tu saya komen.
Kalau ustaz tu tipu tak la plak. :)

Ezza Z said...

Cuba tengok kat utube pe yg UAI ceramah.
Mungkin boleh membantu.
"Hukum lelaki pakai inai".

Aisyah Humaira said...

Ezza Z~
thanks :) dah tengok ceramah UAI.. tapi pelik kan macam mana boleh ada percanggahan kat sini..

tapi tak apa lah, saya memang pakai inai.. yg lelaki, terserah kat dia.. tapi dia tu cincin pun tak mahu, apatah lagi inai.. haha..

Ezza Z said...

Ur Welcome humaira.
Lelaki mmg cmtu,suami sy pun tak suka pakai cincin so,ikutkan je.hehe.

Aisyah Humaira said...

Ezza Z~
tu lah.. parents siap tanya, mana cincin utk lelaki.. kita kata, tak ada.. dia taknak... huhu..

Cik Zimie~
huuu.. bab beli memang kat kl ni kita belum jumpa la zimie.. sebab kita mintak inchik tunang petik kat kampung dia.. nak kita petikkan utk awak jugak ke? hee~