Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 24 April 2012

List Keperluan Barang Rumah

Assalamualaikum Semua! ^_^

kenapa entah hari ni mood nak update blog banyak-banyak pula kan?

tapi komen-komen dari entri ini kita belum habis dalami dan selami lagi. hehe.

gedik tak nak buat list macam tu? bukan apa, bila lagi dekat tarikh macam ni, otak memang ligat bekerja, fikir apa lagi yang tak cukup.

sekarang kita try concentrate untuk rumah. sebab right after majlis, kita terus masuk rumah baru. lalala~

berikut adalah beberapa barang yang kita rasa patut ada untuk masuk rumah baru yang kosong. boleh juga jadi idea untuk kawan-kawan bagi hadiah kawen untuk kawan-kawan lain *cewah!* eh eh bukan bukan. idea untuk kawan-kawan yang nak masuk rumah baru juga. boleh kita tukar-tukar list. hehe.


1. Ruang Tamu

  • tikar/karpet
  • langsir/bidai
  • rak kasut
  • tv
  • rak tv
  • astro (perlu ke? haha!)
  • alas kaki... ke nama dia pengesat kaki?
  • meja kopi (at least)
  • bunga! (bagi cantikkan sikit ruang)
  • frame Allah, Muhammad, atau ayat-ayat Quran
  • bangku comel-comel (sebab belum mampu beli set sofa kan)


2. Master Bedroom

  • katil
  • tilam & bantal
  • almari
  • meja solek
  • penyangkut baju
  • penyangkut tudung
  • penyidai sejadah & telekung
  • cadar
  • comforter


3. Dapur

  • dapur gas
  • tong gas
  • peti sejuk - DONE!
  • set pinggan mangkuk
  • set cawan gelas jug
  • set pisau - DONE!
  • set kuali
  • set periuk belanga
  • periuk nasi
  • termos/water heater
  • set balang besar & kecil
  • tupperware
  • set pencuci pinggan mangkuk
  • lesung batu - DONE!
  • set sudip - DONE! & peralatan masak
  • microwave
  • blender
  • kain pengelap
  • sudu garfu


4. Bilik Air

  • set mandian
  • set detergen & pencuci bilik air
  • baldi & gayung
  • set rak utk bilik air


5. Laundry

  • penyidai
  • bakul laundry
  • sabun cuci
  • hanger & penyepit baju
  • mesin basuh - DONE!


6. Lain-lain

  • penyapu
  • mop
  • penyodok sampah
  • plastik sampah
  • pencuci lantai
  • bulu ayam
  • extension plug


tu je yang kita terfikir setakat ni. ada kawan-kawan yang nak tambah list?

wah, banyak rupanya yang belum beli! walaupun benda kecil-kecil, campur-campur semua yang kecil-kecil tu pun mau cecah RM500 and above jugak tu, kan?

orang kata benda-benda macam pinggan mangkuk cawan tu sure orang bagi hadiah kahwin.

tapi selain pinggan mangkuk cawan tu, sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh bagi, kan? sebenarnya saya pun baru dapat idea nak beli apa untuk hadiah kawen kawan-kawan bila buat list macam ni.

sekarang kena letak list of priority pula.

lalala..

hehe.


Yang pening nak beli barang rumah,
Ms Humaira / Nadia Fitri

10 orang si cantik sudi komen:

Nisa Dawi said...

eh eh..dah ada /Nadia Fitri ye..hehe
=)

rajin nye buat list camni..
takpe2...nanti adiah kawen, boleh topup apa2 yang takde..hehe

::Aja:: said...

yeay!actually aja pon tgh fikir pasal list masuk rumah baru.weeeee

None said...

ha'ah, okei dah tu list..cuma yg barang2 dapur tak payah beli lagi, sebab maybe byk yg guest bg hadiah nanti, ika brg2 dapur mmg tak beli langsung sampaikan dapur gas pun org bagi hadiah, mmg tak sangka la kan, cuma prepare duit utk beli brg2 kecik macam saji, bekas plastik tuk letak lauk2 nak dibasuh, penapis, pengelap kaki n particular things yg kecik2 yg kat dapur memang kita akan guna utk rutin..mula2 mmg rasa tak penting tp bila takde payah pulak..

Aisyah Humaira said...

Nisa Dawi~
hahaha.. ceh..
macam kena ada je list ni takut terlupa.. haha...


Aja~
kannn.. rasanya memang penting ni. kita bukan pikir pasal kawen je.. masuk umah pun kena pikir *pening*

Aisyah Humaira said...

Green Apel~
haa tu laa.. ramai kata barang-barang tak perlu beli dulu..
wah, ada lagi list untuk ditambah.. haha..
tu la rasanya kalau dah duk kat dapur tu, baru perasan, eh eh, benda ni tak ada.. kan?

Fahimah Mahayuddin said...

bestnya dah start buat list. saya belum lagi sebab lepas kawen terpaksa pjj kejap dengan husband until dia tamat kursus dan dapat kerja baru di sini.Huhuhu...

Puan Cik Jan said...

huhu. bagus la humaira. kita nak cilok awak punya list. hehe. :)

SOULMATE is said...

same!! sy pun tgh dok usha list2 tuh...
byk yg dah ada..yg xada pun byk gak..hehe

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Nk tiruu hihi

Aisyah Humaira said...

IMaH~
list ni pun sebab nak bagi kita ingat.. nanti ada je yg terlupa haaa~ huhu..
tapi kan, for me, kalau PJJ boleh beli barang sikit-sikit dulu. tak perlu besar-besar sebab nanti nak letak mana kan.. beli yg kecil2 dulu macam cadar ke, langsir ke.. kan..


Cik Jan~
hehe.. sila sila.. tambah-tambah lagi mana yang patut :D


SOULMATE is~
haha.. tu lah pasal.. kita cakap ngan tunang, benda kecik2 takyah beli dulu. sebab maksu kita dulu dekat bape biji tah periuk nasi dia.. haha..


Rina Lia~
sila laa.. ^_^ tambah2 jugak mana yg patut kayh..