alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menulis entri di pagi hening ni. hening. sebab on the way ke office tadi, sejuk semacam. pastu langit kelam. cewah, langit kelam. :D
thanks untuk yang dah komen dalam entri sebelum ni. pasal doorgift tu. banyak juga pandangan dari kawan-kawan. semua cadangan pun baik sampai saya konfius nak buat pilihan. nanti saya akan cuba reply komen kawan-kawan, ye?
kita lari sikit tentang persiapan perkahwinan. hari ini saya macam nak sentuh sikit tentang kehidupan berumah tangga.
ye, saya tahu saya belum ada pengalaman sepicis pun tentang alam rumahtangga ni. tapi ilmu yang sedikit ni marilah kita kongsi bersama. sebagai persediaan kita sebagai isteri.
apsal ayat skema ni?
ok, ada tak perempuan di luar sana yang rela sungguh-sungguh rela serius takkan makan hati kalau bermadu?
aaa.. tak ada yang angkat tangan kot?
siapa yang rela berkongsi kasih, kan? sedangkan saidatina aisyah r.a pun cemburu dengan madu-madunya. tapi Rasulullah s.a.w adalah suami terbaik. tahu menjaga hati setiap isteri baginda.
poligami tu dihalalkan. kita perempuan ni tak boleh lah menolak 100% poligami ni. kan? takkan kita nak mengharamkan perkara yang halal.
macam dalam surah an-nisa, ayat 3.
tapi, kalau dikhuatiri tidak akan berlaku adil, maka kahwin sorang sahaja.
kat malaysia ni, kita ada akta undang-undang keluarga islam. jadi setiap hak isteri dilindungi. poligami boleh dipertimbangkan dengan mengambil kira syarat-syarat macam kat bawah ni,
- poligami boleh diteruskan memandang kepada keadaan si isteri seperti mandul, uzur jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila
- pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
- pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
- perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.
tahu tak kawan-kawan, kita boleh meletakkan syarat supaya suami tak berpoligami? syarat ni akan diutarakan sebelum kita menikah. kalau si lelaki bersetuju, maka kita bersetuju terima pinangan si lelaki.
dia bukan sejenis perkahwinan kontrak. tapi sebagai perlindungan untuk isteri. hak seorang isteri.
pernah tengok cerita ketika cinta bertasbih? saat anna althafunnisa nak menikah dengan furqan, anna letakkan syarat.
kita boleh letak syarat macam ni,
- selagi saya terdaya melakukan semua tanggungjawab sebagai isteri, dari segi lahiriah atau batiniah, maka si lelaki tidak boleh menikah lain
kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. kita ada seumur hidup dengan suami kita nanti. setiap masa kita akan diduga. jadi kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan.
lagi satu, kita ada lafaz taklik masa akad nikah nanti, kan? lafaz taklik tu pun perlidungan kepada isteri. jadi kalau di kemudian hari kita teraniaya, kita masih ada hak yang boleh dipertahankan.
saya ada sakit belakang. jadi saya pun takut saya tak mampu tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik nanti.
jadi saya pun letakkan syarat macam ni kepada encik bakal suami:
- selagi saya masih terdaya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, lahiriah dan batiniah, maka awak tak boleh menikah lain
- sekiranya awak ingin menikah lain, saya akan berhenti kerja serta-merta. jadi kalau awak mampu tanggung segala keperluan saya & anak-anak kalau saya dah tak bekerja (termasuk kos perubatan, tempat tinggal dan segala yang complete), dan mampu tanggung satu lagi 'cawangan' lain, dipersilakan untuk menikah. tapi harus melepasi syarat pertama dulu.
- bakal isteri kedua haruslah seorang doktor yang mampu menjaga saya, tahu merawat saya
best tak syarat macam ni? hehe. tapi inchik tunang kata, "haaa sebut-sebutlah pasal bermadu, kang jadi betul-betul kang saya tuntut tunaikan syarat tu."
saya jawab semula, "nak sangat ke berpoligami? satu ni pun tak lepas lagi, ada hati nak fikir 2,3,4? kalau awak betul-betul sayang saya, awak takkan fikirkan sangat hal syarat-syarat tu. yang penting awak nak jaga saya dunia akhirat, kita nak kumpul pahala sama-sama. kalau keadaan poligami tu menzalimi saya, hilang pahala-pahala awak."
dia diam.
dalam sibuk prepare majlis, kita perlu juga prepare ilmu. supaya kemudian hari kita tak makan hati, tak dizalimi.
aisyah & maria
Yang sibuk baca buku satu bab satu hari,
Ms Humaira
5 orang si cantik sudi komen:
betulll...aja pon xsanggup.uhuk3..aja siap pernah cakap ngan incik tunang.kalo awk nak kawen lain, sy lagi rela diceraikan dr bermadu..sebab ape? kalo cerai, saya kecewa lepas tu insyaAllah sya akan ubat keciwa tu...kalo bermadu, saya takut sy keciwa, makan hati dan berdosa dgn suami..sbb marah2 suami..xlayan suami..jadi better lepaskan..smpai cmtu dh aja pikr
beutl ckp awak..bile nk kawen ni ilmu agama pun penting jugak..yes mmg betul perempuan ikutkan hati..perasaan..tp kalau saye dpt soalan cmni dr husben or mane2 lelaki saye akan tanye diorg balik : memang poligami mengikut sunnah rasulullah tp kewajipan lain kite sbg umat islam dh buat ke? solat n iman jage ke?
tapi keadaan tu akan bertukar kalo saya x mampu nk bahagiakan suami saye..huuu~~ sedih~~
suka entry ini. suka syarat2 tu ^_^
hehe...alah lelaki selalu fikir poligami tu hak mereka..memang betul tapi kita pun ada hak kita...asalkan masing2 tau ilmu insyaAllah pasangan akan lebih menghargai antara satu sama lain kan?
Aja~
huhuhu.. tapi kan awak, perkataan cerai tu perkataan yang paling digeruni seluruh manusia yang berkahwin. uhuk~ marilah kita jaga rumahtangga bersama-sama
sis intan~
hahaha selalu diorang akan babitkan hal 'sunnah' ni.. amboi.. kalau bab kahwin aje sunnah, bab lain? haha.. tapi kita patahkan balik.. nabi kahwin lebih sebab menolong orang susah.. :D
az azhari~
haha.. best kan? ada rasa nak buat? :D
just me~
betul! haha.. mentang-mentang hak diorang. lelaki kan ego. jadi bila ego diorang rasa diorang berkuasa. tapi perempuan tak perlu risau, lengkapkan diri dengan ilmu insyaAllah semua boleh diatasi :)
Post a Comment