Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label dewan. Show all posts
Showing posts with label dewan. Show all posts

Monday, 21 November 2011

2 Tarikh? & List Hantaran

Assalamualaikum Semua ^_^

kelakar lah ibu dan ayah ni tau! saya rasa nak cium-cium pipi sorang-sorang.

hari tu kata nak cancel dewan kan?

but lepas aje ayah habis merewang bersama kawan-kawan di majlis seorang jiran semalam (20112011), tiba-tiba dia kata kepada ibu,
"penat juga kan buat kat rumah sendiri macam ni, kita buat kat dewan aje lah senang. kalau buat kat rumah banyak lak kena fikir.."

maka ibu menyampaikan kata-kata ayah ni kepada saya.

serius saya pening ni. yang mana satu pilihan hati ayah dan ibu.

haiyoo. macam mana sekarang ni? nasib baik dewan tu memang dah tempah dan saya tak berani lagi nak cancel booking since ibu dan ayah pun tak stabil macam ni.

dan kami pula decide macam ni.

1. kalau buat di rumah, kami nak adakan majlis lebih awal dari tarikh majlis di dewan. sebab tarikh yang sebelum ni berdasarkan availability dewan. so since guna khemah, suka hati kami lah nak letak tarikh majlis bila, kan? *bergantung cuti semester adik saya yang di universiti. sebab kalau buat di rumah, saya amat amat amat amat memerlukan khidmat dia untuk mengemas rumah!muahaha~*

2. kalau buat kat dewan, kita ikut sahaja rancangan asal.

ok.

kami dah siap beli barangan hantaran yang berupa barangan. bukan makanan. makanan nanti-nantilah. dah dekat tarikh baru beli. takkan nak beli sekarang?

ini senarai barang hantaran.


5 balas 7


untuk si dia
  • cincin
  • kasut
  • wallet & belt
  • jaket
  • set perfume & mandian
  • jam
  • coklat/manisan/buah/kek


untuk saya
  • cincin & maskahwin
  • handbag
  • kasut
  • telekung
  • coklat/manisan/buah/kek


eh, ada lagi yang belum beli rupanya? -_-" dah malas nak pergi cari. sebab kami ni terbalik. selalunya perempuan yang lebih excited shopping dan tengok sale sana sini kan, tapi yang ni lain. si dia lebih SUKAAA shopping berbanding saya. dia yang akan beli banyak not-listed item berbanding saya. nak marah kang, duit dia... -_-"

tapi kan, si dia tak pakai jam. dia kata kalau saya bagi jam pun, dia akan bagi saya yang pakai. takkan saya nak pakai jam lelaki?

si dia tak mahu kain pelikat (eh, betul ke eja ni?), sejadah, al-quran, shirt & pants (sebab dah ada jaket).

saya dah buntu dah ni.

any idea nak ganti jam tu dengan apa wahai kawan-kawan?


Yang Tak Tau Nak Beli Apa,
Ms Humaira


(p/s: bila ibu tengok senarai ni, dia mengamuk kenapa tak ada sirih junjung. eh, what for? tu adat aje kan?)







Friday, 11 November 2011

Dewan Sekitar KL

Assalamualaikum Semua ^_^

blog review:
farhanna
atiqah

jetsetter
elie lily
fazlien

banyak juga komen receive bila sehari tak buka blog ni. thanks for those who comment, especially entri Cancel Kahwin. ya, semua pasangan pun ada dugaan masing-masing dan saya redha.

sesiapa yang ada baca entri sebelum ni, Pilihan Kedua, mesti tahu apa yang sedang saya lakukan sekarang.

tapi kannnnn.... lepas banyak perbincangan dengan ibu ayah, sekarang ni nampaknya bukan kenduri kecil-kecilan lagi dah ni! dah nampak kenduri macam semua pasangan normal yang lain!

tapi syarat beli rumah dan semua duit hantaran untuk ibu tu masih kekal.

sebab tu saya masih memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk merealisasikan impian wedding yang best tapi dengan bajet yang affordable.

cakap pasal beli rumah, hari tu si dia bertanya, "habis tu, rumah untuk kita macam mana? takkan kita nak menyewa bertahun-tahun.."

saya hanya diam seribu bahasa. awak, kita hadapi semua ni sama-sama ye? insyaAllah ada rezeki kita nanti.

phew!

lupakan yang sedih mari kita senyum pada tarikh 11.11.11. dulu konon nak kahwin tarikh ni. tapi sebab berbulan juga pujuk ibu dan ayah, tak dapek den nak kahwin tarikh cantik ni. hehe.

since i dah pun booking dewan idaman hati i tu, now i nak kongsikan pengalaman i cari-cari dewan. i mulakan step untuk persediaan nikah ni dengan cari dewan. al-maklum, kat KL ni bukan senang nak dapat dewan. i mean yang affordable. ado banyak dewan hotel tu haaa tapi tak mampu i yuuu~

apa yang i listkan ni adalah dewan pilihan hati dan berdekatan dengan rumah. thee~


1. Stadium Titiwangsa (03-40239558)
- saya tak sure kena berurusan dengan siapa sebab untuk tempat ni, si dia yang call.
- still available from Mac to June 2012 (on the day si dia call tu. hujung oktober). masa dengar ni saya dah girang riang-ria dah.
tapiiii....
- harga dewan RM3800. *gulp* masa dengar je harga, terus cancel! tak mampu lah.


2. Dewan Serbaguna Datuk Keramat (call En. Razip 019-3438100 untuk dapatkan nombor telefon dewan ni)
apa yang i tulis untuk dewan ni ada 2 version.
a) Version Si Dia call
- RM100 per hour, minimum 8 hours = RM800.
- deposit RM600
- the only date available from Jan-June 2012 is 30th June
- cancel sebab June tu my sis ada exam. so tak boleh kacau.

b) Ayah pergi tanya sendiri ke sana
- RM100 per hour, minimum 8 hours = RM800
- diwajibkan ambil sewa karpet yang bernilai RM500, so total RM1300
- dewan kosong tak ada meja, kerusi, PA sistem
- ada air-cond
- date available, 18 April 2012 & 30 Jun 2012


3. Dewan Kampung Baru (03-26914793 En. Irwan)
- 3-4 hari call tak angkat pffftt!


4. Dewan Wangsa Maju (03-41428080  En. Mohd Rom)
- tempahan dibekukan sehingga Jun 2012. lepas Jun 2012 diorang tak berani ambil tempahan sebab belum dapat arahan kena beku ke tak.
- tak tahulah kenapa tempahan dibekukan tu -_-"


5. Dewan AU5, AU2 dan semua dewan di bawah jajahan takluk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) (03-42968000)
- ni saya tak call. tapi berdasarkan pengalaman kawan yang pernah buat kenduri di salah satu dewan MPAJ ni.
- meja kerusi disediakan
- rate, dia tak ingat


6. Dewan Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 (03-42566711)
- sila berurusan dengan guru besar. sebab masa saya call tu, kerani yang berkenaan minta saya bercakap dengan guru besar. tapi by time guru besar tak ada
- tapi menurut kata kawan ibu, rate dia, RM850


7. Dewan Sekolah Jalan Gurney 1 (03-26988475)
- tak dan nak call dah dapat dewan idaman hati muahaha..


8. Dewan Wisma Sejarah (03-26815388 En. Shahril)
- 6 jam RM1250
- air-cond, 300 kerusi, 30 meja bulat, PA sistem + technician, meja buffet, meja hadiah, meja makan beradab, bilik persalinan, bilik menunggu



ok, itu sahaja list yang saya ada. kawan-kawan boleh juga gugel 'Dewan DBKL', 'Sewa Dewan DBKL', bagi mereka yang bukan berada di jajahan takluk kawasan saya ni.

agak-agak yang mana satu dewan pilihan saya ye? hehe.

nak kongsikan statistik pagi ni,

ni pun nak 11 juga.. ahaha :P


Yg masih sedang design baju,
Ms Humaira



Wednesday, 9 November 2011

Dewan Lagi (Part 3)

Assalamualaikum semua! ^_^

eh, banyak betul part dewan ni kan?

lepas perbincangan dengan ibu ayah malam tadi, nampaknya, memang insyaAllah confirm majlis kami akan diadakan di dewan tuuuutttt *akan di'reveal' bila dah dekat tarikh nanti. lokasi: kuala lumpur. ok, dewan yang sama yang saya poskan pada entri ini. dapat juga dewan idaman hati. hehe*.

saya dah bagi duit deposit kepada ayah. sebab hari ni macam tak boleh keluar office. time off semalam belum ganti. hehe.

insyaAllah majlis kami akan berlangsung pada bulan mei 2012 *bulan kelahiran saya*.

rasa macam lamaaaaa lagi. ke sekejap je sebenarnya? hehe.

saya baru beli expanding file. konon nak letak material, resit-resit sepanjang wedding plan ni. oh, saya memang seorang yang teliti juga macam ayah. dan everything kena ada black & white. that is my style.

ni kalau si dia tahu saya beli fail harga RM18 tapi lepas tu lunch dengan nasi kosong yang berharga RM1 sahaja ni, mesti dia marah.

thee~

fail beli mahal-mahal tapi isi perut dengan nasi kosong aje.

nak kongsi ni,


hehe.

cantik tak?

otak ligat berfikir apa yang boleh saya buat lagi ni.



Yang baru lega 1%,
Ms Humaira

Tuesday, 8 November 2011

Dewan Lagi (Part 2)

Assalamualaikum Semua ^_^


ingat lagi entri ini?

saya baru lepas balik dari tengok dewan tadi. kebetulan si dia pun ada kesempatan turun KL sekejap untuk tengok dewan. so, saya, ibu ayah, si dia dan sorang officemate pergi tengok dewan tu. saya sangat berharap dapatlah bayar deposit dewan tu hari ni dan saya akan rasa, phewww!~ legaaa....

tapi tadi, ya, ayah seorang yang sangatlah teliti, very detail person, every inch kena tengok. pada saya, saya memang dah 100% berpuas hati dengan dewan tu. harga yang sangat affordable dengan parking yang selesa, kerusi, meja, PA sistem, tempat loading barang, pantri, bilik persalinan, tandas dan surau yang memang sangat-sangat pada saya, complete lah kan, tapi muka ayah macam ada sikit kurang puas hati sikit. saya tak tau kat mana lagi kekurangan dewan tu tapi dia kata tadi, "nanti balik kita bincang lagi..."

pffttt...

saya dah penat nak bincang hal dewan lagi. sebab banyak lagi perkara dalam kepala saya ni yang rasanya perlu diselesaikan. selagi tak bayar deposit dewan ni, saya tak tenang.

dah lah dewan ni pilihan ramai orang.

takut tarikh tu nanti dah tak available.

siapa yang nangis nanti?

T______T

mungkin sebab dewan tu maksimum 250 orang sahaja pada satu-satu masa. jadi ayah risau kalau peak hour macam mana? takut orang tak dapat tempat duduk.

:'(

adoiiiiii dewan lain sangatlah mahal...

macam mana nak pujuk ayah kejap lagi ye?


Yang nak dewan,
Ms Humaira.

Dewan Lagi

Assalamualaikum ^_^

banyak betul isu berkaitan dewan ni. kerana dewanlah yang menentukan tarikh kami disatukan. dewan punya pasal tu? selalunya pengantin bebas memilih tarikh yang diorang suka untuk melangsungkan hari pernikahan mereka, tapi yang kami ni, bergantung pada tarikh dewan available :) haha...

sebab family saya nak habiskan one shot. pagi nikah, tengahari kenduri. dah, settle. :)

ok, hari raya aidiladha hari tu ada mesyuarat besar keluarga. banyak juga isu yang dibincangkan berkenaan majlis kami ni. tapi paling utama, saya kena jerkah,

"apsal nak kahwin awal sangat? tak mau tunggu sampai hujung tahun?"

saya terdiam, kelu. tapi hati berombak, berkata-kata.

saya jawab dengan, "tak mahu tunggu lama. lagipun tinggal nak run saja. kami dah survey sana sini dan dah fikir itu ini. so kami yakin kami dah sedia."

fuh!

aunts & uncles akur dengan keputusan saya.

hari ni insyaAllah akan bayar deposit sekuriti untuk dewan. lepas bayar deposit kejap lagi, saya ceritakan apa yang berlaku sepanjang siri penjelajahan saya mencari dewan ni ye?


sayang kamu semua!

Yang nak keluarkan duit simpanan pertama,
Ms Humaira

Monday, 31 October 2011

I got fantastic frens here girls!

Assalamualaikum ^_^

ini adalah entri penghargaan untuk kamu-kamu semua. kawan-kawan semua sangat supportive dan buat saya rasa teruja dan kuat untuk meneruskan persiapan perkahwinan ni, insyaAllah. :) i want to share this joy with all of you. yelah, kalau baca entri-entri yang sebelum ni, ramai yang bagi semangat, tumpang sedih, menangis dan membuatkan saya ubah sedikit cara berfikir saya. thank you girls!

terima kasih untuk nuraien sebab komen pada entri yang lepas.sangat-sangat tak sangka boleh ada kawan dalam alam maya macam ni, yang kita boleh kongsi all those feeling :) thanks ya! oh, aien jangan nangis-nangis sebab humaira pun rasa nak nangis terharu ni! :)

terima kasih juga untuk cik zimie. sangat supportive juga. seronok ada kawan macam ni. your blog inspired me. and your words also. thanks dear :)

dan juga untuk kawan-kawan lain yang banyak komen di entri sebelum-sebelum ni. saya rasa lebih bersemangat, kuat, dan yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya. saya akan sentiasa membuat review komen kawan-kawan di perenggan pertama entri.

saya rasa sangat seronok. dan tak ada tempat saya kongsikan kegembiraan ini, melainkan di blog yang istimewa ini, dan kongsi bersama yang tersayang. *ouch, malu!*

sebab saya tak pernah reveal persiapan nikah kahwin ni dengan teman-teman rapat. belum cukup confident untuk bagi tahu diorang yang, "hey, i am getting married!". eh, perlu ke macam tu? *double malu*

plus mungkin kami tak ada lagi perbincangan antara family, tu yang buat saya kurang yakin kott. setakat ni, kami main ikut suka kami sahaja. apa yang dibincangkan dalam family saya, saya akan sampaikan kepada si dia. kemudian apa yang family dia bincangkan, dia akan sampaikan kepada saya. tapi nampaknya sekarang, family saya yang conquer everything. maksud saya, dari tarikh, ke perjalanan majlis masa akad nikah dan walimah nanti, semua family saya yang tetapkan. :( nasib baik family dia pun kata, ok sajoh! biarlah keluarga perempuan yang tetapkan sebab majlisnya di belah perempuan! mana nak dapat bakal keluarga mertua macam  ni? huu~~

dan dalam setiap perbincangan saya dan family pun, kami akan fikirkan family si dia.

contoh, lepas akad nikah, family si dia akan lepak mana? nak bagi makan apa?

even single thing pun kami akan fikirkan. nasib baik juga lah keluarga si dia pun tak jauh mana. di hilir perak. masih tidak jauh dari KL. *ke saya je kata gitu? tapi family dia kata tak?*


tapi pun masih ada perbincangan antara saya, ibu, ayah dan adik bongsu (bakal floor manager muahahaha). hari ni kami bincang a few isu besar.


1. Dewan
nampaknya, ibu ayah kata dewan yang kami nak sangat tu macam di jalan besar dan susah sikit orang nak keluar masuk dan keluarga kami nak berulang-alik pun payah. *hampa* maka ayah kata

"hal dewan, biar ayah pergi sendiri ke dewan kat sini, biar ayah tanya sendiri, minta diorang tunjuk jadual diorang. soalnya, kalau telefon-telefon ni, payah sikit."

ok, settle. serahkan kat ayah. nanti tinggal nak update. dan segala jenis soalan nak tanya kepada orang dewan tu pun dah list down kan. tapi kalau tak dapat dewan yang dekat dengan rumah tu macam mana? T____T takkan kena tangguh tarikh? sob sob sob~~~


2. Makanan
pasal makanan, ayah dah bincang dengan kawan dia. alhamdulillah respon positif. tinggal nak bagitahu tarikh sahaja.

yang pasti, lauk kenduri saya bukan ayam masak merah, dalca, nasi minyak dan lain-lain lauk yang seangkatan dengannya itu.

lauk apa?

tungguuu.... :D yang pasti, lauk yang didatangkan khas dari tempat asal saya. hehe. bak kata ibu, "silap hari bulan, kita terbang balik sana sekejap nak beli bahan-bahan lauk.."

amboi, sampai macam tu sekali, ibu. siapa nak sponsor duit tiket tu ibu? hehe...


3. Sewaan barang-barang katering dan meja makan beradab dan dewan
ok, kami memang tak nak pelamin. ini dipersetujui kedua-dua kami dan keluarga pun ikut. hehe. jadi kami perlu hiasan meja beradab yang cantik dengan bajet yang sangat minima. kedekut tak? tapi serius kami tak mahu terlalu mahal kat sini, tapi tetamu makan tak best. so sad. ayah dan saya punya prinsip yang sama. kami nak orang datang makan, kenyang dan puas hati dengan servis. jadi perlukan hiasan meja beradab yang sedap mata memandang.

dan oleh sebab tukang masak adalah keluarga sendiri yang diterbangkan khas, maka haruslah tiada tray untuk lauk, pinggan-mangkuk dan segala macam tu kan. jadi perlu SEWA.

kawan-kawan ada cadangan kat mana yang boleh provide kerusi, meja, alas, hiasan meja beradab dengan harga yang affordable kat KL ni?




thanks kawan-kawan sebab sudi singgah sini dan membantu sama.

oh ya, ini adalah kenduri pertama untuk kedua-dua belah keluarga. sebab tu kami kabut dan 0 experience. hanya pengalaman kawan-kawan yang membantu kami.

thanks again!

Yang perlu pertolongan,
Ms Humaira.