Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 15 October 2011

Cancel kahwin?

Assalamualaikum T____T

Good morning semua. see the title? saya rasa dah putus harapan. my parents macam berkeras sangat. mereka bukan tak mau bagi saya kahwin. tapi saya diberi beberapa pilihan...

Pertama
tangguhkan perkahwinan sehingga hujung tahun depan. kumpul duit untuk kenduri. sebab nilai hantaran (RM10,000) yang diberi pihak lelaki, ayah nak 100% beri kepada ibu. dikatakan sebagai nilai 'pampasan' selepas penat lelah menjaga saya seumur hidup.
*kira saya ni beban kepada parents saya lah ye?*

Kedua
kalau nak kahwin, ok, akan diteruskan juga. tapi lepas ambil kursus kahwin, ujian HIV dan segala prosedur nikah, terus kami berdua dinikahkan. panggil tok kadi aje terus. tak payah buat kenduri besar-besar. sekadar panggil keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja. buatlah kat rumah salah seorang keluarga yang rumahnya agak besar sedikit. ibu dan ayah izinkan kahwin hanya sebab saya yang nak. dan RM10,000 tu masih untuk ibu keseluruhannya.

dalam masa yang sama, saya dikehendaki membuat pinjaman perumahan untuk ibu ayah saya, menggunakan nama saya. rumah untuk mereka.

saya? duduk rumah sewa dengan suami sahaja.

beratnya hati ni. saya tak boleh nak tangguh pernikahan atas sebab:

- benda baik untuk apa kita lewatkan?
- saya tak mahu bergelumang dengan perkara tak elok (mesej dan call, mempunyai rasa rindu kasih sayang cinta tu pun tak boleh kan? hati saya jadi tak tenang).
- kena kumpul RM20,000 ke baru boleh nikah? RM10,000 untuk ibu, RM10,000 untuk kenduri itupun kalau cukup RM10,000. jual anak ke?

adakah dunia kita ni hanya isu duit sahaja yang menjadi isu? kenapa tak faham betapa pernikahan itu perlu dilaksanakan? kenapa tak faham yang anak itu adalah anugerah Allah dan tak boleh lah nak isukan hal pampasan dan segala yang berkaitan. saya tak faham kenapa ada isu pampasan di sini.

i wonder, berapa harga yang ayah 'bayar' kat nenek untuk 'ambil' ibu dulu ye?

so saya kena nasihatkan adik-adik saya (yang semuanya perempuan), zaman saya, RM20,000. zaman diorang, silalah kumpul duit mungkin boleh cecah RM50,000 sebab ibu ayah minta pampasan sebab ada orang senang-senang nak ambil anak diorang dari diorang.

note: keluarga saya bukanlah orang kaya pun, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

saya dah tak larat nak fikir. saya dah hampir putus asa walau putus asa tu tak pernah ada dalam kamus hidup saya.

T______________T

21 orang si cantik sudi komen:

nuraien said...

salam..

saya baru bace awak punye blog hari ini..link dari blog renee..ya allah,kuatnye dugaan awak..sabar ye..tak pelah wak,kalau ibu bapa awak nak nikah kan awak je..dr keadaan mereka macam menjual anak bak kata awak tu..saya sangat bersimpati dengan penulisan awak itu..awak banyak kan berdoa k..mana tahu allah bukakkan jalan..huhu

Cik Zimie said...

again saya pun turut sedih baca post kamu ni humaira.sobssss.

siap suruh buat pinjaman ape semua tu.kamu anak sulung ke?:(( lepas tu, dengan nilai 'pampasan' macam tu memang tak patut kan?humaira, berdoa byk2 ye.mintak dipermudahkan jalan.moga terbuka hati ibubapa humaira supaya kurangkan sikit beban yang ditanggung..

Me Myself said...

dear aisya humaira.. sy bersimpati atas dugaan yg menimpa awak.. smoga tabah selalu dan Allah pasti bersama org yg sabar.. =) smile~ dun lose it.

Qani'ah Mawaddah said...

kuat ya ukhti.. cari semangat di blog ini.. sahabat ana myilham.com (motivasi cinta bersyariat)

Cik Hazz said...

terkedu sebentar baca ur entry. bersimpati. siapa yg xmahu kahwin ye tak. kalau dah begitu, buat yg wajib sahaja pun tak apalah dear. bincanglah dgn bakal suami u & doa banyak2 agar dilembutkan hati kedua ibubapa. banyakkan bersabar.. ;-)

Orkedanza said...

aisyah...berat mata i memandang..berat lg beban yg u pikul. sedih bc cerita u ni..berat beban yg u tgh pikul skrg kn. tabah k aishah...berdoa bnyk2 mintak tolong kat Allah..

Mimis said...

Owhh.. really Humaira apa yg awak hadapi sekarang ni? Setiap orang ada dugaannyer yang tersendiri. Saya rasa sedih sangat bila baca entry awak ni. Tapi tabahkan hati & kuatkan semangat yer.. :)

Aisyah Humaira said...

Mimis~
thanks dear.. alhamdulillah sekarang ok.. kena sanagt2 sabar... :)

jetsetter said...

OMG sis!is this for real? seriously?CRAZY lah kalau mcm ni..y dont u talk slowly to ur mom n dad, ckp baik2 bgtau semua tu,Kalau susah, write them a letter..who knows tiba2 diorang terdetik nk bg u all kawin :-)

Elie Lily said...

bnda baik, niat baik, pasti ada jalan yg terbaik.. sila hadapi segalanya dengan sabar dan tabah..kuatkan semangat kerana setiap yg dugaannya pasti punya hikmah yg tersendiri! ;)

iShLiBeTiSh said...

Salam..sy bersimpati di ats sgala dugaan mnimpa awk..sy fhm prasaan awk krn sy pn prnah mngalami stuasi yg sama dan hpir2 mjlis sy dbatalkn..tp Alhamdulillah stelah 2taun sy brusaha akhirnya slmt jg sy dnikahkn 4 bln lpas..
Jd,utk mringnkn beban awk,sy sdia mbantu dr segi bg nmbo cntct servis2 kawen yg murah2 kalau awk mahu sb sy tgk wang jgk jd slh 1 msalah awk..kebykn nmbo ctct sy ni area kl..kalau awk nk,blehla emel kt sy...faroha74@yahoo.com
smoga smuanya dpermudhkn utk awk iAllah..

Aisyah Humaira said...

jetsetter~
yup.. but now diorang dah bagi kahwin.. cuma i kena buat ikut pilihan kedua tu lah.. huhu..

Elie Lily~
aminnn thanks ya :)

iShLiBeTiSh~
w'salam. saya dah pun emel awak.. mengharap balasa, thanks ya :)

Miss Shikin said...

salam aisyah
sy bersimpati dgn keadaan awk ni. sy tak mampu komen apa2 kerana ni hal keluarga yg sgt personal,apa yg mampu sy ucapkan bersabarla,berusaha,berdoa banyak2 dan bertawakal lah dear insyaAllah sy yakin niat yg baik akan dipermudahkan oleh Allah swt. Yakinlah akan janjiNya. :)

Aisyah Humaira said...

Miss Shikin~
thanks dear.. susah juga nak cari kekuatan. kat sini aje lah tempat untuk diluahkan.. :'(

mrs irmidrza to be said...

salam dear...may allah with you always...

dont give up..dont put blame to others...believe in god dear...HE knows everything...bukan dia tak mengerti sedihnya hati mu...lukanya hatimu...percayalah segala yang terjadi adalah satu ibadah dan cara allah mendekatkan diri padanya..

saya tahu..tak mungkin sama perasaan nya...saya bukan di tempt awak..tapi percayala dear..pohon dan pohon tanpa henti dengan DIA..tenangkan hatimu dengan al-quran..tangis dan bazirkan airmatamu depanNYA..kerana segala nya..DIA Lihat..setiap kesusahan itu ada kesenangan dear...

believe me...dont ever loose faith in HIM because...HE IS SEEING betapa kuatnya imanmu padaNYA dear...believe that..

time will flies..ur mom will understand better after this..

sabar ye sayang..

Aisyah Humaira said...

mrs irmidrza to be~
yes dear, thank you so much. memang banyak sangat kesabaran yang perlu. dan paling salute, bakal suami. dia orang luar tapi dia sanggup nak together2 facing all this. terharu.. T____T

Zuhra & Iqi said...

huhh besar btul dugaan hidup awk ni kan...

sy doakann yg tbaik buat awk yea..harap kamu dpt jalani dgn sempurna..mgkina de sebab ayah awk buat begitu..

tertarik dgn tiap entry kamu..bmakna buat sy dan tips2 perancangan awk..bgus sgt dear!

salam pkenalan...:-)

zuhra@cosmoladiess.com

::Aja:: said...

Ya Allah..aja terkedu baca post aisyah..terkejut.knapa hal macam2 ni boleh jadi?siap suroh buat pinjaman bagai untuk ibubapa gunakan? wang hantaran memang tak ada dalam Islam..dan patut kalo ada adalah sbgai belanje kenduri, bukannya hadiah kpd ibu bapa.bukan2..Ya Allah..lembutkanlah hati parents aisyah supaya menerima dengan redha..wang bukan segala-galanya..*mungkin sebenarnya mereka takut hilang awak*..

Aisyah Humaira said...

Zuhra~
thanks for the visit dear.. semua dugaan ni ada hikmahnya insyaAllah.. saya redha :)


aja~
tak tahu lah macam mana yang sebenarnya tapi dorang pun kena realize yang anak diorang perlu juga berkahwin.. bukan selamanya membujang kann..

Cik Ilani Wahed said...

Dear,

Duit hantaran tu adalah duit belanja kahwin bukan duit pampasan pada mak ayah. Duit tu la yang mak ayah patut guna untuk jadi tuan rumah menguruskan majlis kahwin anak perempuan. Duit tu la sebagai bayaran katering RM__ x perhead x brp ramai tetamu , Cth, RM 12 x 1 x 800 = RM9600.

Bersabarlah. Semuanya ada hikmah. Lepas ni tanggungjawab pada suami pula.

Aisyah Humaira said...

cik ilani wahed~
hahaha masalahnya perkara itu tak berlaku.. tak apa lah.. semua ni ada hikmah insyaAllah :)