Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 10 October 2011

Kahwin tu teruk kah?

Assalamualaikum T______________T

gurlsssss.... T__________T

saya tengah sangat sangat sangat sangat bersedih sekarang ni.

semalam ibu slowtalk dengan saya. dia tak izinkan saya menikah.

kenapa?

katanya,

orang lelaki ni semua sama aje. terus terang ibu kata, ibu menyesal berkahwin. awak tu, stabilkan diri dulu. baru kerja baru setahun jagung, dah sibuk nak kahwin. beli rumah dulu! kalau apa-apa jadi kat awak kemudian hari, macam mana? lelaki ni mana-mana pun sama je. buat apa nak kahwin? kahwin ni susah. start kahwin sampai ke tua nanti. menyusahkan. setiap hari kena cari duit. jangan rendahkan sangat maruah awak tu.

macam mana ni kawan-kawan? saya tak nak setiap hari saya kutip dosa. dosa-dosa yang lain pun belum tentu tertebus takkan nak tambah dosa baru. saya tak kata menikah adalah penyelesaian tapi saya rasa menikah tu adalah fitrah. kenapa Allah jadikan manusia tu berperasaan kalau perkahwinan tu semuanya menyusahkan semata-mata?

adakah saya yang perlu dipersalahkan hanya sebab kesalahan ayah saya yang gagal bertanggungjawab dalam keluarga?

saya ada pendapatan dan kerja tetap, saya ada ijazah. saya boleh berdikari. jadi insyaAllah saya tak rasa susah pun kalau in case anything bad happen (nauzibillah kita minta jauhkan).

kalaulah ibu kata semua lelaki sama, tak kira lah 10 tahun akan datang sekalipun, semua lelaki memang sama, baik saya tak payah kahwin langsung hingga ke akhir hayat saya, kan? tak payah susah? kalau susah itulah yang ibu maksudkan.

tapi saya hanya berdiam diri sahaja masa ibu bercakap. ibu sangat menunjukkan mata garangnya dan saya sangat takut.

kawan-kawan, umur saya adalah 24 tahun nak masuk 25 tahun. adakah itu masih dikira awal untuk menikah? sekali lagi, saya tak mahu kutip dosa dengan memendam perasaan pada yang bukan halal untuk saya.

apa yang patut saya buat?


Yang kesedihan,
Ms Humaira.

11 orang si cantik sudi komen:

Aisyah Humaira said...

Cik Zimie~

entahlah. tiba-tiba rasa malas nak fikir, malas nak buat apa-apa dan malas nak kahwin T____T

tak tau nak kongsi bahu dengan siapa. takkan saya nak bagitau si dia. mesti dia akan down juga. saya kena kuat.

sedih yang teramat sangat..

Renee Meow said...

uhuk i kesian kat u..tp lain org lain la pendapatkan... pape pun agree ngan zimie, dptkan restu parents u..cara dia ckp tu mcm xkasik u kawen jer??? o.O

Aisyah Humaira said...

Renee Meow~
entah la.. so tak payah kahwin ke macam tu? :(

Ms and Mr Red Ribbon said...

sayang... sedihnye baca entry nie... cuba skrg2 nie tunjuk kat family yg your man is a responsible man, memang la mungkin bukan dengan cara beli rumah and tunjuk and thats it, tapi dari CARA how he takes care of u, care ngan family u, we cant turn back time and yr mom memang trauma kot ngan sikap lelaki nie, so try tunjuk sikit2 yer sayang...

hope for the best for u :)

Aisyah Humaira said...

Ms and Mr Red Ribbon~
yaa thanks dear and alhamdulillah sekarang ni everything macam nampak ok... masa dan doa tu sangat penting..
thanks again :)

Elie Lily said...

kehidupan sebegini memang banyak dugaannya! tapi senyum sahaja kerana pasti akan ada kejayaan di akhir ceita! :)

Aisyah Humaira said...

Elie Lily~
senyum! ya, saya nyaris-nyaris terlupa ayat keramt itu! thanks!

D said...

Salam..masyaAllah...dugaan yang sangat berat. memang susah nak yakin kan orang tua bila dia bercakap berdasarkan pengalaman sndiri. for instant solution, memang tak dpt nak kata banyak. for a start, tunjukkan kat mak yang awak memang boleh berdikari, biar dia yakin awak boleh buat keputusan. in the mean time, kalau awak boleh provide bahan2 bacaan ilmiah ttg keindahan perkahwinan, yg mengubah pemikiran. kata mak memang tak boleh nak di bantah,tapi pemikiran dia kita boleh cuba ubah. kalau ada kawan2 yg dah kawin dan elok hubungannya, maybe boleh ajak kenal dgn mak. biar dia tgk persekitaran awak mcm mana.

dhiera zainudin said...

sedih baca entri ni. saya nak cakap pun tak berani sebab ur mom macam masih ada trauma. mungkin kamu kena yakin kan yg lelaki yang kamu sayang tu betul2 bertanggungjawab. kamu kena kuat!!

ewanthology said...

salam ziarah.


kahwin bila perlu.

Aisyah Humaira said...

Alang Atie~
w'salam... dia kenal aje kawan2 saya yang dah kawan tapi yelah, segala ketakutan selama 25 tahun dia berkahwin, takkan bolehh lesap macam tu aje kan..


dhiera~
ye! betol! saya memang perlu sangat3 kuat untuk semua ni. btw, thanks :)


delarocha~
w'salam
ye :)