Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 3 October 2011

Thank you guys!

Assalamualaikum ^_^

big hugs and kisses untuk Orkedanza, A.N.A dan diana for dropping your comment. seriously, saya memang teramatlah buntu sekarang ni. dan sekarang ya, seperti yang orang lain alami juga, konflik pra-pernikahan. dan orang kata, saat bertunang laaaa saat yang sangat-sangat mencabar! ok, ya kami memang tak bertunang secara adatnya tapi secara tak rasminya kami ni dah kira bertunanglah, kan? eh, macam tu ke?

bila berbincang tadi, macam tak ada yang boleh dibawa berbincang. si dia macam dah tertekan dengan desakan keluarga. yang saya pula takut nak berbincang dengan keluarga. then, what should i do?

ayah dah cakap berulang kali, dia tak mahu sebarang tanda pada anak perempuan dia ni. kepada si dia pun ayah dah utarakan, tak mahu risik tunang semua ni. terus set masa nak menikah.

tapi di pihak si dia, tak manislah datang rumah orang tapi tak bawa apa-apa.

takkan tak bawa cincin, habis tu, apa tanda yang kami berdua bakal dinikahkan?

oh, dan dalam keadaan tertekan macam ni, dia boleh cakap, "kita tak jadi kahwinlah macam ni!"

ya, i hate this.

:(

sepatutnya dalam keadaan sekarang, kami perlu saling menyokong. ya, dan saya tak ada sebab untuk merungut tentang sikap dia sebab dia adalah pilihan saya.

so sabar dan berdiam sahaja menunggu marahnya reda adalah satu-satunya pilihan yang saya ada. lagipun, apa guna saya mencari yang lain sedang yang lain pun sudah tentu ada kekurangan yang lain.

apa yang banyak saya belajar 2-3 hari ni adalah,
  • saya patut lawan perasaan takut saya untuk berbincang hal serius dengan ibu ayah <--- serius yang ni saya tak tahu nak buat macam mana, help!
  • saya perlu lebih banyak sifat bertolak-ansur dan jangan fikir saya sahaja yang betul
  • saya perlu menerima kekurangan orang lain sebab orang lain pun sudah tentu ada rasa tak puas hati dengan pandangan saya
pada saya semua dugaan ini adalah untuk mematangkan. dan tiada sebab untuk saya patah balik setelah saya berlari sejauh ini.

putus asa itu bukan saya.

p/s: my sis said, ayah kata lagi cepat lagi bagus?

Yang mengharap petunjuk,
Ms Humaira

4 orang si cantik sudi komen:

Izyan Helmi said...

awak! ini dugaan namanye. dlm proses nk buat urusan kawen2 ni mmg akan bnyk perselisihan akn belaku antara org2 sekeliling. yelaa..bnyk kepala n masing2 ade kehendak masing2. nk menyatukn dua keluarga mmg xsenang kn. sebelah pihak nk mcm ni sebelah pihak lagi lain. betul ckp awak tolak ansur tu penting.

bertabahlah k. hope semuanye akan ok.

hugsss

Unknown said...

dugaan memang banyakdear. buat persiapan kahwin ni mcm2 tekanan datang... sometimes i pun ada conflict dengan parents tp cepat2 muhasabah diri.. gud luck dear :)

Unknown said...

Insya Allah akan dipermudahkan segalanya :)

Aisyah Humaira said...

Orkedanza~
patutlah ada dengar cerita orang putus tunang and so so so. semua ni sangat menakutkan. lepas dah bersusah payah jerih perih semua, takkan nak biar lepas macam tu kan? doa tu still penting rite?

anaztasias nora aira~
thanks dear. rasa macam relief sikit. dunno why perasaan takut tu sangat membuak-buak. :'(