Assalamualaikum ^_^
hai hello selamat pagi beautiful ladies and handsome guy (eh ada ke lelaki baca blog ni? eheh).
thanks again untuk kawan-kawan yang drop comments on my previous posts.
bercakap pasal darah manis ni, betul ke semua bakal pengantin tu berdarah manis? apa sebenarnya darah manis tu? pagi-pagi lagi si dia mesej dan pesan, "hati-hati bawa kereta, darah manis."
saya selalu juga dengar istilah tu untuk bakal pengantin tapi tak ada lah sampai tahap saya pun akan mengalami situasi 'berdarah manis' tu.
semalam on the way pulang semula ke pejabat selepas makan tengahari, ada sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang dan saya sedang laju di jalan utama. nasib baik saya sempat brek mendadak dan nasib baik juga tak ada kereta di belakang yang menghentam kereta saya dari belakang! oh, satu perkara sahaja yang terlintas di fikiran saya ketika itu; hon kereta itu dengan sekuat hati! phewww!
saya rasa saya telah melepaskan tekanan perasaan sebenarnya. tak perlu pun nak hon kereta tu dan saya pun bukanlah jenis yang suka-suka nak hon kereta orang tapi, ya, dengan membunyikan hon tu, saya macam rasa lega sedikit dengan tekanan yang bertubi-tubi beberapa hari ni.
pagi tadi pun sama. di MRR2, tiba-tiba ada kereta masuk melulu dan saya, haruslah sedang laju di MRR2 tu! eh, tapi saya masih belum melebihi had kelajuan 80km/j ye kawan-kawan.
kawan-kawan semua pernah ke alami situasi macam ni? ke sebab fikiran saya menerawang tentang masalah 2,3 hari ni dan tak mampu nak berapa fokus semasa memandu?
macam mana ye?
p/s: isu pertemuan dua keluarga kurang 3 minggu dari sekarang. si dia tetap akan beli cincin sebagai preparation. katanya, "kalau tak nak pun, boleh guna cincin tu untuk menikah nanti..."
Yang berdarah manis,
Ms Humaira
0 orang si cantik sudi komen:
Post a Comment