Assalamualaikum ^_^
ini adalah entri penghargaan untuk kamu-kamu semua. kawan-kawan semua sangat supportive dan buat saya rasa teruja dan kuat untuk meneruskan persiapan perkahwinan ni, insyaAllah. :) i want to share this joy with all of you. yelah, kalau baca entri-entri yang sebelum ni, ramai yang bagi semangat, tumpang sedih, menangis dan membuatkan saya ubah sedikit cara berfikir saya. thank you girls!
terima kasih untuk nuraien sebab komen pada entri yang lepas.sangat-sangat tak sangka boleh ada kawan dalam alam maya macam ni, yang kita boleh kongsi all those feeling :) thanks ya! oh, aien jangan nangis-nangis sebab humaira pun rasa nak nangis terharu ni! :)
terima kasih juga untuk cik zimie. sangat supportive juga. seronok ada kawan macam ni. your blog inspired me. and your words also. thanks dear :)
dan juga untuk kawan-kawan lain yang banyak komen di entri sebelum-sebelum ni. saya rasa lebih bersemangat, kuat, dan yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya. saya akan sentiasa membuat review komen kawan-kawan di perenggan pertama entri.
saya rasa sangat seronok. dan tak ada tempat saya kongsikan kegembiraan ini, melainkan di blog yang istimewa ini, dan kongsi bersama yang tersayang. *ouch, malu!*
sebab saya tak pernah reveal persiapan nikah kahwin ni dengan teman-teman rapat. belum cukup confident untuk bagi tahu diorang yang, "hey, i am getting married!". eh, perlu ke macam tu? *double malu*
plus mungkin kami tak ada lagi perbincangan antara family, tu yang buat saya kurang yakin kott. setakat ni, kami main ikut suka kami sahaja. apa yang dibincangkan dalam family saya, saya akan sampaikan kepada si dia. kemudian apa yang family dia bincangkan, dia akan sampaikan kepada saya. tapi nampaknya sekarang, family saya yang conquer everything. maksud saya, dari tarikh, ke perjalanan majlis masa akad nikah dan walimah nanti, semua family saya yang tetapkan. :( nasib baik family dia pun kata, ok sajoh! biarlah keluarga perempuan yang tetapkan sebab majlisnya di belah perempuan! mana nak dapat bakal keluarga mertua macam ni? huu~~
dan dalam setiap perbincangan saya dan family pun, kami akan fikirkan family si dia.
contoh, lepas akad nikah, family si dia akan lepak mana? nak bagi makan apa?
even single thing pun kami akan fikirkan. nasib baik juga lah keluarga si dia pun tak jauh mana. di hilir perak. masih tidak jauh dari KL. *ke saya je kata gitu? tapi family dia kata tak?*
tapi pun masih ada perbincangan antara saya, ibu, ayah dan adik bongsu (bakal floor manager muahahaha). hari ni kami bincang a few isu besar.
1. Dewan
nampaknya, ibu ayah kata dewan yang kami nak sangat tu macam di jalan besar dan susah sikit orang nak keluar masuk dan keluarga kami nak berulang-alik pun payah. *hampa* maka ayah kata
"hal dewan, biar ayah pergi sendiri ke dewan kat sini, biar ayah tanya sendiri, minta diorang tunjuk jadual diorang. soalnya, kalau telefon-telefon ni, payah sikit."
ok, settle. serahkan kat ayah. nanti tinggal nak update. dan segala jenis soalan nak tanya kepada orang dewan tu pun dah list down kan. tapi kalau tak dapat dewan yang dekat dengan rumah tu macam mana? T____T takkan kena tangguh tarikh? sob sob sob~~~
2. Makanan
pasal makanan, ayah dah bincang dengan kawan dia. alhamdulillah respon positif. tinggal nak bagitahu tarikh sahaja.
yang pasti, lauk kenduri saya bukan ayam masak merah, dalca, nasi minyak dan lain-lain lauk yang seangkatan dengannya itu.
lauk apa?
tungguuu.... :D yang pasti, lauk yang didatangkan khas dari tempat asal saya. hehe. bak kata ibu, "silap hari bulan, kita terbang balik sana sekejap nak beli bahan-bahan lauk.."
amboi, sampai macam tu sekali, ibu. siapa nak sponsor duit tiket tu ibu? hehe...
3. Sewaan barang-barang katering dan meja makan beradab dan dewan
ok, kami memang tak nak pelamin. ini dipersetujui kedua-dua kami dan keluarga pun ikut. hehe. jadi kami perlu hiasan meja beradab yang cantik dengan bajet yang sangat minima. kedekut tak? tapi serius kami tak mahu terlalu mahal kat sini, tapi tetamu makan tak best. so sad. ayah dan saya punya prinsip yang sama. kami nak orang datang makan, kenyang dan puas hati dengan servis. jadi perlukan hiasan meja beradab yang sedap mata memandang.
dan oleh sebab tukang masak adalah keluarga sendiri yang diterbangkan khas, maka haruslah tiada tray untuk lauk, pinggan-mangkuk dan segala macam tu kan. jadi perlu SEWA.
kawan-kawan ada cadangan kat mana yang boleh provide kerusi, meja, alas, hiasan meja beradab dengan harga yang affordable kat KL ni?
thanks kawan-kawan sebab sudi singgah sini dan membantu sama.
oh ya, ini adalah kenduri pertama untuk kedua-dua belah keluarga. sebab tu kami kabut dan 0 experience. hanya pengalaman kawan-kawan yang membantu kami.
thanks again!
Yang perlu pertolongan,
Ms Humaira.
0 orang si cantik sudi komen:
Post a Comment