Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 3 October 2011

3 minggu lagi?

Assalamualaikum ^_^

ok, semalam dia kata keluarga dia akan datang 3 minggu lagi ni. tapi macam yang saya cakap on previous post, ayah tak mahu ada risik-risik tunang-tunang semua ni. jadi, macam mana ni?

korang semua...

help...

masa family belah lelaki datang, apa yang diorang bincang ye? apa isi perbincangan ye?

plus kami tak bertunang tak risik. jadi apa tentatif yang akan berjalan pada hari itu?

lagi-lagi ini adalah perkahwinan pertama yang dihandle both families. so kami masing-masing blur tak tau apa yang perlu dibincangkan nanti.

si dia siap suruh saya buat skrip untuk keluarga belah dia. isi skrip tu adalah isi perbincangan tu nanti. tapi saya pun tak tahu apa nak isi dalam skrip tu?

haha.

rasa macam kelam-kabut je. kelam-kabut kah kami ini?



keluarga dia kata, datang rumah orang, sekurang-kurangnya, bawa lah buah tangan. macam cincin tanda, sejadah, telekung, al-quran, buah, kek...

tapi as stated before, ayah tak mahu terima sebarang cincin tanda atau apa sahaja yang berkaitan.

siapa ada sebarang reference, boleh tolong saya?

thanks korang...

Yang kelam-kabut,
Ms Humaira

5 orang si cantik sudi komen:

diana said...

kalau gitu datang untuk kenal2 dan tetapkan tarikh je la ye???
ok jugak tu...
tak nak bawak cincin ke apa bawak je buah2 sudah le....

A.N.A said...

kalu x tunang x risik,munkin just sesi pekenalan antara 2 keluarga..jamu diaorg makan2 la..kalu family lelaki bg cincin,x kn nk tolak kn..nk x nk kena terima jugak la..hehehe..br tanda kita dh di"cop"...hehehe...

Aisyah Humaira said...

diana~
yaa.. nampak macam konflik kecil di situ. bawa buah-buah aje supaya tak nampak datang tangan kosong, ok kah di situ?

A.N.A~
haah tapi my dad said, tak mo ada sebarang tanda. kalau diorang dah bawa apa-apa, takkan kita tak balas kan? macam segan lak kalau tak bagi apa-apa kan...

A.N.A said...

bg je buah tgn bawak balik..bg je mangkuk tingkat isi makanan dlm tu..kira kita balas jugak kan..bukannye nk kena bls bg cincin jugak..itu pandangan ana la..tp ana rasa lg senang kalu ayah x mintak ape2..pihak sana pn x payah penin nk beli cincin,dh jimat duit..beli utk nikah je,kalu dorang nk bwk buah tgn,bawak la buah sebakul dh..senang

Aisyah Humaira said...

A.N.A~
haah.. betul.. pada kami berdua, memang sangatlah bagus ayah tak minta apa-apa. tapi tu lah, bila melibatkan keluarga, banyak kepala nak keluar pendapat.. -_-" serius agak penat...