Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday 31 October 2011

Dewan dan Keeksaitedan Ibu Ayah

Assalamualaikum semua ^_^

ya smiley face is coming. :)

thanks untuk semua kata-kata semangat yang buat saya rasa lebih kuat! yay! untuk nuraien dan hanys dan kamu-kamu semua. semangat dari kawan-kawan buat saya berfikir masalah ni dari sudut pandangan yang berbeza dan alhamdulillah, i can cope with it finally yay!

selepas memberi segala dokumen yang diperlukan untuk membeli rumah, saya tengok muka ibu dan ayah sangat berseri-seri. dan semalam, ya semalam mereka start berbicara soal majlis pernikahan saya yang bakal berlangsung tahun depan, insyaAllah. mungkin dah semakin ramai anak-anak kawan mereka yang bakal menikah hujung tahun ni, so diorang pun rasa dah tiba masa untuk diorang timang cucu, eh, menantu. eh, timang? hehe.

saya dah present kertas kerja, gantt chart dan rough budget. nampaknya ibu dan ayah sangat excited merangka dan bertanya itu ini dan saya rasa nak menangis! sungguh! saya present juga a few bahan yang saya dah survey. macam katering, dewan, doorgift...

bukan setakat itu, ibu kata nak buat 3 pasang baju walhal saya bajet untuk 2 pasang je baju dan bersungguh-sungguh mereka sebut-sebut nama bakal menantu.

ya Allah, biarkanlah kebahagiaan ini berpanjangan... :)

tapi saya tetap rasa takut selagi kami tak menikah. macam-macam perkara boleh terjadi sepanjang perjalanan ni.

tapi tak apa, saya berserah pada-Nya.

ok, bila dah siap semua general paper work, saya bahagikan skop kepada a few yang agak besar:-
i) Dewan - saya
ii) Katering - saya & ibu ayah
iii) Meja & Kerusi (in case dewan tak provide) - ayah
iv) prosedur pernikahan dari MAIWP - saya & dia

ok, untuk minggu ni saya akan settle kan 4 perkara di atas dulu.

ada a few list dewan yang saya dah senaraikan dan dah call. tinggal nak pilih dan bayar duit booking sajoh.




..

..

..


aaa.. list tu nanti saya list kan lepas saya bayar duit booking eh?

takut ni takut ni takut ni. petang ni ayah ajak bincang pasal tarikh dewan tu available. macam tak berapa kena!

tapi tu dewan pilihan ramai! i mean, ibu, ayah, dia dan saya memang sangat ingin dewan itu dan hanya tarikh tu available.

nak tempah cepat ni ayah!

please.. boleh la kawen tarikh tu.. pleaseeee... :D

tolong doakan saya juga ye kawan-kawan!


Yang Masih Takut,

Ms Humaira.




2 orang si cantik sudi komen:

nuraien said...

hye dear..sekali lagi kita berjumpa..aien tgu je berita gembira dari humaira sebenarnye tau..hope kite blh jd kawan lpas nie..=)

seriusly aien macam nak nagis lak bace entry kali ini..seronok tak terhingga tau..hope awk jgn lpe jmpt kite tau..jommm kawen..kihkih..=p

Unknown said...

wah humaira.good news ke ni?baru kesempatan terjah blog kamu.happy dah boleh start buat prep apa semua.kalau masalah yang dulu tu dah setel bagus la:))

goodluck keh.jangan sedih2.senyummm.