Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label baju. Show all posts
Showing posts with label baju. Show all posts

Friday, 27 April 2012

Kasut dah Bersih, Rosette & Teaser Baju Nikah

Assalamualaikum Semua! ^_^

3 hari lagi ya kawan-kawan...

nah nak tunjuk sikit.



ni kasut yang saya basuh macam dalam entri ini. haa.. kalau tak, reben tu hitamnyaaaa... siap ada kesan kuah kari tumpah lagi. haha. teruk betul. saya tak mahu sarat sangat. boleh pakai pergi meeting ke lepas ni. plus kata seorang kezen "alahai kaklong, nak pergi masjid aje pun. orang tak nampak..."

ceh! tu nasib baik pergi masjid. kalau nikah kat rumah agaknya dia kata tak payah ada kasut nikah pun tak apa.




nah, ni pula hasil dari entri ini. masa saya tengah bersungguh-sungguh buat benda ni, boleh pula adik saya kata, "rasa macam duduk dekat dalam tadika aje.. penuh bunga-bunga.." ceh!


dan yang terakhir sekali...


berapa kali daaa nak tunjuk teaser baju nikah, kan? ni full sikit. hari tu sikit aje, kan. saya akan pakai selendang. dan selendang buat sendiri. pun tak sarat.

sebab target saya, lepas ni boleh pakai lagi. pergi kenduri orang ke, raya ke, open house ke. hewhewhew.

baru cuti sehari, dah banyak yang saya boleh siapkan. hari ni nak pergi try aksesori yang akan dipakai masa reception nanti.

hehe.

Tunggu 3 Hari Lagi,
Ms Humaira / Nadia Fitri

Wednesday, 18 April 2012

Ideas for Baju Nikah *for Reception as well* (12 days more!)

Assalamualaikum Semua! ^_^

tadi jalan-jalan baca blog sekejap. konon menghilangkan bosan. lepas tu terbuka satu blog ni (my sis sangat suka baca her blog),

www.proudduck.com

owner: vivy yusof.

vivy ni dah masuk mag, paper & wanita hari ini. dia sebaya saya dan sangatlah saya kagum dengan pencapaian beliau.

beliau pun bride to be 2012. insyaAllah this coming June will be her wedding day.

here are some photos yang pada saya sangatlah cantik. maybe boleh dijadikan sumber idea untuk B2B lain?

coz mine dah siap. sob! tak dapat nak melaram cantik-cantik macam ni *sigh*












semua gambar adalah dari entri ini.

so girls yang masih belum idea baju macam mana for your wedding nanti, hurry up! these designs are awesome!


Yang Fikir nak Buat Baju Baru untuk Attend Kenduri Orang Lain Pula,
Ms Humaira.

Tuesday, 17 April 2012

Fitting Baju Beliau (13 days more!)

Assalamualaikum Semua! ^_^

macam dalam entri sebelum ni, kita ada pos pasal beliau pergi fitting baju kat kedai ibu ayah kan?

nah, tengok ni...


hehe. mana boleh tunjuk gambar full lagi kan. tak surprise lah kan.

:D

nasib baik beliau suka dengan kain & design yang ayah buatkan.

baju nikah ok.

baju resepsi pun ok.

baju bertandang, kecil sikit. tapi ok aje. jangan naik badan lah untuk majlis bertandang nanti. hehehe.

beliau kata, "jarak dua majlis ni hampir sebulan juga ni. awak jangan sumbat saya dengan masakan awak banyak-banyak tau? nanti tak muat baju."

hehe.

tapi normal kan lelaki naik badan lepas kahwin?


p/s: siapa boleh tolong kita? kita tak dapat view group B2B 2012 kat facebook tu.. kenapa ye? T____T


Yang Menunggu Hari,
Ms Humaira

Tuesday, 27 March 2012

34 hari lagi? oh wow!

Assalamualaikum Semua! ^_^

wahhh dug dag dug dag.. lebih kurang sebulan lagi lah nak menikah. sedikit demi sedikit semua dah berjalan semakin smooth. heh, ayat pun dah tunggang langgang. sebab rumah pun dah start penuh dengan barang-barang yang perlu dikerjakan.

hari tu ada gaduh besar dengan enchik tunang. hal kecil aje. pasal rumah. cuma tiba-tiba dia jadi terpanjang dan panjang dan panjang dan meleret-leret sampai tahap kami nyaris putus tunang. alhamdulillah masih ada sisa kesabaran dan hidup harus diteruskan. yay! enchik tunang pun realize kesilapan dia dan berkali-kali minta maaf.   mohon jangan tinggalkan dia. sob sob sob. perempuan memang cepat touching.

alhamdulillah kami dah dapat rumah sewa area cheras. RM600 untuk 2 bilik, 1 bathroom dan tengah-tengah antara tempat kerja kami berdua. ok lah. fair and square. dia kata, siapa sampai rumah dulu, dia kena masak for dinner. haha. but i know he will be waiting for me to serve him dinner. orang dah ada isteri, kan?

preview sikit bakal rumah kami. ni orang bujang yang duduk. anak dara. so tu macam kosong sikit rupa ruangnya.

then saya pergi shopping untuk doorgift, hiasan barang hantaran, bunga manggar, bunga telur, bunga pahar. berapa banyak bunga daaa... ok, ni pun kat Semua House jalan TAR tu. tapi ni kat tingkat U5. dulu saya tak tahu pun kedai ni. mujur maksu saya jenis kaki gubah hantaran. dia yang bawa saya dan ibu ke sini.

masuk Semua House, terus ke belakang, ada lif. naik ke tingkat U5. keluar lif, ada kedai nama 'Sayang You'.


 nampak tak harga?


 RM42.90

 RM54.00

 RM1.10

 hah ni lagi murah, RM16.80

 himpunan bunga telur cantik-cantik

 cantik. teringin sangattt tapi tak mampu tssk tssk







ni hasil saya pada hari tersebut..


total semua dalam RM311.20. bekas untuk doorgift, hiasan doorgift, hiasan hantaran, bunga manggar bunga telur bunga pahar, apa lagi ye. banyak juga lah shopping kelengkapan.

then baju nikah dah siap! haha. sukaaa. meh nak tunjuk teaser sikit.


lalala~~ saje aje kan buat gambar blur. kain jenis macam satin tapi tak licin macam satin. patch dengan lace, sulam, manik, hah tengok aje lah nanti.

pelamin dah tempah! RM700, dua panel. tengoklah macam mana hasilnya. gabungan idea ibu, saya, dan adik yang bongsu. tempah kat sini, SnSS Beauty House. servis sangat baik! nanti saya buat review untuk ini. saaaaayang kak sal!

kemudian, saya dan enchik tunang pergi survey barang-barang untuk rumah kami. alhamdulillah bulan lepas dah beli mesin basuh. semalam dah beli fridge. lepas saya masuk gaji pula next week insyaAllah nak beli tilam, tv, langsir, tikar, bidai. lalalala~ seronok.





ini fridge kami! hehe. kami minta diorang hantar hari kami masuk rumah nanti. awal mei.

setakat itu progres wedding ni. lepas ni tiap hujung minggu akan minta sepupu sepapat datang rumah kita main-main gam UHU, ye?

oh, hantaran maksu saya yang tolong gubahkan. tehee~

kawan-kawan macam mana?

daa!

xoxo,
Ms Humaira

p/s: hari ni enchik tunang nak pergi ambil kad kahwin. yippiee!

Wednesday, 1 February 2012

Progress: 0!

Assalamualaikum Semua! ^_^

thanks untuk semua yang komen dalam entri diet pemakanan tu :) love you muah muah. hehe. marilah kita amalkan cara pemakanan yang sihat. bukan masa bujang ni aje, dah kawen nanti lagi kena jaga badan. untuk suami. eheh, gatal~!

waaa kita dah masuk bulan februari!

selalunya, awal bulan macam ni, saya akan list kan, target untuk bulan ni. oh my dear, 3 months to go! ya Allah dah mula rasa senak berdebar-debar ni!

setakat ni, progress kita, 0. ye, 0. T____T

kita tak finalize lagi design baju nikah yang kita nak. alhamdulillah, baju untuk resepsi kedua-dua belah pihak dah confirm, dah ada. tinggal baju nikah ni la kita masih ting tong. ibu nak macam ni, kita nak macam tu. i just told my mum, ibu siapkan aje bajunya, perinciannya, biar kita yang tambah. pandai-pandailah kita masa tu kelam-kabut nak fikir macam mana nak design manik ke flower ke hape ke.

makanan, insyaAllah dah setel. dah cakap dengan akak tu, cuma belum bayar down payment.

apa lagi ye nak buat?

oh, doorgift belum fikir lagi nak beli apa.

pelamin? alamak, macam mana ni. saya dah tak cukup bajet.

photographer? alhamdulillah seorang junior bermurah hati nak tolong ambilkan gambar. *seronok!*

hujung minggu ni ambil kursus kahwin, insyaAllah. hope tak tangguh lagi dah. penat dah 3 kali batalkan. dah naik malu dengan orang pendaftaran tu. 

9 februari ni pergi set appointment dengan klinik kerajaan untuk ujian HIV.

apa lagi benda-benda besar yang saya tertinggal ye?

kawan-kawan macam mana pula?

p/s: dah dapat kad kahwin uya! thanks dear!


*kita sangat bizi, tau kan? macam mana nak fikir pasal wedding ni? pening!*


Yang sangat pening,
Ms Humaira

Thursday, 19 January 2012

Mari tengok baju murah-murah cantik-cantik.

Assalamualaikum Semua! ^_^

saya masih bizi dengan projek di office yang kena submit bulan mei ini. *dahlah kahwin pun bulan tu*.
memang tak menang tangan nak buat kerja sampai boss kata, "projek tak siap, tak boleh kahwin!"

T____T *nangis*

kalau macam tu lah gayanya, saya hantar notis berhenti serta-merta.

muahaha.

tadi jalan-jalan jap kat fb dan terjumpa ini,

Aliya Natasha Collections

banyak juga koleksi baju pengantin, tunang, korset, inner, veil, yang boleh dibeli atau disewa.

meh lah tengok sini.

gulp


waaa...


*pengsan*


boleh tengok lagi banyak koleksi dalam fb ni. sila klik.

yang penting, ianya murah. silalah tengok.


*dah beli baju sendiri so tak boleh nak berangan lagi dah*


Spread Love,
Ms Humaira

Thursday, 12 January 2012

Baju Resepsi, Tema dan Warna

Assalamualaikum Semua! ^_^

dah tengok teaser baju resepsi saya? hehe~ banyak teka-teki. tapi warna yang kawan-kawan sebut tu memang dah betul la. maroon + gold. tapi baju jenis apa? nantikannnnn... mei 2012.. ala-ala intro Anugerah Juara Lagu pulak ^_^

kat sini saya nak ceritakan pengalaman beli baju resepsi pula. ye, beli. bukan sewa.

dulu, ada seorang officemate kahwin bertemakan merah hitam. saya tanya dia, "memang sengaja pilih tema warna ni ke?"

dia jawab, "masa survey-survey baju kat kedai pengantin tu, memang baju ni yang paling cantik di mata, dan sesuai di badan. jadi terus tak sengaja warna tema berubah ikut warna baju..."

masa tu saya fikir, oh, saya tak nak macam ni. saya akan cari juga ke serata alam, baju kahwin yang sesuai dengan warna tema pilihan saya.

tapi semuanya turn 360 degree. sebenarnya warna yang saya nak untuk majlis saya adalah

---> PASTEL

ibu dan ayah nak saya pakai persalinan mengikut adat asal-usul kami. saya setuju.

ibu ayah bawa saya ke Plaza CityOne (sebelah Semua House), Jalan TAR untuk survey baju-baju yang sesuai. hampir setiap tingkat ada baju pengantin. hampir setiap lorong ada kedai pengantin.

macam-macam jenis baju saya jumpa. segala jenis warna ada. dari serendah RM200 ke setinggi-tinggi ribu-riban.

banyak sebenarnya baju yang berkenan di mata saya tapi tak berkenan di 'purse' saya. semuanya nak dekat-dekat RM1000. takkan nak beli baju mahal macam tu padahal bajet saya sangat ketat?

tiba-tiba saya macam terpaksa telan kata-kata sendiri, dan guna 'kata-kata hikmat' officemate saya tu,

'baju ni yang paling cantik di mata, dan sesuai di badan. jadi terus tak sengaja warna tema berubah ikut warna baju'

punah sudah segala harapan. hancur berkecai. kalau dikutip semula pun retaknya meninggalkan kesan. sobbbb~ T__T

maka saya akur dengan baju itu, yang dibeli dengan harga...

dengan harga...

...

...


...

...

RM200 sahaja~  $_$

saya rasa sangatlah murah untuk baju yang nampak mewah, menyerlah, sarat dengan perincian, dan sesuai dengan persalinan adat saya nanti.

don't you think so?

yang penting, baju tu milik saya. lepas majlis, saya masih boleh pakai. ke.. errr.. nak pakai ke mana ye baju cantik sangat macam tu?

mungkin ke majlis kahwin B2B Blogger yang lain?

thee~

ayah kata, "nanti tenggelam pengantin sebenar. awak pula yang mengelip sangat."


^_^v


p/s: ada kawan ayah yang buka butik andaman berhasrat nak beli baju tu dari saya lepas majlis saya nanti. tak ke pulang modal namanya tu?


Yang Masih Tengok Checklist,
Ms Humaira

Wednesday, 11 January 2012

Teaser Baju Resepsi

Assalamualaikum Semua! ^_^

seperti yang dijanjikan...


taraaaaa....


..........


.........

.........




teaser baju resepsi di dewan nanti.

nantikan, mei 2012.





wahahaha ^_~


Spread Love,
Ms Humaira

Monday, 9 January 2012

Mari Shopping di Jalan TAR

Assalamualaikum Semua! ^_^

dalam ke'bizi'an bekerja tak kira di waktu malam atau di hujung minggu, sempatlah juga saya kiranya keluar sekejap, ye, sekejap ke jalan TAR semalam. snap-snap sikit picca untuk kawan-kawan B2B yang bertanya, kat mana saya beli segala jenis hiasan untuk hantaran.

kedai ni terletak kat Semua House, Jalan TAR. tingkat basement. kalau turun tangga ruang tengah Semua House tu, belok kanan, akan nampak Watson's. sila pandang ke kiri anda. kedai tu dekat dengan ATM Maybank dan RHB.

ini kedainya. sinmin. eh, macam tu kan bacanya kan?

meh tengok apa dalam kedai.

saya snap dari luar aje. malas nak masuk sebab nanti terbeli lagi dan lagi lalu kena marah dengan tunang tersayang. thee~

 tengoklah macam-macam jenis bakul ada. artificial flower pun sangatlah banyak jenis.


 nampak yang putih-putih tu? tu bakul yang ala-ala english style tu. kat belakang tu pun macam-macam jenis pasu. sesuai untuk sesiapa yang nak DIY pelamin.


 pomander ball. weehuu~


bakul bakul bakul



banyak lagi peralatan kawen yang dijual kat sini. riben, manik-manik (boleh dibeli dengan timbang), bunga telur, bekas/beg/sarung untuk doorgift, kain felt, kain net, aih banyak lagilah. boleh datang sini shopping-shopping.


saya ke Mydin jalan TAR, dan saya jumpa ini,

 ni inner yang dari kain renda. sesuai sangat jadi inner untuk tawenn nanti.. ehueww..


 close up. tengok harga. serendah-rendah RM1.90 dan paling mahal pun RM5.90. ni yang saya perasan lah. tak tau lah kot ada lagi mahal tapi tak perasan.



ni inner yang ada awning. awww...


ke korang semua dah tau pasal kemurahan harganya? haha. maaflah, saya memang tak berapa suka nak shopping kat Mydin. sebab dulu zaman sekolah sangat berkecil hati dengan pensel, pen, pembaris, pemadam yang dibeli di Mydin. semua rosak. maka terus melancarkan kempen anti Mydin. haha. budak-budak. sila maafkan. 0_0

sekarang dah besar baru tahu nak cari stokin pun kat Mydin. kat Jusco tu stokin jaaarang & nipis.


kemudian 'ter'pergi pula ke Carefour Wangsa Maju. masuk Nagoya, lalu terjumpa ini,


mabeles you know? kain macam inilah yang buat saya jatuh chenta dengan lace! tak suka bebenor dengan lace selama ni. -_-" 

tapi tak beli sebab ibu kata dia nak beli sendiri kain baju nikah.

tak apa, nanti saya suggest kat ibu, beli yang ini.

harga? RM78 kalau tak silap.

murah!

ok, nak sambung kerja.

daa~


With Luv,
Ms Humaira