Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 27 March 2012

34 hari lagi? oh wow!

Assalamualaikum Semua! ^_^

wahhh dug dag dug dag.. lebih kurang sebulan lagi lah nak menikah. sedikit demi sedikit semua dah berjalan semakin smooth. heh, ayat pun dah tunggang langgang. sebab rumah pun dah start penuh dengan barang-barang yang perlu dikerjakan.

hari tu ada gaduh besar dengan enchik tunang. hal kecil aje. pasal rumah. cuma tiba-tiba dia jadi terpanjang dan panjang dan panjang dan meleret-leret sampai tahap kami nyaris putus tunang. alhamdulillah masih ada sisa kesabaran dan hidup harus diteruskan. yay! enchik tunang pun realize kesilapan dia dan berkali-kali minta maaf.   mohon jangan tinggalkan dia. sob sob sob. perempuan memang cepat touching.

alhamdulillah kami dah dapat rumah sewa area cheras. RM600 untuk 2 bilik, 1 bathroom dan tengah-tengah antara tempat kerja kami berdua. ok lah. fair and square. dia kata, siapa sampai rumah dulu, dia kena masak for dinner. haha. but i know he will be waiting for me to serve him dinner. orang dah ada isteri, kan?

preview sikit bakal rumah kami. ni orang bujang yang duduk. anak dara. so tu macam kosong sikit rupa ruangnya.

then saya pergi shopping untuk doorgift, hiasan barang hantaran, bunga manggar, bunga telur, bunga pahar. berapa banyak bunga daaa... ok, ni pun kat Semua House jalan TAR tu. tapi ni kat tingkat U5. dulu saya tak tahu pun kedai ni. mujur maksu saya jenis kaki gubah hantaran. dia yang bawa saya dan ibu ke sini.

masuk Semua House, terus ke belakang, ada lif. naik ke tingkat U5. keluar lif, ada kedai nama 'Sayang You'.


 nampak tak harga?


 RM42.90

 RM54.00

 RM1.10

 hah ni lagi murah, RM16.80

 himpunan bunga telur cantik-cantik

 cantik. teringin sangattt tapi tak mampu tssk tssk







ni hasil saya pada hari tersebut..


total semua dalam RM311.20. bekas untuk doorgift, hiasan doorgift, hiasan hantaran, bunga manggar bunga telur bunga pahar, apa lagi ye. banyak juga lah shopping kelengkapan.

then baju nikah dah siap! haha. sukaaa. meh nak tunjuk teaser sikit.


lalala~~ saje aje kan buat gambar blur. kain jenis macam satin tapi tak licin macam satin. patch dengan lace, sulam, manik, hah tengok aje lah nanti.

pelamin dah tempah! RM700, dua panel. tengoklah macam mana hasilnya. gabungan idea ibu, saya, dan adik yang bongsu. tempah kat sini, SnSS Beauty House. servis sangat baik! nanti saya buat review untuk ini. saaaaayang kak sal!

kemudian, saya dan enchik tunang pergi survey barang-barang untuk rumah kami. alhamdulillah bulan lepas dah beli mesin basuh. semalam dah beli fridge. lepas saya masuk gaji pula next week insyaAllah nak beli tilam, tv, langsir, tikar, bidai. lalalala~ seronok.





ini fridge kami! hehe. kami minta diorang hantar hari kami masuk rumah nanti. awal mei.

setakat itu progres wedding ni. lepas ni tiap hujung minggu akan minta sepupu sepapat datang rumah kita main-main gam UHU, ye?

oh, hantaran maksu saya yang tolong gubahkan. tehee~

kawan-kawan macam mana?

daa!

xoxo,
Ms Humaira

p/s: hari ni enchik tunang nak pergi ambil kad kahwin. yippiee!

Monday, 19 March 2012

Pengantin dan Inai

Assalamualaikum Semua! ^_^

lama dah kita tak menjengah ke sini. banyak juga perkara yang perlu diselesaikan lagi. 43 days more!

berikut antara perkara yang considered done:
- baju resepsi side perempuan
- baju resepsi side lelaki
- aksesori both side
- pelamin side perempuan
- doorgift side perempuan
- dewan side perempuan
- kursus kahwin
- HIV test
- beli barang hantaran
- survey kedai bunga handbouquet
- hiasan hantaran untuk lelaki
- kad kahwin
- photographer
- catering

wow. tiba-tiba impress dengan list yang dah done ni. padahal lagi 43 hari maka haruslah lebih banyak list yang done!

haha.

seronok.

ok, hari ni nak cerita pasal inai.

hari tu saya bagitau enchik tunang, "hujung minggu ni kalau balik kampung, jangan lupa bawakan daun inai balik KL, ye?"

"untuk apa?"

"untuk kita pakai masa menikah nanti..."

"lelaki pun kena pakai ke?"

"perlu!"

haha. saya pantang betul dia ni suka betul nak mengelak dari menunjukkan tanda-tanda yang dia dah beristeri nanti. dia kata, "yang penting, hati...."

 daun inai

ini daun inai. haha. ni pun nak tunjuk ke?

dulu depan rumah saya ada pokok inai. tapi dah kena tebang, ganti dengan pokok nangka. dulu masa kecil-kecil suka pakai inai. sampai rambut pun letak inai. jadi cokolat rambut hitamku. :D

saya kata, saya nak inai kat tangan yang bercorak-corak tu. yelah, bila lagi nak pakai. time ni aje lah. lepas tu ibu kata, "bukan benda tu haram ke?"

saya gugel. 

haruslah gugel, kan? kalau dah nyata haram, memang tak ada lah saya terpacak kat masjid india tu cari makcik ukir inai kat tangan. 

maka saya terjumpa sesuatu dalam website fatwa malaysia. e- fatwa.

Hukum Pemakaian Inai Bercorak.
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan 


so, apa pendapat kawan-kawan?

saya memang teringin nak pakai. tapi saya nak corak yang macam ni aje...



atau yang ini...


haaa.. tapi cukup sampai pergelangan tangan sahaja.

lepas tu inai daun dari kampung tu, untuk letak kat hujung jari.

alololo tomey tomey.

haha.

till then, girls!

xoxo
Ms Humaira

Friday, 2 March 2012

1 bulan??

Assalamualaikum Semua! ^_^

mak aih. tak sedarnya masa terlalu cepat berlalu.

bila tengok yang ini,

 rasa macam, ok, takpe. 60 hari lagi. lebih kurang 2 bulan lagi. banyak lagi masa kot.

tapi bila tengok yang ini..


hah???

1 month?

1 month = sebulan?

oh maiii saya dah makin terasa debarnya. yelah. macam banyak sangat benda tak settle lagi. catering tak confirm kan lagi. aih dais pun tak confirm ada ke tak.

aduhai. inchik tunang dah nak datang jumpa ibu ayah untuk bagi half dari duit hantaran.

huwaa rasa nak menangis. berdebarnya!

kawan-kawan ada tips tak macam mana nak redakan sikit debaran ni?


Jantung berdegup kencang,
Ms Humaira

Wednesday, 29 February 2012

Ada apa dengan 1 Mei?

Assalamualaikum Semua! ^_^

62 hari lagi.

tik tok tik tok.

risau, takut, menggelabah, semua ada.

takut tak cukup duit.

sekarang itu yang paling ditakuti. beli itu beli ini tup tup nanti ada benda yang terlupa beli dan dah tak cukup duit untuk bayar.

sekarang, pasal tarikh pula.

nak tanya pendapat kawan-kawan semua,

ada masalah ke kalau tarikh resepsi tu 1 MEI 2012?

hari SELASA?

tapi masa tu cuti hari pekerja.

kawan-kawan rasa, ok ke?


Yang tiba-tiba rasa cuak orang tak datang wedding,
Ms Humaira

Tuesday, 28 February 2012

HIV & IKEA

Assalamualaikum Semua! ^_^

oh, dua perkara di atas saling tiada kaitan :D

seperti dalam entri ini, saya akan buat HIV test dengan inchik tunang, semalam. kat klinik kesihatan seksyen 7, shah alam. kemain jauh pergi HIV test. padahal banyak je klinik kat kl.

alasan? saje. suka. gedik. sebab konon feeling nak jadi warga shah alam.

appointment kami buat by call. best best. takyah pergi 2,3,4 kali.

lebih kurang pukul 2 petang, kami sampai klinik. ambil cuti sampai satu hari. sebab? pagi tu diskus tentang kad kahwin, peta dan lain-lain hal kahwin. yelah, saya sangat lah tak ada masa jadi cuti ini perlu digunakan sebaiknya.

ni prosedur untuk sesiapa yang buat HIV test di klinik kesihatan seksyen 7, shah alam, ok?

mula-mula terus naik tingkat satu, ambil borang, isi borang.

lepas tu turun bawah, dapatkan nombor giliran masing-masing. then tunggu di depan kaunter pendaftaran. lepas nombor dipanggil, register, bayar singgit, dan letak borang dalam box di luar bilik 13.

ini nombor giliran kami.

lepas tu tunggu aje lah nombor anda dipanggil. kalau anda keseorangan, sila bawa buku atau alat permainan yang boleh hilangkan bosan -_-" kalau tak, silalah bersembang dengan inchik tunang atau dengan orang sebelah atau bermain chak chak dengan bayi. bayi ye?

kemudian, nombor dipanggil. sila bagi jari anda. saya bagi tangan kiri. kalau guna tangan kanan nanti nyut nyut berdenyut takleh makan. gedik.

tap. guna alat apa tah untuk ambil darah kat jari tu. ada la dalam beberapa titisan je dia amik untuk buat HIV test ni.

lepas tu tunggu di luar. nanti dah settle, dia akan panggil nama, bagi result.


alhamdulillah. tak positif. hehe. dah boleh kahwin. haha.

lepas tu, kami request untuk check darah. kot lah ada darah jenis tak normal ke.

pergi ke kaunter pendaftaran semula. mintak untuk check darah. untuk talasemia.

nanti akan dapat semula nombor giliran untuk masuk bilik doktor pula.

lepas tu, tunggu nombor giliran. masuk bilik doktor. nanti doktor akan tulis-tulis kat kad kuning. lepas tu sila letak kad kuning tu dalam box depan bilik 13 juga.

tunggu nombor giliran lagi.

kali ni dia ambil darah sampai satu tabung darah. cucuk kat pelipat lengan tangan. darah saya macam tak mahu keluar. sedih.

lepas tu, sila bawa kad kuning dan tabung darah anda ke makmal klinikal. tunggu sampai result darah anda diberikan.

masuk semula bilik doktor. nanti doktor akan bagitau keputusan. "darah awak normal." alhamdulillah :)

tapi inchik tunang, doktor tak kata macam tu.

doktor kata, "ok, awak dah boleh kahwin.."

ceh! pukul 4.30 baru settle everything.

lepas tu kami pergi ikea. nak survey barang-barang untuk rumah kami. waaa rumah kamiiii...

tak mampu. rasa macam mahal. tapi macam murah pun ada. mungkin boleh ambil inspirasi dari cara susunan perabot. apply ke rumah kami nanti.  

 cantik pula kaler purple ni.


 bersepahnya. haha.


 ni pun not bad.


 check harga


 bakal rumah kami mungkin macam ni. sebab dia ada satu ruang besar yang perlu dibahagi dua. ruang santai & makan.


 geram!


 eh, dah tak ada orang?


 lagi satu contoh yang not bad.


 menangis tengok


 check harga lagi


 ni macam rimas sikit.


lepas tengok-tengok, kami jumpa sesuatu idaman hati..

ini...



dan boleh dipankan dengan ini..



kemudian kami jumpa ini..



dan ini jugaaa...



hahahahaha kaching kaching.. marilah ke mari wahai duittt....


Yang masih lebam tangan,
Ms Humaira

Friday, 24 February 2012

Poligami: Adakah perempuan yang sanggup?

Assalamualaikum Semua! ^_^

alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menulis entri di pagi hening ni. hening. sebab on the way ke office tadi, sejuk semacam. pastu langit kelam. cewah, langit kelam. :D

thanks untuk yang dah komen dalam entri sebelum ni. pasal doorgift tu. banyak juga pandangan dari kawan-kawan. semua cadangan pun baik sampai saya konfius nak buat pilihan. nanti saya akan cuba reply komen kawan-kawan, ye?

kita lari sikit tentang persiapan perkahwinan. hari ini saya macam nak sentuh sikit tentang kehidupan berumah tangga.

ye, saya tahu saya belum ada pengalaman sepicis pun tentang alam rumahtangga ni. tapi ilmu yang sedikit ni marilah kita kongsi bersama. sebagai persediaan kita sebagai isteri.

apsal ayat skema ni?

ok, ada tak perempuan di luar sana yang rela sungguh-sungguh rela serius takkan makan hati kalau bermadu?

aaa.. tak ada yang angkat tangan kot?

siapa yang rela berkongsi kasih, kan? sedangkan saidatina aisyah r.a pun cemburu dengan madu-madunya. tapi Rasulullah s.a.w adalah suami terbaik. tahu menjaga hati setiap isteri baginda.

poligami tu dihalalkan. kita perempuan ni tak boleh lah menolak 100% poligami ni. kan? takkan kita nak mengharamkan perkara yang halal.

macam dalam surah an-nisa, ayat 3.

tapi, kalau dikhuatiri tidak akan berlaku adil, maka kahwin sorang sahaja.

kat malaysia ni, kita ada akta undang-undang keluarga islam. jadi setiap hak isteri dilindungi. poligami boleh dipertimbangkan dengan mengambil kira syarat-syarat macam kat bawah ni,
  • poligami boleh diteruskan memandang kepada keadaan si isteri seperti mandul, uzur jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila
  • pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
  • pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak.
  • perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie kepada isteri.

tahu tak kawan-kawan, kita boleh meletakkan syarat supaya suami tak berpoligami? syarat ni akan diutarakan sebelum kita menikah. kalau si lelaki bersetuju, maka kita bersetuju terima pinangan si lelaki.

dia bukan sejenis perkahwinan kontrak. tapi sebagai perlindungan untuk isteri. hak seorang isteri.

pernah tengok cerita ketika cinta bertasbih? saat anna althafunnisa nak menikah dengan furqan, anna letakkan syarat. 

kita boleh letak syarat macam ni,
  • selagi saya terdaya melakukan semua tanggungjawab sebagai isteri, dari segi lahiriah atau batiniah, maka si lelaki tidak boleh menikah lain
dan syarat dalam akta yang sebutkan kat atas tu pun dah melindungi hak seorang isteri sebenarnya.

kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. kita ada seumur hidup dengan suami kita nanti. setiap masa kita akan diduga. jadi kita perlu bersedia untuk segala kemungkinan.

lagi satu, kita ada lafaz taklik masa akad nikah nanti, kan? lafaz taklik tu pun perlidungan kepada isteri. jadi kalau di kemudian hari kita teraniaya, kita masih ada hak yang boleh dipertahankan.

saya ada sakit belakang. jadi saya pun takut saya tak mampu tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik nanti.

jadi saya pun letakkan syarat macam ni kepada encik bakal suami:
  • selagi saya masih terdaya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, lahiriah dan batiniah, maka awak tak boleh menikah lain
  • sekiranya awak ingin menikah lain, saya akan berhenti kerja serta-merta. jadi kalau awak mampu tanggung segala keperluan saya & anak-anak kalau saya dah tak bekerja (termasuk kos perubatan, tempat tinggal dan segala yang complete), dan mampu tanggung satu lagi 'cawangan' lain, dipersilakan untuk menikah. tapi harus melepasi syarat pertama dulu.
  • bakal isteri kedua haruslah seorang doktor yang mampu menjaga saya, tahu merawat saya

best tak syarat macam ni? hehe. tapi inchik tunang kata, "haaa sebut-sebutlah pasal bermadu, kang jadi betul-betul kang saya tuntut tunaikan syarat tu."

saya jawab semula, "nak sangat ke berpoligami? satu ni pun tak lepas lagi, ada hati nak fikir 2,3,4? kalau awak betul-betul sayang saya, awak takkan fikirkan sangat hal syarat-syarat tu. yang penting awak nak jaga saya dunia akhirat, kita nak kumpul pahala sama-sama. kalau keadaan poligami tu menzalimi saya, hilang pahala-pahala awak."

dia diam.

dalam sibuk prepare majlis, kita perlu juga prepare ilmu. supaya kemudian hari kita tak makan hati, tak dizalimi.

aisyah & maria


Yang sibuk baca buku satu bab satu hari,
Ms Humaira

Thursday, 23 February 2012

Doorgift, Hiasan atau Makanan?

Assalamualaikum Semua! ^_^

*saya cuba biasakan, menaip sekurang-kurangnya 1 entri dalam 2 hari. taip di awal pagi sesampai office*

dah fikir doorgift masing-masing?

saya serius belum ada idea yang betul-betul berkenan di hati dan menjimatkan. bajet saya? maksimum RM1 per doorgift. dari packaging sampai ke isi dalam. maksimum, RM1.

yang ni cantik, kan?

ni jar dari quality pack. saya tahu ramai B2B yang dah guna bottle jar ni.


ibu memang suka benda ni. disamping boleh letak makanan dalam tu, jar tu pun boleh digunakan lepas tu. untuk letak spices ke kan. 

tapi kos untuk jar tu pun, kurang-kurang 70 sen sebotol kan? so harga isi dalam perlu 30 sen aje. tak boleh lebih.


atau guna yang ini?

pastu print cantik-cantik kan? design tu reka sendiri pun tak apa. kos untuk yang ni murah sikit. 100 pieces dalam RM5 pun ada. so isi dalam boleh sumbat macam-macam.

cuma lepas print cantik-cantik, orang akan buang aje paper bag tu.

what say you, girls?


Yang Pening,
Ms Humaira