Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 27 March 2012

34 hari lagi? oh wow!

Assalamualaikum Semua! ^_^

wahhh dug dag dug dag.. lebih kurang sebulan lagi lah nak menikah. sedikit demi sedikit semua dah berjalan semakin smooth. heh, ayat pun dah tunggang langgang. sebab rumah pun dah start penuh dengan barang-barang yang perlu dikerjakan.

hari tu ada gaduh besar dengan enchik tunang. hal kecil aje. pasal rumah. cuma tiba-tiba dia jadi terpanjang dan panjang dan panjang dan meleret-leret sampai tahap kami nyaris putus tunang. alhamdulillah masih ada sisa kesabaran dan hidup harus diteruskan. yay! enchik tunang pun realize kesilapan dia dan berkali-kali minta maaf.   mohon jangan tinggalkan dia. sob sob sob. perempuan memang cepat touching.

alhamdulillah kami dah dapat rumah sewa area cheras. RM600 untuk 2 bilik, 1 bathroom dan tengah-tengah antara tempat kerja kami berdua. ok lah. fair and square. dia kata, siapa sampai rumah dulu, dia kena masak for dinner. haha. but i know he will be waiting for me to serve him dinner. orang dah ada isteri, kan?

preview sikit bakal rumah kami. ni orang bujang yang duduk. anak dara. so tu macam kosong sikit rupa ruangnya.

then saya pergi shopping untuk doorgift, hiasan barang hantaran, bunga manggar, bunga telur, bunga pahar. berapa banyak bunga daaa... ok, ni pun kat Semua House jalan TAR tu. tapi ni kat tingkat U5. dulu saya tak tahu pun kedai ni. mujur maksu saya jenis kaki gubah hantaran. dia yang bawa saya dan ibu ke sini.

masuk Semua House, terus ke belakang, ada lif. naik ke tingkat U5. keluar lif, ada kedai nama 'Sayang You'.


 nampak tak harga?


 RM42.90

 RM54.00

 RM1.10

 hah ni lagi murah, RM16.80

 himpunan bunga telur cantik-cantik

 cantik. teringin sangattt tapi tak mampu tssk tssk







ni hasil saya pada hari tersebut..


total semua dalam RM311.20. bekas untuk doorgift, hiasan doorgift, hiasan hantaran, bunga manggar bunga telur bunga pahar, apa lagi ye. banyak juga lah shopping kelengkapan.

then baju nikah dah siap! haha. sukaaa. meh nak tunjuk teaser sikit.


lalala~~ saje aje kan buat gambar blur. kain jenis macam satin tapi tak licin macam satin. patch dengan lace, sulam, manik, hah tengok aje lah nanti.

pelamin dah tempah! RM700, dua panel. tengoklah macam mana hasilnya. gabungan idea ibu, saya, dan adik yang bongsu. tempah kat sini, SnSS Beauty House. servis sangat baik! nanti saya buat review untuk ini. saaaaayang kak sal!

kemudian, saya dan enchik tunang pergi survey barang-barang untuk rumah kami. alhamdulillah bulan lepas dah beli mesin basuh. semalam dah beli fridge. lepas saya masuk gaji pula next week insyaAllah nak beli tilam, tv, langsir, tikar, bidai. lalalala~ seronok.





ini fridge kami! hehe. kami minta diorang hantar hari kami masuk rumah nanti. awal mei.

setakat itu progres wedding ni. lepas ni tiap hujung minggu akan minta sepupu sepapat datang rumah kita main-main gam UHU, ye?

oh, hantaran maksu saya yang tolong gubahkan. tehee~

kawan-kawan macam mana?

daa!

xoxo,
Ms Humaira

p/s: hari ni enchik tunang nak pergi ambil kad kahwin. yippiee!

13 orang si cantik sudi komen:

SarahSyafiq said...

dah makin terasa mood nak kahwin.happy preparing:)

Aisyah Humaira said...

SarahSyafiq~
betul betul.. rumah makin meriah dan penuh dan semak dengan barang-barang kawen. haha..

::Aja:: said...

aja tgh gaduh2 dgn incik tunang about rumah sewa..dah bengang dah sbb xsettle2..fuhhh.bersabar2..

.: a.for.ana :. said...

seronoknye da prepare nk masuk rumah baru! huhu..

Nisa Dawi said...

best nye..persiapan kawin seiring dengan persiapan selepas kahwin..=)

[az azhari]™ said...

wah! seronok! hv fun sygg!

Ziema said...

Wah gelabahnya lagi sebulan lebih.
Semoga tak clumsy sangat ye..

xoxo
Jimat :p

Aisyah Humaira said...

Aja~
sabaarrrr... siyes kata memang tahap kesabaran tu memang wajib lah setiap saat..


a for ana~
memang seronok sangat. rasa nak cium cium enchik tunang! bahahaha! nasib baik belum halal *blush*


nisa dawi~
rasa macam harus. hahaha. sebab rumah kita dah penuh so kita lah kena move dengan suami. waaa suami..


az azhari~
thanks dear! lalalala~ seronok sangat ni, alhamdulillah :)


Jimat~
wehhhhh mana ko tau aku adalah aku hah??? hahaha.. ko pun tau kan aku ni memanglah sangatlah clumsy kannnn~

LeaQistina said...

Seronoknya... bila boleh sampai umah Cik Humaira nih? Ada ikan masak 3 rasa tak? hehe~

Aisyah Humaira said...

LeaQistina~
hahaha.. memang seronok sangat! ^_^
jangankan ikan masak 3 rasa, masak 5,6,7 rasa pun boley.. haha.. ok, itu over :P

cik enul said...

wah..wah..sakan soping..heheheh

dhiera zainudin said...

humairah, kotak silver rm7 ke? ada berapa pcs dalam tu?

Aisyah Humaira said...

cik enul~
harussss.. hahaha..


dhiera~
alamak, lupa la.. antara 10 ke 12 pcs.. :D rasanya 10 sebab paper bag kita pun 10 per pack.. :DD