Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 16 October 2012

Hello Aunties!

Assalamualaikum Semua!!

nahhhh

presenting,

taraaaa

more info in this entry --- > http://nadiafitrihavez.blogspot.com/2012/10/lepas-ni-blog-ni-jadi-blog-mak-mak-la.html

i'm 5 weeks in mommy's belly now.

pray for us.

and now i don't know the do's and dont's! hahaha

people keep saying that not to eat suka hati & buat kerja berat. but eat suka hati like what heh?

hahahaha

pray for us, again

love,
Puan Humaira, & Baby ::)

Thursday, 20 September 2012

Re-use: Bekas Hantaran

Assalamualaikum Semua!

lama tak bersiaran di sini. blog yang Nadia Havez tu pun jarang update.

ada orang tanya, dulu saya kata akan guna bakul rotan sebagai hantaran saya macam dalam entri-entri ini. apa dah jadi dengan bakul tu sekarang?

ok, sekarang bakul tu jadi ini,


 tempat letak barang-barang macam perfume, deodorant, bedak, brooch, sikat



dan bekas-bekas ubat

juga jadi tempat letak handphone-handphone serta charger-charger mereka, dan bakul untuk surat-surat macam bil, kad kahwin dan lain-lain. dua-dua bakul ni ada di ruang tamu. di rak tv. sekurang-kurangnya cantik sikit berbunga-bunga tu.

tak pasal-pasal rumah saya bertema purple.

:)

Luv,
Puan Humaira


Friday, 27 July 2012

Nasihat untuk Para Isteri dan Bakal Isteri

Assalamualaikum Semua! ^_^

something good to share here :)



wahai isteri-isteri dan bakal isteri, banyak sebenarnya kekuurangan yang kita kena upgrade. jom upgrade diri!

ini adalah beberapa isi yang dapat saya kupas dari video ni.

A. sentiasa bersyukur

  • bersyukur sebab ada orang nak ambil kita jadi isteri
  • sebagai perempuan, kita akan bersungguh-sungguh, nak dapatkan majlis perkahwinan yang bermakna
  • tapi kita lupa, untuk majlis satu hari, kita prepare dalam lebih kurang setahun. tapi kehidupan 30, 40 tahun lepas kahwin, berapa lama kita dah prepare?


B. tahu tujuan jadi isteri

  1. ikut sunnah
  2. untuk dapat anak yang soleh solehah - bekalan di alam kubur nanti (doa anak yang soleh dan solehah)
  3. untuk hidup bahagia - isteri solehah tidak akan rasa hanya ingin bahagia, tapi dia pun bertindak untuk membahagiakan suami dan anak-anak
  • tahu visi sebagai isteri - ingin jadi isteri yang bagaimana? berikut adalah beberapa aspek:
    • sihat - rupa, tubuh badan
    • bijak berfikir - sentiasa positif dan buat orang lain pun rasa positif
    • tinggi kerohanian - jaga aurat, jaga solat
    • jaga hubungan - dengan suami, anak-anak, mertua
    • kewangan - belanja sesuatu tepat pada tempatnya - mencantikkan diri hanya untuk suami
  • matlamat? cara untuk capai hidup bahagia setiap hari
    • bangun pagi?
      • bersyukur masih bernyawa, suami masih ada di sisi, anak-anak masih ada
      • fikirkan untuk persediaan keluarga pada hari tersebut

C. 5 tiang hidup setiap hari
  • Fizikal
    • pastikan sihat tubuh badan. bagaimana?
      • jaga pemakanan
        • lengkapkan ilmu tentang nutrisi
        • makan pagi seeloknya banyakkan makanan berprotein seperti susu, telur
        • air paip perlu filter sebab air sekarang banyak yang 'tidak sihat'
        • vitamin dan suplemen perlu ada
      • lakukan senaman
        • jika tiada masa untuk bersenam, sediakan masa untuk sakit -kata ahli falsafah
  • Mental
    • majalah atau buku apa yang ada di rumah kita?
    • channel TV apa yang kita buka sehari-hari?
    • labur sedikit wang untuk ilmu yang bermanfaat
  • Rohani
    • bangun pagi, tanamkan niat setiap hari untuk:
      • jadi hamba Allah yang baik
      • jadi khalifah untuk diri sendiri dan keluarga
      • urus semua keperluan harian ikut hukum Allah
  • Jaga Hubungan
    • cara jaga hubungan dengan orang lain:
      • hargai
      • sebut kebaikan
      • jangan kritik
    • jaga hubungan dengan suami : 
      • hormat suami, senyum ketika beliau pulang dari tempat kerja
    • jaga hubungan dengan anak-anak : 
      • peluk, puji
    • jaga hubungan dengan mertua : 
      • jangan biar mereka berkecil hati kerana mereka baru nak mengenal kita
  • Kewangan
    • jangan hanya tumpu pada skin care dan kosmetik sahaja, aspek kesihatan badan perlu ambil kira
    • kewajipan isteri : 
      • jaga mata suami - sentiasa kelihatan cantik 
      • jaga hidung suami - sentiasa wangi
      • jaga telinga suuami - sentiasa berkata-kata yang baik
      • jaga hati & perasaan suami - sentiasa pandang suami dengan pandangan hormat dan kasih-sayang

Priority seorang isteri adalah Allah --> Rasul --> Suami
tak kira setinggi mana pangkat seorang isteri di pejabat, di rumah suami adalah segalanya.


Sekian.

Good to share.

xoxo,
Puan Humaira.

Friday, 20 July 2012

Rangka Kerja Persediaan Perkahwinan (Part 1)

Assalamualaikum Semua! ^_^

saya pos entri ni untuk menjawab soalan dari salah seorang reader blog ni. thanks sebab sudi singgah ke blog yang tak seberapa ni. dah lah sekarang ni pun jarang update. tehee~

saya menjangka entri ini boleh jadi panjang. jadi saya masih berfikir sama ada nak jadikannya berepisod atau macam mana. so stay tune, ya?

saya percaya ramai juga di kalangan readers yang sudah pun berkahwin (ada yang dah nak bersalin dah pun, tahniah!), ada cara masing-masing untuk rangka perjalanan hari bersejarah anda. ada yang start setahun sebelum majlis, ada yang dua tahun sebelum, ada juga yang hanya berapa bulan (macam saya lah tu, ye?)

jadi saya nak kongsi sedikit macam mana rangka perjalanan majlis saya, baik dari segi bajet, mahupun masa. bajet yang sedikit (bawah RM10,000) dan masa persediaan yang singkat (lebih kurang empat bulan). dan ini hanya untuk majlis nikah dan majlis resepsi belah perempuan ye.


1. Senaraikan perkara perkahwinan berdasarkan kategori
saya senaraikan beberapa perkara besar mengikut kategori:

  • nikah & prosedur
  • persiapan pengantin (baju, inai, make up, etc)
  • bilik pengantin
  • dewan/khemah
  • katering
  • doorgift
  • hantaran
  • jemputan
  • photographer/videographer
  • PA system
  • lain-lain


2. Asingkan KEPERLUAN dan KEHENDAK
yang ini, dari kategori di atas, saya pecahkan kepada perkara-perkara berkaitan yang akan jatuh atas setiap kategori. saya labelkan P sebagai KEPERLUAN dan H sebagai KEHENDAK. perkara ni lah yang akan menentukan nilai anggaran kasar majlis kita. dan ini juga terpulang dan memang akan berbeza antara pengantin. kalau mampu dan memang mempunyai bajet lebih, silakan. tapi saya menulis berdasarkan bajet saya yang memang dah saya set kan. tak mahu lebih dari RM 10,000.

  • nikah & prosedur
    • kursus pra-perkahwinan (P)
    • borang prosedur L & P (P)
    • ujian HIV (P)
    • bayaran tok kadi & saksi (P)
    • bayaran daftar kebenaran nikah (P)
    • bayaran kad nikah (P)
    • maskahwin (P)
    • cincin/gelang/rantai untuk upacara batal wudhu' (H)
  • persiapan pengantin (baju, inai, make up, etc)
    • baju nikah L & P (P)
    • baju bersanding L & P (P)
    • tukar-tukar baju 2,3,4 helai (H)
    • aksesori pengantin L & P (H)
    • inai (H)
    • make up nikah (H)
    • make up bersanding (H)
    • bunga tangan (H)
    • veil (H)
    • baju seragam family pengantin (H)
    • rosette (H)
  • bilik pengantin
    • tilam (P)
    • katil (P)
    • langsir (P)
    • hiasan bilik pengantin (H)
  • dewan/khemah
    • venue majlis (P)
    • pelamin (H)
    • walkaway (H)
    • red carpet (H)
    • pintu gerbang (H)
    • guestbook corner (H)
    • candy booth (H)
    • hiasan dewan (H)
    • centerpiece (H)
    • tagging (H)
    • bunga manggar (H)
  • katering
    • makanan selepas majlis nikah (P)
    • makanan majlis resepsi (P)
    • makanan pengantin (P)
    • hiasan meja beradab (H)
  • doorgift
    • kotak/bekas untuk doorgift majlis nikah (H)
    • kotak/bekas untuk doorgift majlis resepsi (P)
    • doorgift majlis nikah (H)
    • doorgift majlis resepsi (P)
    • hiasan doorgift (H)
    • TQ tag (H)
  • hantaran
    • barang-barang hantaran (H)
    • hiasan barang hantaran (H)
    • dulang (H)
    • alas dulang hantaran (H)
  • jemputan
    • kad kahwin (P)
    • banner (H)
    • bunting (H)
    • papan tanda arah (P)
  • photographer/videographer
    • photographer (H)
    • videographer (H)
  • PA system
    • dj (H)
    • emcee (H)
    • seleksi lagu (P)
  • lain-lain
    • minyak (P) 
    • tol (P)
saya harap tiada senarai yang saya tertinggal. kalau ada, saya akan update lagi.
boleh tengok kan? nampaknya lebih banyak yang berwarna biru dari berwarna merah.
ye, saya faham, kalau tak ada beberapa perkara yang saya label sebagai warna biru tu, orang akan mengata, majlis macam kahwin koboi.
tapi pada saya, yang warna biru tu maknanya, boleh di consider jika saya ada duit lebih. macam tu. sebab, kalau sesiapa yang mengikuti blog saya dari awal, tentu faham kenapa saya sangat bertegas soal perkara-perkara duit dalam perkahwinan ni [entri ini].

3. Anggaran kasar yang ingin saya belanjakan
macam yang saya kata, benda ni berbeza ikut kemampuan masing-masing. ada orang tak kisah pun, ye, sekali seumur hidup. tapi saya tahu saya tak mampu. jadi saya letak standard saya sendiri. dan saya PERLU ikut bajet yang dah saya letak. tapi masih flexi. kalau pun ada item yang terlebih bajet, mesti ada item lain yang boleh cover item yang terover bajet tu. eh, faham ke?

contoh,
Item 1
baju nikah
anggaran = RM120
belanja = RM150  <--- terlebih bajet

Item 2
make up
anggaran = RM50
belanja = free (sponsored)   <--- cover semula over bajet baju nikah

yang kat atas ni, contohnya laaa..



4. Tarik keluar perkara-perkara besar yang perlu confirm SEGERA.
macam saya, saya duduk di KL. jadi perlu diambil perhatian, dewan dan katering sangatlah cepat fully booked. jadi kena survey dan terus book dengan cepat. perkara besar adalah kalau tak ada, maka kira tak ada lah majlis.

lepas tengok senarai di atas, saya decide, venue majlis dan katerer majlis resepsi adalah dua perkara besar. saya start dengan book dewan dan decide katerer terlebih dulu [entri ini, ini, ini, ini, dan ini].


ok, setakat ini dulu buat masa ni. nanti saya sambung lagi.


happy preparing for next bride to be!

and for ex-bride to be, mom-to-be, mari berusaha tambahkan umat. haha. dan selamat menjamu suami dengan juadah berbuka dan juadah bersahur yang enak-enak. moga amalan bersama suami isteri mendapat ganjaran dari-Nya. amin :)




Sayang Kamu Semua,
Mrs Imam

p/s: hari isnin ni saya admitted untuk menjalani operation sebab slip disc. doakan segala prosedur berjalan lancar, ya? amin...


:)

Wednesday, 18 July 2012

Pengalaman Saya Miscarriage - Keguguran

Assalamualaikum Semua! ^_^

saya ingat nak review wedding one by one tapi baru perasan cd dari photographer tertinggal di rumah. so tak apalah.

saya nak kongsi sesuatu. sesuatu yang berlaku lebih kurang seminggu yang lepas. entri ini panjang.

mulanya hari khamis (5 Julai 2012), saya dah rasa pedih-pedih kat bawah perut. bahagian ari-ari macam tu. pedih macam gastrik. sepatutnya saya period pada 30 jun. ni dah 5 julai pun tak period lagi. dan saya jenis yang memang period on time. saya agak, mungkin mengandung. tapi malasnya nak pergi beli pregnancy test kit. nak minta encik suami belikan pun malas.

sebabnya?

sebab bulan lepas excited sangat sampai 3 kali beli test kit, tapi negatif. macam dalam entri ini.

mari flash back sekejap.

masa tu saya beli sebab rasa teruja terlebih-lebih sebab saya alami mual yang agak teruk lepas kahwin tu.

baru 3 hari dari tarikh subur, dah beli. beli 2 pula tu! haha. mula-mula test lepas balik kerja. tapi negatif. kecewa. kawan kata, kena test pagi-pagi. air kencing pertama pagi tu. pagi tu test, negatif. kecewa lagi. tapi ada kawan bagi harapan. katanya, tunggu period lewat, baru test lagi sekali.

bulan tu saya jangka period saya pada 3 jun 2012. pagi 3 jun tu, masih tak period. terus test dengan test kit yang suami dah beli malam sebelum tu. ini adalah test kit yang ketiga. haha. see?? super-duper excited, kan?

but still negatif.

saya kata pada suami, "kita tunggu aje lah saya period ke tak..."

tengok-tengok petang tu period. haha. tergelak sendiri lah saya.

tapi masa tu saya nampak muka suami sangat kecewa. sebab dulu sebelum kahwin, dia berazam. nak pastikan saya bunting pelamin.

haha. tapi kita hanya merancang, Allah menentukan, kan?

sebab tu untuk awal julai ni, saya malas nak fikir, malas nak test.

berbalik pada rasa pedih pada 5 julai tu. saya fikir, mungkin gastrik. tapi agak mustahil di bahagian bawah perut. tak apalah. mungkin baby menendang? haha. ok, imaginasi saya dah ke laut.

pagi jumaat tu saya dah tak senang duduk di office. sekejap-sekejap ke tandas. check period ke tak. perasaan hati macam nak period, macam tak. tapi rasa basah di kawasan miss V.

jumaat malam tu, kami ke kampung suami. sebab nak ambil mak ayah mertua, bawa ke KL. masa tu saya rasa macam nak pengsan sebab letih yang amat (saya dalam hectic schedule di office masa tu)  perjalanan KL-Sungkai, suami memandu. tapi perjalanan dari sungkai ke KL, saya yang drive sebab suami dah mengantuk. plus traffic jam di kawasan bukit tagar, ada accident. kami sampai rumah kami dalam jam 3 pagi.

masa tu saya masih menahan perut sakit. bila masuk toilet, ada tompokan coklat pada seluar. saya dah risau. tapi saya beritahu suami, "saya period kot." saya pakai pad. sebab fikir, ya, period kot.

kami masuk tidur. tapi saya tak boleh tidur walaupun terlalu mengantuk dan penat. terasa perut pedih mencucuk disertai sakit yang macam perut disentap ke pinggang. pinggang saya rasa nak tercabut. rasa macam senggugut tapi tahap yang saya tak boleh tahan bercampur rasa pedih mencucuk. saya kejut suami. air mata dah mengalir masa tu. memang sakit sangat.

pagi sabtu tu, pad saya still ada tompokan coklat. bukan darah period biasa. saya dah musykil. ni period ke apa?

sabtu itu saya bekerja. lepas suami hantar ke pejabat (sebab dia nak guna kereta. bawa mak ayah jalan-jalan), saya macam biasa tapi perut pedih lagi. cuma agak kurang dari malam tadi.

dan...

saya terasa nak buang air kecil. saya masuk toilet. darah keluar dengan banyaknya, perut pedih amat dan ada satu ketulan kecil dalam toilet bowl. rupa macam hati ayam, diameter lebih kurang 7-8cm. saya dah menggigil. apa tu? macam bukan period.

saya keliru. tak tahu nak buat apa. saya diamkan aje dulu. tunggu suami ambil petang tu.

bila saya beritahu suami petang tu, beliau tak kata apa-apa. diam. beritahu mak ayah mertua, mereka kerisauan. malam tu kami ke batang berjuntai, ada kenduri sepupu suami. kami tidur di sana.

malam tu saya masih bleeding. masih keluar saki baki ketulan macam hati ayam tu. darah pekat dan likat mengiringi. saya menangis sendiri.

pagi ahad saya tidur seharian. saya sangat lemah, muka pucat. memang tak mampu nak tolong apa-apa dalam majlis tu. sampai suami saya diperli "baru ada isteri dah kena buat macam-macam untuk dia". masa tu suami tolong gosokkan baju dan tudung saya. ada juga ahli keluarga yang tak faham keadaan kita.

ahad petang lepas kenduri, suami bawa ke hospital. dan doktor tak dapat sah kan selagi tak scan.

hari isnin, scanning. doktor kata otot rahim saya tak kuat. dan semua dah bersih.

dan start hari tu, saya ambil folic acid.

nak kata sedih, tak juga. saya rasa tenang sebenarnya. saya redha. dan saya tahu, Allah Maha Mengetahui, bila sebenarnya masa sesuai untuk Dia anugerahkan kami dengan anak. cuma saya perhatikan suami agak down. saya tahu dia memang teringin sangat nak anak. saya dan suami memang suka anak ramai. tapi tu lah, bukan kita yang tentukan semua tu, Dia.

orang ramai ingat kami merancang. tapi tak pernah terlintas pada fikiran kami untuk merancang. saya tak ambil pil perancang dan memang kami inginkan anak.

tak apalah, buat masa ni saya perlu rehat. walaupun berada di pejabat, tapi kerja saya diringankan sedikit. boss pun suruh saya berehat.

dan saya pun dah kurang menjengah ke blog ex-B2B lain, group wifey mom to be kat facebook tu. pedihnya masih terasa. walaupun redha, tapi sedih. tak sanggup baca keseronokan kawan-kawan bercerita saat gembira mengandung.

ya, still need time to recover...

Tenang,
Puan Humaira.

WW: Endless Love

Assalamualaikum Semua! ^_^




=)~

xoxo,
Puan Humaira

Tuesday, 17 July 2012

Dah Lamaa..

Assalamualaikum ^_^

Hai Semua!


kita kannnn dah lama tak datang sini.

ada lagi ke orang nak kawan dengan kita kat sini?

seronok tengok wedding preparation kawan-kawan. kita hanya jadi silent reader sahaja.

kita janji nak review wedding kita tapi tak buat-buat juga. maaf.

kita baru miscarriage last week. so takes time nak heal.

rindu korang semua.

Puan Aisyah Humaira

Wednesday, 23 May 2012

It Is Negative

Assalamualaikum Semua! ^_^

it is negative.


negative


saya tak tahu kenapa saya menangis kat bahu encik suami semalam. encik suami diam sahaja. saya tahu dia pun berharap. sebab terlalu banyak simptom yang konon macam saya mengandung. tapi tak.

tak apa lah.


gambate!


xoxo,
Puan Humaira

Monday, 21 May 2012

Official Video :)

Assalamualaikum Semua! ^_^

hai lah adik-adik saya dan kezen tersayang ni kan. even saya tak ada official videographer, but this video very priceless!


Videographer:
Shahira Vezani Havez - Polymer Engineering, UTM JB
Irma Noor Mayzura Havez - Form 5, Convent Bukit Nenas
Rizwan Sofyan - Baru habis SPM from Alam Shah, Putrajaya (soon fly to US)

Editor
Indra Putra - Medic Student, Alexandria University, Egypt

koranggg.. tengah bizi pun sempat lagi buat benda ni untuk kaklong, kan? terharu!


Love,
Puan Humaira / Nadia Havez

Wednesday, 16 May 2012

Nota Buat Isteri

Assalamualaikum Semua! ^_^

hadoi lah. dah lama tak datang sini. lepas bercuti panjang, kerja menimbun-nimbun, dengan fasa penyesuaian diri lagi. hai lah.

tapi ada sesuatu yang buat saya tersenyum panjang pagi ni.

ada satu nota di depan pintu fridge.


'sayur, ulam,
ikan masin, ikan basah,
cili hidup,
telur,

p/s: sayang isteri abang :)'


haha... yang atas tu senarai bahan yang suami nak beli. tapi tiba-tiba ada sebaris ayat kat bawah tu.

simple yet sweet :)

i love you too, hubby!


alololo comelnya budak ni..




sayang nak dukung kejap, bang..




geramnya.. :)


pinjam anak orang kejap.

hehe..


^_^
Puan Humaira

Tuesday, 8 May 2012

Memperkenalkan... Husband Kita...

Assalamualaikum Semua! ^_^

nak bagi tengok sikit. sikit aje dulu.


taraaaa........


with love,
Puan Nadia Havez

Eh eh, Saya Dah Kahwin laaa..

Assalamualaikum Semua! ^_^

banyak yang nak diceritakan.

tapi kan..

masuk office hari ni, dah sebeban kerja sebab cuti lama kannn..

so, stay tuned.

:D

Tuesday, 1 May 2012

The Secret Finally Revealed *Sticky Post*

* entri ini adalah sticky post. sila scroll ke bawah untuk entri baru *

Assalamualaikum Semua! ^_^

finally..

hehe..

alamak dah ter'reveal' nama sebenar..

jemput datang ye semua.. :)







jemput lah datang! ^_^

Ms Humaira

Friday, 27 April 2012

Kasut dah Bersih, Rosette & Teaser Baju Nikah

Assalamualaikum Semua! ^_^

3 hari lagi ya kawan-kawan...

nah nak tunjuk sikit.



ni kasut yang saya basuh macam dalam entri ini. haa.. kalau tak, reben tu hitamnyaaaa... siap ada kesan kuah kari tumpah lagi. haha. teruk betul. saya tak mahu sarat sangat. boleh pakai pergi meeting ke lepas ni. plus kata seorang kezen "alahai kaklong, nak pergi masjid aje pun. orang tak nampak..."

ceh! tu nasib baik pergi masjid. kalau nikah kat rumah agaknya dia kata tak payah ada kasut nikah pun tak apa.




nah, ni pula hasil dari entri ini. masa saya tengah bersungguh-sungguh buat benda ni, boleh pula adik saya kata, "rasa macam duduk dekat dalam tadika aje.. penuh bunga-bunga.." ceh!


dan yang terakhir sekali...


berapa kali daaa nak tunjuk teaser baju nikah, kan? ni full sikit. hari tu sikit aje, kan. saya akan pakai selendang. dan selendang buat sendiri. pun tak sarat.

sebab target saya, lepas ni boleh pakai lagi. pergi kenduri orang ke, raya ke, open house ke. hewhewhew.

baru cuti sehari, dah banyak yang saya boleh siapkan. hari ni nak pergi try aksesori yang akan dipakai masa reception nanti.

hehe.

Tunggu 3 Hari Lagi,
Ms Humaira / Nadia Fitri

Wednesday, 25 April 2012

Kasut & Fresh Flower (5 Hari Lagi, People!)

Assalamualaikum Semua! ^_^

Ini Kisah Kasut

Cerita Satu: Kasut Nikah

mostly kasut nikah sure kaler putih, kan? tu pun kalau nikah berbaju putih lah, kan. sekarang ni orang dah buat macam-macam warna. tapi kami still pilih putih.

ya, common.

but itulah yang paling sesuai untuk nikah pada kami. tulus kudus suci murni harum bersih. cewah.

bila baju nikah dah siap, saya baru perasan kasut nikah belum ada.

macam mana ni?

then baru teringat inchik tunang pernah hadiahkan saya sepasang kasut bertutup. masa tu sandal saya terkoyak masa kitorang jalan-jalan kat sunway pyramid. ceh, jalan-jalan. sebut aje la dating, kan? ye, dating dengan adik-adik, main ice skating. eh, tadi kita nak cerita pasal kasut.

harga kasut pun murah je. sebab beli on the spot kan. tapi saya tak kisah. nilainya bukan pada harga.

saya pun godek bonet kereta. and finally i found it. haha. gila kejam letak kasut tunang bagi dalam bonet kereta aje? kata sayaaannnggg...

tapi kan. kasut tu dah hitam-hitam. reben dia pun dah comot. letak kat bonet kan? oh, warna kasut tu, PUTIH! saya rasa inchik tunang memang sengaja lah bagi hadiah kasut nikah in advance.

saya bawa naik rumah kasut tu, dan BASUH! haha. macam zaman sekolah dulu. basuh-basuh kasut. tapi ni lebih bermakna. kasut nikah.

dan kasut tu dah putih bersih. JIMAT!


Cerita Dua: Kasut Majlis Resepsi

oleh sebab saya tak ada ambil andaman pun, so terpaksa sediakan semua sendiri. termasuk kasut.

baju saya warna maroon. tapi saya rasa, takkan saya nak beli kasut warna maroon semata? nanti tak boleh pakai dengan baju dan baju dan baju dan baju yang lain.

inchik tunang akan pakai kasut kulit shining-shining beliau yang berwarna hitam. itu pun kasut yang dibeli khas untuk pergi interview dulu. sekarang dah jadi kasut majlis merangkap kasut nikah.

groom kasut hitam. so saya fikir saya pun nak pilih kasut hitam! lepas kahwin boleh pakai lagi.

then saya beli sepasang kasut hitam yang bling bling sebab kasut inchik tunang shining shining, dan kasut tersebut merangkap kasut untuk letak atas dulang hantaran. ^_^

tak salah, kan?


Ini Kisah Fresh Flower

ibu tak faham kenapa saya berkeras nak guna fresh flower juga sebagai bunga tangan nanti. kisahnya adalah seperti dalam entri ini.

alamak, tu entri dari blog lagi satu. tak apalah kan?

jadi saya perlu sesuatu untuk kurangkan at least darah gemuruh saya.

kalau bunga pelesu, tak ada aroma fresh yang boleh tenangkan dup dap hati saya.

so i do really need fresh flower.

saya ke central market ahad lepas. cari kedai bunga. ada sorang kakak kata, kat situ banyak kedai fresh flower.

lokasi? turun saje LRT kat Pasar Seni. then jalan sikit ke Maybank yang dekat dengan CM tu (bukan Menara Maybank yang kat Pudu tu). kedainya betul-betul berhadapan dengan Maybank tu.

bagi peminat fresh flower, anda akan rasa bagai di syurga. heaven!

sedozen bunga ros berharga RM14, RM15, RM20, ikut jenis. banyak lagi bunga. carnation, lily, hydrang.... tak reti eja. hoho

saya nak beli sepemeluk bunga! untuk HB (buat sendiri),tabur kat pelamin, and tabur-tabur atas tilam...... haha..

hari ahad nanti saya pergi ambil.

nanti saya ambil gambar, ok?


Tak Sabar nak Beli Bunga,
Ms Humaira/Nadia Fitri

Tuesday, 24 April 2012

List Keperluan Barang Rumah

Assalamualaikum Semua! ^_^

kenapa entah hari ni mood nak update blog banyak-banyak pula kan?

tapi komen-komen dari entri ini kita belum habis dalami dan selami lagi. hehe.

gedik tak nak buat list macam tu? bukan apa, bila lagi dekat tarikh macam ni, otak memang ligat bekerja, fikir apa lagi yang tak cukup.

sekarang kita try concentrate untuk rumah. sebab right after majlis, kita terus masuk rumah baru. lalala~

berikut adalah beberapa barang yang kita rasa patut ada untuk masuk rumah baru yang kosong. boleh juga jadi idea untuk kawan-kawan bagi hadiah kawen untuk kawan-kawan lain *cewah!* eh eh bukan bukan. idea untuk kawan-kawan yang nak masuk rumah baru juga. boleh kita tukar-tukar list. hehe.


1. Ruang Tamu

  • tikar/karpet
  • langsir/bidai
  • rak kasut
  • tv
  • rak tv
  • astro (perlu ke? haha!)
  • alas kaki... ke nama dia pengesat kaki?
  • meja kopi (at least)
  • bunga! (bagi cantikkan sikit ruang)
  • frame Allah, Muhammad, atau ayat-ayat Quran
  • bangku comel-comel (sebab belum mampu beli set sofa kan)


2. Master Bedroom

  • katil
  • tilam & bantal
  • almari
  • meja solek
  • penyangkut baju
  • penyangkut tudung
  • penyidai sejadah & telekung
  • cadar
  • comforter


3. Dapur

  • dapur gas
  • tong gas
  • peti sejuk - DONE!
  • set pinggan mangkuk
  • set cawan gelas jug
  • set pisau - DONE!
  • set kuali
  • set periuk belanga
  • periuk nasi
  • termos/water heater
  • set balang besar & kecil
  • tupperware
  • set pencuci pinggan mangkuk
  • lesung batu - DONE!
  • set sudip - DONE! & peralatan masak
  • microwave
  • blender
  • kain pengelap
  • sudu garfu


4. Bilik Air

  • set mandian
  • set detergen & pencuci bilik air
  • baldi & gayung
  • set rak utk bilik air


5. Laundry

  • penyidai
  • bakul laundry
  • sabun cuci
  • hanger & penyepit baju
  • mesin basuh - DONE!


6. Lain-lain

  • penyapu
  • mop
  • penyodok sampah
  • plastik sampah
  • pencuci lantai
  • bulu ayam
  • extension plug


tu je yang kita terfikir setakat ni. ada kawan-kawan yang nak tambah list?

wah, banyak rupanya yang belum beli! walaupun benda kecil-kecil, campur-campur semua yang kecil-kecil tu pun mau cecah RM500 and above jugak tu, kan?

orang kata benda-benda macam pinggan mangkuk cawan tu sure orang bagi hadiah kahwin.

tapi selain pinggan mangkuk cawan tu, sebenarnya ada banyak lagi yang kita boleh bagi, kan? sebenarnya saya pun baru dapat idea nak beli apa untuk hadiah kawen kawan-kawan bila buat list macam ni.

sekarang kena letak list of priority pula.

lalala..

hehe.


Yang pening nak beli barang rumah,
Ms Humaira / Nadia Fitri

Wordless Wednesday - Rosette

Assalamualaikum Semua! ^_^

thanks semua yang komen dalam entri ini. nanti kita review satu-satu ok?

sekarang sedang berusaha gigih untuk membuat ini.



har har har.

saya tahu tak ada apa yang istimewa pun. tapi saya still nak sesuatu yang dari tangan saya.


6 hari lagi,
Ms Humaira

Monday, 23 April 2012

Nilai Hantaran & Mentaliti Masyarakat

Assalamualaikum Semua! ^_^

ada sesuatu yang kita nak kongsikan bersama. dari sini.

:: Bismillahirrahmanirrahim :: 
:: In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful ::

mentang-mentang dah nak menikah, cerita ini yang keluar, kan?

dalam adat melayu, kita ada berdulang-dulang hantaran kan? dan berdulang-dulang hantaran ni disebut sebagai hadiah kepada pengantin, kan?

dalam islam ada ke benda ni?

tak, kan?

jadi kita tak perlulah rigid kata benda tu WAJIB ada.

orang sekarang siap bagi iPad, galaxy tab, iPhone, dan macam-macam jenis gajet lagi.

mahal, kan?

tak apa lah kalau mampu.

tapi kalau tak mampu?

tak perlu lah nak persoal, barang yang diberi tak berjenema. tak semestinya tak berjenama tu tak bagus. perlu ke nak hantaran jenama jimmy choo, zara, louis vuitton? untuk apa? menunjuk-nunjuk? asal cantik, sedap mata memandang, boleh dipakai, cukup. orang yang banyak 'bunyi' tu, dia ada bagi duit ke nak sponsor semua segala benda tu? cakap je boleh lah. air liur mana guna duit, kan?

tak perlu lah mempersoal, cincin yang diberi tak ada batu permata. gelang yang dipilih tak se'gah' mana.

abis tu kalau dah berhabis bagai nak rak masa kenduri, then lepas tu both bride & groom ikat perut sebab nak survive, bayar hutang sana sini, langsaikan duit dewan, katering, pelamin blablabla semua...

berbaloi ke?

kita berhabis untuk SATU hari tapi kita ikat perut BERBULAN-BULAN.

tu belum kira kalau tiba-tiba bunting pelamin, dah kena fikir kos untuk anak pula.

kos nak masuk rumah baru lagi.

macam tu ke hidup ni?

eh, bukan.

macam tu ye masyarakat melayu ni?

tolonggglaaahhh...

saya minta tolong sangat-sangat masyarakat di luar sana. usah lah nak mempertikai hantaran si pengantin tu 'murah'. biarlah murah pun, pengantin tu sendiri yang pakai, bukan awak pun, kan? so, apa masalah? kalau nak sangat yang 'berjenama' kononnya, bantulah pengantin tu.

tak perlulah pertikai hantaran si pengantin tu rendah. bukan awak pun yang keluar duit untuk si lelaki tu, support tong-tong duit hantaran, kan?

bila saya cakap macam ni, akan ada yang mengherdik. tak ada duit tak payah kahwin lah.

bukan tak ada duit. MENTALITI masyarakat tu yang kata tak ada duit tak boleh kahwin!

yang saya kira kan setakat ini, di bahagian saya sekarang ni, benda remeh-temeh yang karut-marut ni aje (contoh barang-barang hantaran, bunga telur, pelamin, etc.) dah dekat sama nilai dengan harga katering dan tempahan dewan.

entah apa-apa.

agaknya orang sekarang lebih suka tengok belia membuat maksiat dari menggalakkan mereka mencari jalan yang halal kot.

macam tu?

lepas tu ada kes buang anak sana sini, mulalah nak menunding jari, menyalahkan tah siapa-siapa.

orang nak menikah, nak cari jalan halal, nak elak dosa berpanjangan, galakkan lah mereka menikah. bukan lagi dihalang, lagi ditekan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya macam ni.

memang duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. tapi tak perlu sampai merepek-repek. tahu?

last but not least,

Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )
 

peace no war!
xoxo


apa pendapat bride to be sekelian?

Yang Tunggu Hari,
Ms Humaira

Thursday, 19 April 2012

Perangai Pelik dan 11 Hari Lagi *Tarik Napas!*

Assalamualaikum Semua! ^_^

fuuuhhhh 11 days to goo!

ok, orang kata, nak dekat-dekat timing ni, makinnnn banyak dugaan kan? dan dugaan tu datang dalam pelbagai bentuk, kan?

alhamdulillah lebih kurang dalam saat-saat lagi sebulan nak menikah tu, memang kami sedang berdepan dengan saat genting sampai nyaris putus tunang. tapi alhamdulillah, berjaya dihadapi.

tak tahu lah kat depan ni ada apa lagi cabaran kan. just mampu bersabar dan sabar dan sabar.

kadang dugaan tu datang bukan dari kita atau tunang. tapi dari family pun dah cukup menekan. tertekan.

sabar.

memang itu saje lah kuncinya.

cuma lately ni inchik tunang agak pelik sikit.

kalau kita lambat reply mesej aje, dia merajuk.

pelik.

sebab selama ni dia tak berapa kisah sangat.

he sort of nak attention lebih dari kita sekarang ni.

baru lambat beberapa minit, datanglah mesej beliau, "dah tak nak mesej saya ye?"

padahal kita dah tertidur sebab penat sangat kat office. esok pagi baru minta maaf.

tunang korang pun ada perangai pelik ke lepas bertunang?


Yang Nak Ambil Baju Dry Cleaning Hari Ni,
Ms Humaira

Wednesday, 18 April 2012

Ideas for Baju Nikah *for Reception as well* (12 days more!)

Assalamualaikum Semua! ^_^

tadi jalan-jalan baca blog sekejap. konon menghilangkan bosan. lepas tu terbuka satu blog ni (my sis sangat suka baca her blog),

www.proudduck.com

owner: vivy yusof.

vivy ni dah masuk mag, paper & wanita hari ini. dia sebaya saya dan sangatlah saya kagum dengan pencapaian beliau.

beliau pun bride to be 2012. insyaAllah this coming June will be her wedding day.

here are some photos yang pada saya sangatlah cantik. maybe boleh dijadikan sumber idea untuk B2B lain?

coz mine dah siap. sob! tak dapat nak melaram cantik-cantik macam ni *sigh*












semua gambar adalah dari entri ini.

so girls yang masih belum idea baju macam mana for your wedding nanti, hurry up! these designs are awesome!


Yang Fikir nak Buat Baju Baru untuk Attend Kenduri Orang Lain Pula,
Ms Humaira.