Assalamualaikum semua! ^_^
hehe. rindu tak kat saya? rindu tak? saya rinduuuuu korang semua. serius. rindu nak pening-pening pasal wedding ni. dah dekat 2 minggu.
pheww!
ok kawan-kawan. saya dah cerita ke belum ye, yang kes baju yang saya tak mahu tu? oh. dah cerita ye, dalam entri Baju - Cancel. hehe.
kawan-kawan...
saya tengah nebes sebenarnya ni. sebab apa tau?
semalam si dia call. dan dia kata,
"cincin dah beli dah.."
"hah?!" terperanjat! saya kata, "cepatnya?"
"mak memang. tak sabar nak terima menantu."
haha. gelak. kenapa sebenarnya ada isu cincin ni ye?
1. Majlis
sebenarnya, insyaAllah 1 Januari ni, keluarga si dia akan datang ke rumah kami. macam yang saya pernah kata dulu, kami tak ada majlis risik ke, tunang ke, hape ke. kedatangan family dia sekadar untuk pengesahan tarikh, pengesahan tempat, dan confirmkan segala benda yang boleh di confirmkan lah kan. eh, 1 januari, 1112. ;) tak sengaja :D
tapi kan, bile tengok-tengok balik, tu dah kira macam majlis bertunang lah kan? betul tak?
sebab masa majlis pertunangan, dua-dua family akan bercakap soal ni lah kan?
entah. saya pun tak tau apa istilahnya tapi itulah isi kandungan perbincangan tu nanti.
2. Baju, Make Up & Veil
ibu dah suruh saya hantar dry-cleaning satu baju yang ibu dah buat khas dengan cantik. warna pink.
si dia suruh saya mekap-mekap sikit *since saya memang tak mekap!* dan pakai lah apa yang kat atas kepala tu? veil?
saya gelak bila dia cakap 'pakai apa yang kat atas kepala tu..' perlu ke?
saya rasa segannya........
segannya nak pakai baju cantik warna pink yang dibuat dari kain lace dan satin tu. pastu pakai 'benda atas kepala' tu.. pastu nak kena mekap pulak. segannnn..
macam pelik je kalau orang tengok saya macam tu! haha!
3. Cincin
ehem ehem. kalau ikutkan saya, saya tak mahu sebarang cincin masa tu. tapi mak si dia berkeras nak belikan juga. saya mengalah aje. tak apa lah. bakal mak mertua suruh bagi. kita terima aje, ye tak? hehe.
tapi syarat saya, saya nak mak si dia yang belikan. biarlah cincin tu jadi surprise untuk saya. since saya memang suka benda-benda surprise ni. dan pada saya, saya akan lebih hargai cincin tu. sebab bakal mak mertua sendiri yang pilih dan belikan. saya hanya bagitau saiz jari saya. si dia bank in kan duit kepada mak dia. so maknanya cincin tu surprise untuk kami berdua juga lah kan. saya tak kisah macam mana coraknya, bentuknya. apa yang bakal mak saya pilih, itulah yang terbaik bagi saya.
"nikah nanti saya nak bagi awak gelang.."
"hah? mahal la.. cincin aje dah cukup bagi saya. saya bukan nak menikah ngan cincin gelang semua tu. saya nak menikah dengan awak.."
"salah ke saya bagi hadiah untuk isteri saya?"
ok, saya dah diam kat situ. -_-"
saya kan, berdebar sangat ni. lebih kurang beberapa hari saje lagi 1 januari tu.
ibu kata, "nanti beli kek yang awak suka makan tu ye? secret recipe, kan? kita bagi keluarga dia. dengan kain pelekat sekali."
saya rasa seronok, gembira. sebab saya rasa saya betul-betul ikut tertib dan adat plus syariat. tak ada yang berlebihan. family datang, sama-sama berbincang. saya tak perlu keluarkan modal sampai beribu-ribu. <-- suka sebab ni sebenarnya. haha! al-maklum bakal pengantin teramat bajet :D
tinggal nak tolong ibu memasak aje untuk 1 januari nanti tu.
semoga segalanya berjalan lancar.
amin. :)
Yang Berdebar-debar,
Ms Humaira
7 orang si cantik sudi komen:
wee..bestnye! comel2 la aisyah. have fun nanti k! :D
erin~
dugggg daagggggg haha~~
[az azhari]~
fuuu rasa nak gugur pun ada jantung ni.. haha..
alolo..sweeynyer...
mesti cute pkai bju pink tuh..hehehe
anyway, gudluck dear...
cik enul~
takut sebenarnyaa.. haha~
hihi..just smile n be pretty dear :)
[az azhari]~
tang be pretty tu yang tak reti tu.. haha.. macam kekok je pakai mekap n veil segala tu.. nanti kang tak boleh senyum tak ke lagi teruk.. haha
*ke kita je yg bayang bukan2?* haha~
hai dear...
salam perkenalan dari B2B selangor..:)
singgah dan follow kamu..
Post a Comment