Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 2 January 2012

Engagement - What A Day?

Assalamualaikum Semua! ^_^

well well well.. alhamdulillah, sila ucap tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya jadi tunangan orang. clap clap clap.

sebenarnya tak rancang pun nak bertunang. tiba-tiba je. tiba-tiba you know? rasa macam saya pernah cerita yang ayah tak mahu bertunang segala ni, terus nikah. tapi entah, tup tup, ada majlis cenggini?

no, mulanya just nak jemput family si dia datang bincang-bincang tapi dah diorang bawa cincin kan, sarung aje la. hehe.

ya, betul orang cakap, bila nak buat benda baik ni, ada je la si tanduk dua tu datang ganggu. si tanduk dua yang ni haa

jahat woo dia ni. kawan-kawan semua berhati-hati lah. saya nyaris-nyaris nak jadi 'runaway bride' sebab dia ni lah. isy isy isy.

macam drama melayu. tapi biarlah yang ni saya simpan dulu. later on kita stori2 kayh?


the day was on 1st january 2012, 1112, hari ahad.

1. Makanan

hari sabtu dah start sangat bizi. pergi pasar beli berkilo-kilo daging, ayam, ikan, sayur, bawang, blablabla. sebab, makanan akan dimasak sendiri, ibu yang masak. lagipun majlis kecilan aje. :D


2. Baju
ibu dah siap jahitkan baju. then saya siapkan baju yang katanya nak ditambah perincian tu kan. here you are...

 mulanya nak susun bunga-bunga tu macam ni kat kain.




tapi tiba-tiba tersusun macam ni pulak :D




3. Photographer
sori tak ada gambar full version. dengan photographer yang tak bertauliah (my sis) nye pun macam kelam-kabut, buat saya rasa cuak. tak boleh jadi ni. untuk my wedding day memang betul-betul kena hire photographer. lagipun saya fikir, tak perlu kot nak hire photographer untuk bertunang ni. keputusan untuk bertunang ni pun baru aje seminggu yang lepas.

tapi tu la, bajet untuk photographer masa wedding tu tak ada dalam list sebenarnya. macam mana ni?


4. Pelamin
sori, no budget, no pelamin. -_-"


5. Tentatif Majlis
saya minta seorang kawan yang saya percaya kebolehan dia membaca doa. alhamdulillah dia memang pilihan yang tepat. ada juga dia tanya, doa khusus untuk orang bertunang. saya tak sempat gugel. memang tak menang tangan 2-3hari tu! dia baca doa pembuka majlis dan baca doa rabitah lepas sarung cincin. bagus juga doa rabitah tu. doa tu kan untuk pengukuhan ukhwah. kira sesuai lah untuk kukuhkan ukhwah antara 2 keluarga.
ayah sendiri yang jadi pengerusi majlis dan jurucakap keluarga kami.


6. Mekap
mula saya decide nak mekap sendiri. ye, sebab majlis pertunangan tak ada langsung dalam list bajet saya. so kena pandai-pandai lah. then, lepas habis mekap, maksu saya tak puas hati. last-last dia yang touch up.
frankly speaking, saya tak suka. sebab? tebal. majlis kecil di rumah kecil rasa macam tak sesuai. dan kening saya tiba-tiba jadi tebal semacam. memang saya tak suka T_T sedih. saya sampai hilang confident nak keluar dari bilik, jumpa semua keluarga. saya malu dengan muka saya yang macam tu. saya memang tak mahu keluar bilik langsung masa tu! tapi takkan mak si dia nak sarung cincin kat bilik yang tengah macam tongkang pecah tu?


7. Perasaan
teruk sangat! tiba-tiba saya rasa tak mahu bertunang. tiba-tiba rasa tak mahu hadapi semua ni. tiba-tiba rasa nak cancel everything! saya pun tak faham kenapa semuanya berubah sekelip mata. jiwa saya rasa kosong, tak ada perasaan. perasaan untuk si dia pun tiba-tiba out. padahal kalau kawan-kawan yang pernah baca blog saya dari awal, mesti tahu segala dugaan yang pernah saya tempuh, kan? now suddenly macam nak sia-siakan susah-payah semua tu. teruk sangat hati saya masa tu. memang down.

but i hope semuanya akan ok lepas saya bangun pagi esoknya.


lepas tu tadi pergi city one plaza (sebelah semua house) untuk cari baju pengantin. baju nak pakai masa kenduri nanti.

banyak pilihan baju kat sana. dari serendah-rendah harga sampai semahal-mahalnya. saya memang rambang mata nak itu ini tapi, tengok harga lah kan.

paling murah yang saya dapat survey, RM180 untuk satu baju pengantin perempuan. paling mahal haruslah ribu-ribu.

dan saya memilih satu baju yang sangat cantik di mata saya,

...


...


...


alamak, lambat upload. nanti saya tunjuk teaser, ok?


Yang Masih Tak Ada Perasaan,
Ms Humaira

9 orang si cantik sudi komen:

Anis aka Mama Mila said...

tahniah dear,

nnt drop by my blog k :)

adibahrisha said...

tahniah aisyah.
terlepas 1 event. congrats for ur unplanned e-day.

memang byk dugaan dia. i pun x melalui nya lagi. tp i harap semuanya berjalan lancar

dhiera zainudin said...

dear... kan yang tertanduk tu memang jahat. tapi naseb tak jadi runaway bride.

cantik ea baju kat situ? alamak.. teringin plak nak pergi ni~
nak treaser2!!

norfadillah said...

congrats sayang .:)
sabar la . si muka merah dan bertanduk tue memang JAHAT .
sabar la saya pun sellau tak de perasaan . kosong . tapi Allah tahu segalannya . Pasti Dia membantu kita . Amin !

Journey of Bride To Be said...

tahniah...nt add i yer...leh bertukar2 pendapat...

http://journeyofbridetobe.blogspot.com

Aisyah Humaira said...

anis_apis~
thanks ya! insyaAllah :D


adibahrisha~
tu laaa very unplanned kott.. huhu~
harap sangat everything ok~
^_^


dhiera~
hai sayang!
tu la, memang nyaris runaway bride. gejolak perasaan masa tu hebat sangat! haah..


norfadillah~
thanks dear! aminn~ tapi memang teruk taw si tanduk dua tu! dia jahat sangat!


Journey of bride to be~
eheh, ni macam tajuk blog Shakina Farhan
nvm, btw thanks sebab sudi singgah! :D

Puan Ekin Hoza said...

congrats humairah da jdi tunang org pun. samala ngn i....dulu masa i bertunang pun ada perasaan ' x nak bertunang' disebabkan 1 incident....
yg pnting kite semua kena sabar...dugaan kuatkan...mcm2 ada...

Just^me said...

Tahniah dear ;)
I'll already link to ur blog... senang nak berkongsi2 cerita nanti :D
jom exchange link?
my link :http://blinkerszone.blogspot.com

Aisyah Humaira said...

Kikin Amer~
tenkiyuuu~ :D kannnn bencinya perasaan taknak bertunang tu.. haha..
tu la, nak nikah nanti apa lah agaknya..


Just^me~
tenkiyuu sayang :D