dalam ke'bizi'an bekerja tak kira di waktu malam atau di hujung minggu, sempatlah juga saya kiranya keluar sekejap, ye, sekejap ke jalan TAR semalam. snap-snap sikit picca untuk kawan-kawan B2B yang bertanya, kat mana saya beli segala jenis hiasan untuk hantaran.
kedai ni terletak kat Semua House, Jalan TAR. tingkat basement. kalau turun tangga ruang tengah Semua House tu, belok kanan, akan nampak Watson's. sila pandang ke kiri anda. kedai tu dekat dengan ATM Maybank dan RHB.
ini kedainya. sinmin. eh, macam tu kan bacanya kan?
meh tengok apa dalam kedai.
saya snap dari luar aje. malas nak masuk sebab nanti terbeli lagi dan lagi lalu kena marah dengan tunang tersayang. thee~
tengoklah macam-macam jenis bakul ada. artificial flower pun sangatlah banyak jenis.
nampak yang putih-putih tu? tu bakul yang ala-ala english style tu. kat belakang tu pun macam-macam jenis pasu. sesuai untuk sesiapa yang nak DIY pelamin.
pomander ball. weehuu~
bakul bakul bakul
banyak lagi peralatan kawen yang dijual kat sini. riben, manik-manik (boleh dibeli dengan timbang), bunga telur, bekas/beg/sarung untuk doorgift, kain felt, kain net, aih banyak lagilah. boleh datang sini shopping-shopping.
saya ke Mydin jalan TAR, dan saya jumpa ini,
ni inner yang dari kain renda. sesuai sangat jadi inner untuk tawenn nanti.. ehueww..
close up. tengok harga. serendah-rendah RM1.90 dan paling mahal pun RM5.90. ni yang saya perasan lah. tak tau lah kot ada lagi mahal tapi tak perasan.
ni inner yang ada awning. awww...
ke korang semua dah tau pasal kemurahan harganya? haha. maaflah, saya memang tak berapa suka nak shopping kat Mydin. sebab dulu zaman sekolah sangat berkecil hati dengan pensel, pen, pembaris, pemadam yang dibeli di Mydin. semua rosak. maka terus melancarkan kempen anti Mydin. haha. budak-budak. sila maafkan. 0_0
sekarang dah besar baru tahu nak cari stokin pun kat Mydin. kat Jusco tu stokin jaaarang & nipis.
kemudian 'ter'pergi pula ke Carefour Wangsa Maju. masuk Nagoya, lalu terjumpa ini,
mabeles you know? kain macam inilah yang buat saya jatuh chenta dengan lace! tak suka bebenor dengan lace selama ni. -_-"
tapi tak beli sebab ibu kata dia nak beli sendiri kain baju nikah.
tak apa, nanti saya suggest kat ibu, beli yang ini.
harga? RM78 kalau tak silap.
murah!
ok, nak sambung kerja.
daa~
With Luv,
Ms Humaira
8 orang si cantik sudi komen:
oo..g wgsa maju x ajak..hhihihihi..kt nagoya mmg cntik2 jgk kainnye..ade tangkapan x ritu? :)
cantek!nant nak ke sini la camni..jalan TAR je.hehe
rajin ye k jalan tar untuk tangkap gambar ni. hehee
HazyIsle~
ahahahaha~ alamak~ oopss kantoi suda gi nagoya :P
takde tangkapan pun kat nagoya.. kat mydin je, tu pun beli stokin.. haha..
Aja~
haaa cepat2.. sebelum kehabisan.. ceh! haaha~
dhiera~
demi dhiera.. lautan api kuredahi.. haha..
waaaa...terharu! hek
dhiera~
hiperbola.. haha~
wah bestnye..lme dah x mgomen dekat blog aisyah.hihi
aien~
hahaha~ muahssss tu la lama tak jumpa :P
Post a Comment