Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 24 January 2012

Bakal Pengantin dan Diet Pemakanan *Mari Kurus Beramai-ramai*

Assalamualaikum Semua! ^_^

rasanya B2B Miza atau dhiera lagi hebat kot nak membicarakan isu ni. tapi tak apa lah, saya hanya kongsi kan apa yang saya lalui ^_~v tapi semua ni bergantung pada penerimaan badan masing-masing aje kot.

saya rasa kita semua bakal bride ni mesti rasa nak kurus kan? kadang tu even dah kurus pun tetap rasa diri kurang kurus, maka nak kurus lagi. perempuan. memang tak pernah puas kot, ek? thee~

diet? apa yang kita faham dengan perkataan diet tu ye? mesti kita fikir menahan lapar dan dahaga *eh, macam makna puasa pulak* semata untuk kurus. tak tak tak. lepas doing some research *chewah, macam beria, kan?*, makna sebenar diet adalah, makan dengan cara pemakanan yang betul. dari segala segi macam kuantiti, kualiti, masa, dan jumlah setiap nutrien yang diambil. correct me if i am wrong ya! *plis!*

kat office tu ada la dalam 3-4 orang lagi B2B juga. tapi diorang tak ada blog. kami semua insyaAllah akan menikah sebelum pertengahan tahun ni. jadi semua macam berlumba-lumba tahan makan sekarang ni. look at my word, berlumba-lumba. haha. something like pertandingan, siapa yang dapat kurus on her wedding day. apa lah kan.

my colleagues ni punyalah, tak mahu breakfast, tak mahu lunch, dinner pun dengan sup ayam plus nasi sikit. ada lagi yang ambil breakfast sahaja, itu pun separuh. then tak makan langsung sampai esok. ada pulak tu yang tak makan langsung di siang hari tapi malam tu pulun mengunyahhhh aje. roti + kerepek + air jagung + susu + coklat + aiskrim etc etc etc.

see... saya nampak sesuatu yang tidak sihat di situ. sebab macam paksa perut tahan lapar. sudahnya, perut sakit, badan lemah, bukan kurus pun. perut harus dimanjai.

sebab saya ada gastrik. mujur juga kot saya ni gastrik. kalau tak mungkin jadi macam diorang. silap hari bulan tahan makan 3-4 hari. thee~

makan 3 kali sehari adalah sesuatu yang wajib pada saya. dan dalam sebulan dua ni, saya dah turun almost 5kg. magik?

saya pun macam tak percaya tapi terpaksa percaya sebab kebaya yang tak muat hari tu sekarang dah muat. *suka*

apa yang saya buat ye?


1. Breakfast is a MUST!
kepada wanita B2B di luar sana, sila jangan skip breakfast anda! saya perasan benda ni lepas bekerja. zaman belajar dulu saya memang ambil mudah hal ni. yelah, student, bangun dah lambat *kes tidur lepas subuh* lepas tu mandi segera, terus pecut pergi kelas. bila ke masa nak breakfast? tu yang dalam kelas pun ngantuk, otak jem. then, berat saya naik mendadak. lepas habis kelas terus serbu kafe sebab perut dah lapar gila, ambil makanan pun macam tak cukup pinggan, terpaksa habiskan, kalau membazir amalan syaitan. tengok nafsu makan yang kuat ni. berat saya zaman belajar dulu dah cecah 62kg! mak aih. tinggi baru 163cm. *nangis* memang berisi lah orang kata.

bila dah kerja ni, sempatlah breakfast kan. lagipun, bila dah breakfast, kita akan lebih fokus dan produktif *ceh, ayat..*

ada orang kata, "saya tak boleh breakfast lah nanti sakit perut.."

oh my dear, dah tu apa gunanya tandas? memanglah u akan sakit perut sebab sisa makanan malam semalam u tak keluarkan lagi. adoi~ secara normalnya, manusia biasa perlu buang air besar setiap hari. perut kita tak cukup besar kot nak tampung semua sisa makanan + makanan yang bru dimakan. saya tak pasti dari segi saintifiknya macam mana tapi ini lah apa yang boleh saya bayangkan apa yang jadi dalam perut kita. *habis saya lepas ni kena marah dengan doktor-doktor dan pakar pemakanan dalam grup B2B sebab bagi ajaran sesat* :P


2. minum air masak dengan banyak.
at least 8 gelas sehari. biasa dengar kan nasihat ni? selain dari membuang toksin dalam badan, minum air masak ni pun salah satu cara untuk 'tipu' perut kita. bila banyak minum air, kita akan rasa kenyang. bila kenyang ada rasa nak makan lagi tak? theee~ tipu tipu.. kesian perut...


3. buang air besar setiap hari.
saya tak tahulah ada kawan saya kata, sepatutnya, secara normal, manusia perlu buang air besar at least 5 kali sehari. tapi saya ni kalau dah lebih 3 kali masuk toilet dalam sehari dah risau kot ada problem dengan perut. bila kita minum air masak dengan banyak, perut kita macam lagi mudah nak proses penghadaman *kalau tak silap saya*. sebab saya perasan, sejak saya amalkan kerap minum air, saya dah boleh buang air besar at least 2 kali sehari. yaaa.. proud to be me. haha. serius lepas buang air besar kita akan rasa lega dan 'ringan' sikit. erkk.. sisa makanan tu ada dalam 2-3 kg kah? eiii ucuk~



4. jangan makan lewat malam
supper itu semua dusta. haha. saya macam pernah terbaca satu hadith yang mengatakan, Rasulullah SAW bersabda yang maksud dia lebih kurang macam ni, jangan makan lepas maghrib kecuali ketika berpuasa.

dari apa yang saya faham, perut kita dah penat bekerja seharian takkan malam pun duk sibuk nak proses makanan kita kan? lagi-lagi sebelum tidur. sepatutnya masa tidur, semua organ perlu berehat. tapi kita ni duk paksa kilang perut bekerja walhal kengkawan lain sedap tidur. tahu kan masa untuk proses penghadaman tu pun ada la lebih kurang 3jam.


5. sila pastikan makanan anda cukup nutrisi
ya, nasi, sayur, protein, vitamin semua perlu perfect dan dalam kuantiti yang bersesuaian macam dalam piramid makanan tu.



dan alhamdulillah now berat saya dah jadi 55kg. percaya tak? silalah percaya. walaupun saya macam tak percaya. tapi ramai kawan seofis tegur, saya macam agak kurus sedikit. bukanlah cengkung, tapi ok lah kot. suka! saya nak kurangkan sikit lagi. dalam 3kg lagi.

so, nak sahut cabaran amalan pemakanan sihat bersama saya?

chewah!

penting untuk kesihatan kita sebenarnya.


kan?



Yang nak turunkan berat lagi,
Ms Humaira

21 orang si cantik sudi komen:

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Nak jugakkkkk

Aisyah Humaira said...

Rina~
jom jom jommmm!!! hahaha 3more kg to go0oooo~

Kikin Amer said...

its true dear apa yg u ckpkan. i praktik semua bnda ni,cuma kdg2 breakfast miss jgk tapi tak selalu. alhamdulillah i da turun 4kg! hehe. so i ade 6kg lagi to go...sbb target i 10kg kena turun b4 wedding may ni :)

syuhaidah said...

nak jgk la...kne azam ni...adui..risau tgk badan ni...

|cerita-gadis-ini| said...

nak jugakkk...skang ni tiap petang kn workout kat gym plus memang jg makan..

erin moshimoshi said...

wahhh best ..
erin dh berat 51 kg haaa :(
dh pindiks

Dira said...

nak jugak! nak jugak!

hanys said...

haha.. memang kena diet ni. FMIL dah cakap, saya dan en tunang kena diet. ngeh ngeh..

dhiera said...

betul2..
tp adalah lagi terbaik klo tahu berapa ur percentg of fat dulu? kebanyakan org normal BMI tapi over fat~

lepas tu buat target. humaira ada target. weee..
3 main meals adalah penting. tak boleh skip. air pun penting. ramai complain susah nak reduce body weight tp air xminum cukup macam mane?

FY said...

i pun nak kena kurus lagi ni..alhamdulillah dah turun sket2..mmg minum air kosng tu boleh kurus..exercise during weekend je..skrg mmg jarang sgt makan malam..

sitinazirah86 said...

nak jugak...berat ira terlalu over ni lg 2 bulan lbh je wajib lakukan

afwaazalan said...

wahhh.. beshny.. kt nk follow jugaklah cara awk.. hopefully berkesan pd kt.. kt sgt mokmok lah.. ;(

iedayah said...

salam kenal..wa gud tips..thnx 4 sharing dear..=)

Ila@Bella@Nabila said...

hi...saya bella

tips yang sangat best untuk saya..
sume tu mmg kena kat diri sendiri la..hukhuk..nak cube follow jugak. maybe nak start puasa isnin n khamis.. good luck dear!!

Aisyah Humaira said...

wohaaaa

kepada semua B2B di atas,

mari kita sama-sama mengekalkan berat badan ideal! yay!

kalau tak nanti suami pandang lain..

mueehehehhe~

all the best juga untuk semua!

LeaQistina said...

Diet? Huhu~
Saya tidak pernah berjaya... :(

Aisyah Humaira said...

LeaQistina~
saya pun makin bam bam nampaknya.. haha..

LeaQistina said...

Oh tidak!!! Pastikan itu tidak berlaku.. kalau tak anda pasti akan menyesal setelah melihat gambar-gambar anda nanti... usah jadi seperti saya!! sob.. sob.. sob...

Aisyah Humaira said...

LeaQistina~
tu lah pasal.. risau ni takut dalam gambar ianya sangat ketara.. huwaaa! T____T

gangs_rosecea said...

Hehe semua risau kan.. doa jgn lupa ye.. usaha + doa = perfect gitu

Aisyah Humaira said...

gangs rosecea~
haaa.. betol3! :DD