Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 28 February 2012

HIV & IKEA

Assalamualaikum Semua! ^_^

oh, dua perkara di atas saling tiada kaitan :D

seperti dalam entri ini, saya akan buat HIV test dengan inchik tunang, semalam. kat klinik kesihatan seksyen 7, shah alam. kemain jauh pergi HIV test. padahal banyak je klinik kat kl.

alasan? saje. suka. gedik. sebab konon feeling nak jadi warga shah alam.

appointment kami buat by call. best best. takyah pergi 2,3,4 kali.

lebih kurang pukul 2 petang, kami sampai klinik. ambil cuti sampai satu hari. sebab? pagi tu diskus tentang kad kahwin, peta dan lain-lain hal kahwin. yelah, saya sangat lah tak ada masa jadi cuti ini perlu digunakan sebaiknya.

ni prosedur untuk sesiapa yang buat HIV test di klinik kesihatan seksyen 7, shah alam, ok?

mula-mula terus naik tingkat satu, ambil borang, isi borang.

lepas tu turun bawah, dapatkan nombor giliran masing-masing. then tunggu di depan kaunter pendaftaran. lepas nombor dipanggil, register, bayar singgit, dan letak borang dalam box di luar bilik 13.

ini nombor giliran kami.

lepas tu tunggu aje lah nombor anda dipanggil. kalau anda keseorangan, sila bawa buku atau alat permainan yang boleh hilangkan bosan -_-" kalau tak, silalah bersembang dengan inchik tunang atau dengan orang sebelah atau bermain chak chak dengan bayi. bayi ye?

kemudian, nombor dipanggil. sila bagi jari anda. saya bagi tangan kiri. kalau guna tangan kanan nanti nyut nyut berdenyut takleh makan. gedik.

tap. guna alat apa tah untuk ambil darah kat jari tu. ada la dalam beberapa titisan je dia amik untuk buat HIV test ni.

lepas tu tunggu di luar. nanti dah settle, dia akan panggil nama, bagi result.


alhamdulillah. tak positif. hehe. dah boleh kahwin. haha.

lepas tu, kami request untuk check darah. kot lah ada darah jenis tak normal ke.

pergi ke kaunter pendaftaran semula. mintak untuk check darah. untuk talasemia.

nanti akan dapat semula nombor giliran untuk masuk bilik doktor pula.

lepas tu, tunggu nombor giliran. masuk bilik doktor. nanti doktor akan tulis-tulis kat kad kuning. lepas tu sila letak kad kuning tu dalam box depan bilik 13 juga.

tunggu nombor giliran lagi.

kali ni dia ambil darah sampai satu tabung darah. cucuk kat pelipat lengan tangan. darah saya macam tak mahu keluar. sedih.

lepas tu, sila bawa kad kuning dan tabung darah anda ke makmal klinikal. tunggu sampai result darah anda diberikan.

masuk semula bilik doktor. nanti doktor akan bagitau keputusan. "darah awak normal." alhamdulillah :)

tapi inchik tunang, doktor tak kata macam tu.

doktor kata, "ok, awak dah boleh kahwin.."

ceh! pukul 4.30 baru settle everything.

lepas tu kami pergi ikea. nak survey barang-barang untuk rumah kami. waaa rumah kamiiii...

tak mampu. rasa macam mahal. tapi macam murah pun ada. mungkin boleh ambil inspirasi dari cara susunan perabot. apply ke rumah kami nanti.  

 cantik pula kaler purple ni.


 bersepahnya. haha.


 ni pun not bad.


 check harga


 bakal rumah kami mungkin macam ni. sebab dia ada satu ruang besar yang perlu dibahagi dua. ruang santai & makan.


 geram!


 eh, dah tak ada orang?


 lagi satu contoh yang not bad.


 menangis tengok


 check harga lagi


 ni macam rimas sikit.


lepas tengok-tengok, kami jumpa sesuatu idaman hati..

ini...



dan boleh dipankan dengan ini..



kemudian kami jumpa ini..



dan ini jugaaa...



hahahahaha kaching kaching.. marilah ke mari wahai duittt....


Yang masih lebam tangan,
Ms Humaira

6 orang si cantik sudi komen:

Puan Neza said...

seronoknye survey barang rumah! hehe..esok my turn p wat hiv test...neves....

Aisyah Humaira said...

Cik Nyza~
jangan risau. memang tak sakit. kecuali kalau plus buat ujian darah macam kita tu memang sakit.. haha..

Mama Ashraf said...

wahhh..bestnya dah buat HIV test...

psstt..kalau as taknak cek darah boleh tak?takutttt...sebab kena cucuk jarum besar..sampai 1 beg darah..mau pengsan as.huhu

Aisyah Humaira said...

asfiza~
hehe.. best best :D
check yang lain-lain tu tak payah pun tak apa.. tapi HIV test tu is a must ya dear.. dan jarum pun tak besaaaa tak perlu darah sampai satu beg.. hehe..

puan.mila said...

sonok nye dh survey perabot umah..mila tgu duk umah sndiri la bru dpt :)

Aisyah Humaira said...

puan mila~
huhu kitorang pun belum ada rumah sendiri.. tapi target bulan april ni dah wajib ada rumah.. huhu~