Assalamualaikum Semua! ^_^
seperti yang anda semua baca dalam entri ini, cincin masa hari pertunangan dibeli sendiri oleh bakal ibu mertuaku.
jadi masa tu saya pun macam tak sempatlah nak mengsurvey apakah cincin idaman hati. maka serah 100% kepercayaan kepada keluarga beliau di kampung.
dan, saya memang tak pernah ada barang kemas. so tak tahulah berapa nilainya, macam mana cantiknya...
tapi kan, semalam saya pergi beli barang kemas sendiri! bersama encik tunang. dan perasaan saya?
seronok tak terkata! haha.
dulu saya tak percaya orang kata, perempuan tak dapat dipisahkan dengan barang kemas. sebab saya pun tak pernah pakai, jadi tidaklah saya terlalu obses dengan barang kemas.
tapi hari semalam telah merubah segalanya. haha.
mula-mula kami terjah the mines. sebab teringat ada sorang B2B kata, cuba try cari barang kemas kat diamoney. maka gigihlah saya dan rncik tunang ke sana.
diamoney ada kat L3, bertentangan dengan KFC. tapi belum sempat jejak masuk kedai tu, encik tunang tiba-tiba cakap, "mm, laa emas putih ke? awak nak emas kuning ke putih?"
"emas putih kan cantik...."
"tak nak lah. saya nak beli emas kuning.."
aik, saya dah konfius. ni siapa yang nak pakai barang kemas ni? -_-"
saya pun turutkan aje lah kata encik tunang. tak jadilah kami membeli barang kemas, sudahnya berjalan-jalan tengok ikan. T____T
tapi tiba-tiba encik tunang ajak tengok kedai emas sri pinang di kajang tu.
tengok punya tengok, ada design yang berkenan. tapi lari dari bajet.
then kami ke metro kajang. kami dah nyaris beli cincin di kedai apa ye nama dia, oh, kedai midah. tapi saya tak sedap hati. ye, kami adalah pengantin yang berbajet sikit. maka saya pilih cincin berbatu yang paling murah. lagipun salesman dia macam nak paksa-paksa kami beli sampai tak bagi kami keluar kedai. aih, ni dah melampau.
dapat, RM 470. tapi encik tunang try tekan kuat-kuat, kemek. nipis sangat. cincin tunang saya jauh lebih tebal dan cantik.
maka kami pulang dengan hampa.
saya masih beri harapan kepada encik tunang. "jom kita pergi tengok kat carefour wangsa maju, nak?"
encik tunang yang memang dah kepenatan, "awak drive, ye?"
ok. masa tu kami masing-masing dah macam tak ada mood. dengan saya yang hypersensitif tak tahu kenapa tah semalam (penangan PMS mungkin). sikit-sikit nak merajuk. nasib baik dapat encik tunang yang amatlah penyabar. tapi dalam kereta, beliau tarbiyah sikit. tak payah nak merajuk sangat kalau benda kecil-kecil. awak tu memang bukan jenis kuat cemburu, tapi kuat merajuk. cemburu dan merajuk adalah dua benda pada perempuan yang susah lelaki nak kontrol.
saya diam.
pergi wah chan di carefour. mula-mula tengok-tengok cincin. beli 1 percuma 1. saya rasa hampir tiap hari saya dengar macam tu. kenapa wah chan boleh buat promosi macam tu ye?
semua cincin yang kami tengok nipis-nipis juga. dan design, mm old fashion T__T yang moden semua harga RM9++ dan ke atas. tiba-tiba encik tunang terpandang bracelet. mulalah kami merisik harga. salesman tanya bajet kami. dan salesman tolong carikan bracelet yang sesuai dengan bajet kami.
ya, saya jumpa sesuatu yang saya jatuh cinta, dan masih dalam bajet. :D
dan saya tak sangka saya akan dapat bracelet untuk menikah nanti. mulanya saya hanya minta cincin. dengan harapan harga cincin lebih murah dari bracelet. saya tak mahu menyeksa bakal suami.
rupanya, bracelet tu jauh lebih murah, jauh lebih puas hati.
terima kasih, sayang!
gembiranya hati saya tak terkata. saya memang nak bracelet tapi takut harga mahal. rupanya tak.
dan saya tiba-tiba jatuh cinta dengan barang kemas.
oh ya, harga emas semalam RM205. yang 916, RM194. dah mahal kan?
encik tunang kata, "seronoknya dia.. tadi muncung sedepa. sekarang senyum sampai telinga.."
"awak, saya tak puas nak ucap terima kasih kat awak. terima kasih sangat-sangat."
lepas nikah nanti nak beli rantai leher pulak lah. haha.
haha tengok, dah obses dengan barang kemas. nyesal dulu suka tukar-tukar henfon canggih manggih. baik beli barang kemas!
Yang Gembira Amat,
Ms Humaira
10 orang si cantik sudi komen:
Betul2. Dulu rasa brg kemas? Apa kes? Skang suka plak.. Hr tu mcri cincin idaman gati smpai muncung2 dlm kete. Penat gila nk mnapak dr satu kedai ke kedai lain. Tapi bila dpt seronoknya rasa nk kawin time tu gak. Haha
hehe..mmg pmpuan ng barang kemas xleh dipisahkan..huhu..sy mmg minat tp kesian gk kt tunang..suh dia bli cincin je tp alih2 dia nk bg gelang..hihi
kenapalah you tak pergi habib jewel je dear? harga emas 916 baru 179. ade promotion valentine kat KLCC.
memang murah! as to compare to other kedai emas. or you pergi area chow kit pun ade kedai emas yg murah2 cume design tak bape nk moden la
bestnye! dulu survey nak beli gelang, tp terjah dan beli cincin, banyaknye cincin kite, risik tunang kawen, lepas kawen mtk hubby beli gelang plak..
koleksi baru , jemput singgah :D
http://ani-craft.blogspot.com/2012/02/10-february.html
Byk design baru ke dear?nk mncri gak ni...after dgr emas nk dkt rm200 per grm..
Hanys Jehari~
kannn.. penat sangat pegi sana sini tak jumpa siap nyaris gado dengan incik tunang tapi bila dah dapat rasa nak kawen dan dan tu jugak kannn.. haha..
ira~
aik, tu baik hati namanya.. haha..
adibahrisha~
habib workmanship dia mahal sayang.. tapi tak tau lah kita tak berani sanagt nak tengok kat kedai nama2 besar ni.. haha.. kedai kecik2 pun ok cuma nak carik design yg berkenan tu susah sket lah kan..
epa zarifa~
haaa tu salah satu faktor kita takmo cincin.. penuh jari nanti.. haha..
ani craft~
thanks :D
SURIA~
nampak macam banyak juga la yang agak moden.. sila sila pergi beli.. hehe..
haha mase saye nk tunang n kawen dulu x berkesempatan pegi beli cincin sendiri..in laws yg belikan tp cantek gile..harge x yah tanyela kan sbb in law blanje..hehe :) bagus dear at least ade experience beli sendiri..seronok :)
waaa..suke ye dia~
intan marliana~
hahahaha sroooonok nya in law belikan.. tapi memang best kan.. tak sangka taste in law pun bukan calang2.. :D
dhiera~
hahaha betol sukaaa sangat ni.. :D
Post a Comment