Assalamualaikum ^_^
baru je letak wedding ticker tu dan, alamak, 3 bulan lagi? ok, tarikh ni belum confirm pun. baru perbincangan antara kami berdua. yelah, kedua-dua family tanya, bila korang nak kahwin? korang tetapkanlah. dan kami mengambil langkah tak mahu tunggu lama-lama. tak elok. sekarang boleh lah nak jaga iman yang senipis bawang ni, nanti-nanti? belum tentu! lagipun ayah sendiri tanya si dia, "bulan 12 ni, boleh?". wah! tak terkejut beruk saya?
sebenarnya itulah kali pertama si dia dipertemukan dengan ayah secara rasminya.
saya tak tahulah nak kata ini sebagai tips atau apa. tapi biarlah saya ceritakan perjalanan permulaan pertemuan man to man talks ni.
saya sangat takut nak bercakap dengan ibu dan ayah soal nikah kahwin ni, sebab, entahlah. memang takut nak utarakan soal ni. tapi menikah tu nak! ini kategori gatal miang ke? hehe.
tapi selepas si dia memaksa dan paksaan si dia memang berjaya membuat saya kecut perut, saya beranikan diri untuk berterus-terang dengan ibu ayah berkenaan si dia. ibu dan ayah memang sudah tahu saya sedang berkawan dengan seseorang tapi nak memberanikan diri untuk berterus-terang tu alahai, lemah kepala lutut!
ayah kata, suruh dia buat appointment dengan ayah. biar ayah jumpa dia. duh! ni namanya sesi interview! harap si dia dapat hadapi dengan penuh kekentalan!
sebelum jumpa dengan si dia, ayah terlebih dulu berbicara (chewah!) hati ke hati dengan anak dara dia yang sulung ni.
antara isi kandungannya:
- dah bersediakah nak jadi isteri?
- dia tahu tak baik buruk awak? penyakit awak?
- sedikit tentang latar belakang si dia dan keluarga
- harapan ayah
fuhh and last word ayah, "ayah bukan apa, ayah tak nak nanti, bercerai. tak mahu jadi macam tu. sebab anak muda sekarang ni banyak yang macam tu. tak cukup matang nak hadapi cabaran hidup. tapi kalau awak rasa ok, tak apalah. nanti ayah akan bincang dengan dia macam mana."
hari yang dinantikan pun tiba. to make it short, ayah hanya bertemu 4 lawan 2 mata sahaja dengan dia. means, ibu dan ayah VS si dia. saya duduk diam-diam di rumah dan menanti penuh debaran. serius! rasa nak gugur jantung ni.
antara isi perbincangan mereka:
- latar belakang si dia dan keluarga
- seriuskah dengan saya?
- dah bersedia?
- bulan 12 ni boleh? (oh my! ni yang buat i tercekik sekejap)
- kekurangan saya (semua ayah cerita, oh!)
- pakcik tak mahu merisik bertunang semua, terus menikah! *pengsan!*
- ok, sila bincang baik-baik dengan keluarga, nanti apa-apa hal, call pakcik semula.
lepas tu si dia balik dan berbincang dengan family, kami pun disuruh sediakan tarikh. agak-agak, bila nak langsung?
saya target dalam bulan april. itu sebelum si dia kena interview dengan ibu dan ayah. tapi bila jadi macam ni, nampaknya maksud ayah, sila segerakan yang wajib.
dan kami decide somewhere around january or february.
sekarang saya tak tahu nak mulakan macam mana dan keluarga dia akan datang 3 minggu lagi!
Pheww!
Yang ketaq lutut,
Ms Humaira
2 orang si cantik sudi komen:
hi umaira. 3 bulan lg? express nih..sempat ke nk prepare2 sme..klu i mmg xsempat la..hehe
Orkedanza~
itulah pasal. rasa macam, mak aih, mana nak tempah dewan katerer door gift and blablabla but my dad said, amik yang wajib je? aaa.. apakah maksudnya?
Post a Comment