Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 8 October 2011

Festival Pengantin Jusco AU2

Assalamualaikum ^_^

hai beautiful ladies and gents! how's your weekend? dari pagi hujan kat sini, rasa macam tak nak bangun tidur kan... ke saya seorang yang rasa macam tu? hehe.

this weekend ada festival pengantin di Jusco AU2. 7-9 Oktober 2011. saya dah pergi semalam dan ok laa... saya tak tahulah memang selalunya festival pengantin ni, tak banyak booth macam book fair, eh? hihi.

ada macam-macam pakej yang ditawarkan dari macam-macam jenis vendor. itu cantik, ini cantik. macam yang saya cakap sebelum ni, saya nak suatu kelainan. lari sedikit dari adat remeh-temeh kita ni. apa yang penting, yang wajib. tak membazir, dan within the budget. that is my aim!

bercakap pasal bajet, saya hanya letak maksimum RM10,000 untuk keseluruhan kos mula dari hantaran, akad nikah dan kenduri. cukupkah?

bila pergi wedding fair kat jusco tu semalam, rata-rata bajet roughly around RM15,000. haih la, kenapa kos kahwin kat KL ni mahal ye? harga barang naik kot -_-" kawan-kawan boleh tengok sendiri apa yang ditawarkan.

tak boleh nak salahkan vendor, tapi kalau difikirkan semula, makan tengahari sepinggan pun sekarang ni, minimum RM5 kat KL ni. tapi saya sangatlah tak mahu lebih dari bajet maksimum yang saya letak sebab...

ada 1 ayat yang saya terbaca yang kesimpulannya macam ni;

nikah = ada 5 hukum dan ada salah 1 nya wajib
haji = salah satu rukun islam maknanya ianya wajib jika mampu

kos haji = lebih kurang RM10,000 something.

then if your wedding cost is more than RM10,000 so sebenarnya u dah taraf sangat mampu untuk pergi menunaikan haji but kenapa u tak laksanakan perintah yang memang termaktub dalam rukun islam tu? cut in short, menunaikan haji lebih dituntut berbanding menikah. lebih kurang macam tu la.

saya tak kata menikah tu tak perlu ya? sila jangan salah faham.

so how? saya sedang meneliti senarai keperluan untuk pernikahan dan saya akan potong mana yang rasanya tak perlu pun hanya adat kita yang nak macam tu.

comtoh:
bakal ibu mertuaku berkeras nak ada 2 cincin (cincin risik dan bertunanng) masa family si dia datang 2 minggu lagi tapi saya cuba explain baik-baik yang saya tak perlukan semua tu. cukuplah cincin semasa akad nikah itu pun sebagai tanda saya sudah menikah.

banyak sebenarnya kos yang saya boleh potong dan saya percaya RM10,000 tu sangatlah cukup sebenarnya.

saya tak mahu membazir untuk satu hari itu sahaja walaupun, ya, itulah sekali seumur hidup, tapi saya ada sepanjang hidup saya dengan si dia yang membawa lebih banyak makna.

maaf kalau ada kawan-kawan yang kurang setuju dengan mana-mana pernyataan saya. kita hanya berkongsi apa yang kita fikirkan.

^_^ salam hujung minggu!

Yang makin tak serabut,
Ms Humaira

4 orang si cantik sudi komen:

Anonymous said...

Salam :) baru jumpa ur blog tadi. i pun letak bajet maximum 10k je.. ramai kata impossible, tp nk cuba gakk sbb xde duit sgt pun. hehe. tp yakin boleh je :)

Aisyah Humaira said...

maryaaa~
w'salam..
kita memang nak macam tu tapi bila mak ayah nak macam, kita jadi sakit kepala.. :(

LeaQistina said...

Salam Cik Humaira yg cantik manis,

Saya berkongsi ini bukanlah dari pengalaman tp dari maklumat yang disampaikan oleh bapa saya. Katanya, dalam kerja kenduri kahwin seperti ini kita sering memikirkan bahawa setiap perkara (kos) kita perlu tanggung sendirian. Tetapi hakikatnya, tanpa kita sedari akan ada tangan-tangan ikhlas yg bakal memberi dan meringankan bebanan kita di hari bahagia nanti.

Tidaklah perlu kita berharap tp rasanya Insyaallah para tetamu yang hadir nanti akan memberi sedekah kepada tuan punya majlis. Itulah yang menjadi amalan masyarakat kita kini. Sedikit sebanyak dengan sedekah ikhlas itu dpt membantu kita sekeluarga.

Juga, mungkin akan ada nanti di kalangan ahli keluarga mahupun sahabat handai yang akan menghulur sedulang dua hantaran. Mungkin ada nanti yang bakal menghadiahkan bunga telur, bunga pahar dan sebagainya. Kata bapa saya lagi, kita janganlah berharap tetapi yakinlah. Pasti Allah akan melorongkan jalan bagi memudahkan urusan kita 'ke arah' kebaikan ini.

Sekianlah sahaja komen dari saya yang panjang berjela.

Yang ikhlas;
Kamu tahu siapa saya :-)

~sayang kamu~

Aisyah Humaira said...

LeaQistina~
hai sayang! :) thanks for droping by. u ni memang perangai tak ubah suka komen pepanjang. haha.

hehe. ye, insyaAllah sedekah ikhlas dari tetamu tu i faham. insyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

tapi yang part ahli keluarga tu susah sikit nak cakap. sebab masa bertunang hari tu pun, takde sorang pun turun tangan menolong T_T

bayangkan i & my mum sahaja kat dapur tung tang tung tang masak berdua. sampai pagi hari pertunangan pun, i tak menyempat-nyempat pergi mandi. pukul 12 tengahari masih di dapur dear.. rombongan sampai lepas zohor T_T i rombongan dah sampai, i baru nak pakai baju. sangat tergesa-gesa dan tak sempat nak tenangkan diri sendiri. terlalu kecewa dengan sikap family sendiri. serius kecewa. mulanya i memang fikir sedara2 akan menolong. tapi lepas meeting family, semua macam nak lepas tangan. nak sedekah tenaga pun tak nak, apatah lagi sedekah material...