Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 18 October 2011

Pilihan Kedua

Assalamualaikum :)

apa khabar ladies and gents?

hari rabu sampai ahad lepas saya kena sakit perut yang agak teruk. macam keracunan makanan. makan di hotel pada tengahari rabu. kesannya, muntah, cirit-birit, demam. -_-" dengan masalah yang melanda, plus kerja pejabat yang memang tak putus minggu lepas, hampir tiap hari sampai rumah jam 11 malam.

terima kasih pada kawan-kawan yang banyak bagi semangat dalam entri yang lepas. nuraien, Cik Zimie, Me Myself, Qani'ah Mawaddah, Cik Haz, dan Orkedanz.

dengan ini, saya memilih pilihan yang kedua.

"Kedua
kalau nak kahwin, ok, akan diteruskan juga. tapi lepas ambil kursus kahwin, ujian HIV dan segala prosedur nikah, terus kami berdua dinikahkan. panggil tok kadi aje terus. tak payah buat kenduri besar-besar. sekadar panggil keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja. buatlah kat rumah salah seorang keluarga yang rumahnya agak besar sedikit. ibu dan ayah izinkan kahwin hanya sebab saya yang nak. dan RM10,000 tu masih untuk ibu keseluruhannya.

dalam masa yang sama, saya dikehendaki membuat pinjaman perumahan untuk ibu ayah saya, menggunakan nama saya. rumah untuk mereka."


tapi ayah saya minta saya bentangkan kertas kerja, dan nanti akan bincang semula. part bincang semula tu yang saya tak sedap hati.

saya risau ini hanyalah ayat psiko dari ayah yang secara halusnya sebenarnya masih hendak menolak. permainan psikologi. menerima pada mula, dan cuba untuk cari jalan untuk menolak secara tersirat. katanya, tak perlu keluarga si dia datang. cukuplah kami berdua sahaja berbincang, apa plan kami, ibu ayah akan ikut sahaja.

apa pendapat kawan-kawan tentang statement ayah tu?

dalam masa yang sama, muka ibu macam kurang berpuas hati.

adakah saya patut berperasaan sebegitu? saya merasakan perasaan saya dipengaruhi hal-hal yang berlaku 2-3minggu yang lepas.

saya sangat mengharapkan petunjuk dari Allah. semoga dibuka hijab untuk saya memahami segala keadaan yang penuh kekusutan ini.

Yang kusut,
Ms Humaira.

2 orang si cantik sudi komen:

nuraien said...

hye humaira..terharu kite awk letak nama kite.tq..=)

ok dlm topik awk nie,kenapa susah sgt dyeorg nak bg awk kawen??awk pnh terfikir??maaf ekh sy ckp..dyeorg x sayang awak ke,or dyeorang ini nak menantu orang kaya..ataupun dyeorang dah ada pilihan sendiri..??berkawinkan dapat mgurangkan maksiat and salah paham orang.Memanglah diaorang takut ape-ape terjadi keatas awak selepas bernikah..tetapi dengan meletakan rm10 ribu untuk mereka dan rumah untuk mereka,x ke membebankan awk..sedangkan itu sepatutnye untuk awak selepas kawin..saya rasa,awk tanye mereka baik-baik.dyeorang nak apa dari awak sebetolnye..kalau dah ketentuan allah,si dia bukan jodoh awak,dan awak bukan untuk dia nikahi..awak terpaksa redha humairah.itu je jalannye dear..Berdepan dengan keluarga awak dan tanya dengan baik-baik..Jangan lupa berdoa,semoga mereka lembut hati masa awak bercakap dengan mereka..

Hanys Jehari said...

Beratnya masalah humaira ni~ tak tpikir jln penyelesaiannya.. Vant blame ur patents coz mesti ada rahsia disebaliknya... Anis doakn yg tbaik utk humaira.. Buat solat semua.. Mmg pernikahan satu fitrah dn sunnah. Tp mengikut arahan ibubapa adalah wajib. Suami blh mnceraikn kita dn tbatal wuduknya. Tp ibu bapa?