Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 6 October 2011

Wedding Theme

Assalamualaikum dan Hai ^_^

macam mana kawan-kawan semua decide tema untuk perkahwinan korang ye? dari part merisik, bertunang, nikah, resepsi, bertandang, semua-semua tu? hebatlah...

saya tak ada majlis merisik dan tunang so sudah jimat di situ. jadi saya nak fokus pada majlis nikah, resepsi dan bertandang dengan sesuatu yang lain. rasa nak lari dari perkara biasa yang kita nampak. macam mana ye?

hurmmm... *thinking thinking*

hampir setiap saat saya fikir tak mahu itu, tak mahu ini. bukan tak mahu ikut adat, tapi saya lebih suka mementingkan apa yang disyariatkan dalam Islam. contoh, majlis akad itu sendiri, dan walimah yang lebih bersederhana, ikut kemampuan.

jadi saya perlu memikirkan tentatif yang lain dari yang lain. perancangan belanjawan pun lain, dan kertas kerja pun lain.

tapi kan, tapi kan, bila saya pandang gambar-gambar ini....














 








tiba-tiba saya rasa macam.. urmm.. seronoknya meraikan hari yang kita dapat sekali seumur hidup ni (insyaAllah) dengan sepuas hati...

tapi kan tapi kan, saya ingat ayat yang saya selalu ulang untuk si dia,

"saya ada seumur hidup saya dengan awak, insyaAllah, jadi setiap hari itu adalah hari yang bermakna bagi saya..."

so, saya rasa saya masih nak sesuatu yang lari dari kebiasaan. korang rasa ok tak?



Yang Memerah Otak,
Ms Humaira


4 orang si cantik sudi komen:

safurara said...

semoga dpt membuat pilihan yg baik -=)

Aisyah Humaira said...

rara pinkmafia~
haha.. takut.. penat fikir.. hehe..

Unknown said...

ok je.tema warna utk yang 1st tu cantik.lembut.sejuk mata memandang :)

Aisyah Humaira said...

Cik Zimie~
kannn.. tapi nak lari dari tema warna.. haha..