Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 21 November 2011

2 Tarikh? & List Hantaran

Assalamualaikum Semua ^_^

kelakar lah ibu dan ayah ni tau! saya rasa nak cium-cium pipi sorang-sorang.

hari tu kata nak cancel dewan kan?

but lepas aje ayah habis merewang bersama kawan-kawan di majlis seorang jiran semalam (20112011), tiba-tiba dia kata kepada ibu,
"penat juga kan buat kat rumah sendiri macam ni, kita buat kat dewan aje lah senang. kalau buat kat rumah banyak lak kena fikir.."

maka ibu menyampaikan kata-kata ayah ni kepada saya.

serius saya pening ni. yang mana satu pilihan hati ayah dan ibu.

haiyoo. macam mana sekarang ni? nasib baik dewan tu memang dah tempah dan saya tak berani lagi nak cancel booking since ibu dan ayah pun tak stabil macam ni.

dan kami pula decide macam ni.

1. kalau buat di rumah, kami nak adakan majlis lebih awal dari tarikh majlis di dewan. sebab tarikh yang sebelum ni berdasarkan availability dewan. so since guna khemah, suka hati kami lah nak letak tarikh majlis bila, kan? *bergantung cuti semester adik saya yang di universiti. sebab kalau buat di rumah, saya amat amat amat amat memerlukan khidmat dia untuk mengemas rumah!muahaha~*

2. kalau buat kat dewan, kita ikut sahaja rancangan asal.

ok.

kami dah siap beli barangan hantaran yang berupa barangan. bukan makanan. makanan nanti-nantilah. dah dekat tarikh baru beli. takkan nak beli sekarang?

ini senarai barang hantaran.


5 balas 7


untuk si dia
  • cincin
  • kasut
  • wallet & belt
  • jaket
  • set perfume & mandian
  • jam
  • coklat/manisan/buah/kek


untuk saya
  • cincin & maskahwin
  • handbag
  • kasut
  • telekung
  • coklat/manisan/buah/kek


eh, ada lagi yang belum beli rupanya? -_-" dah malas nak pergi cari. sebab kami ni terbalik. selalunya perempuan yang lebih excited shopping dan tengok sale sana sini kan, tapi yang ni lain. si dia lebih SUKAAA shopping berbanding saya. dia yang akan beli banyak not-listed item berbanding saya. nak marah kang, duit dia... -_-"

tapi kan, si dia tak pakai jam. dia kata kalau saya bagi jam pun, dia akan bagi saya yang pakai. takkan saya nak pakai jam lelaki?

si dia tak mahu kain pelikat (eh, betul ke eja ni?), sejadah, al-quran, shirt & pants (sebab dah ada jaket).

saya dah buntu dah ni.

any idea nak ganti jam tu dengan apa wahai kawan-kawan?


Yang Tak Tau Nak Beli Apa,
Ms Humaira


(p/s: bila ibu tengok senarai ni, dia mengamuk kenapa tak ada sirih junjung. eh, what for? tu adat aje kan?)







5 orang si cantik sudi komen:

nuraien said...

aien lak tersenyum..macam2 ragamkan.hihihi..
tertibe teringat masa aien mula2 pikir ngan fmly 4 bulan lpas.hihi

Aisyah Humaira said...

Cik Zimie~
memang adat. tapi orang dulu bagi sirih junjung ada sebabnya.. kan? *tapi apa sebabnya ye?* dan rasanya kalau setakat saja2 ikut adat (untuk zaman ini), membazir aje 1 dulang tu. baik letak makanan, boleh makan.. wahahahaha~~
gadget? memang dah lari dari bajet terus tu. huhu. tak mampu.. hehe..


nuraien~
kannnn.. adoiii.. tapi kan tiba2 saya rasa macam best je buat kat rumah.. hahahaha macam mana ni?

Unknown said...

rasanya orang dulu2 letak sirih tu sebab sambil sembang tu dorang makan sirih tu. (rasanya laaaaa)

tapi zaman sekarang ni ada lagi ke yg mkn sirih? dekat KL maybe tak kisah kot, tapi kalau tempat sy orang tgk semua tu.

dan pernah dengar orang kata, sirih tu nanti blh guna masa mandi utk pengantin ke anak2 dara. tak sure.

apa2 pun, tanya la pendapat orang tua2. nanti ada yang kata kita nk tak tau nak beradat.

(pendapat saya je ni)

Izyan Helmi said...

ganti dengan buku-buku ilmiah :)

Aisyah Humaira said...

miss jue~
kalau ibu ayah saya jenis menitikberatkan adat, kami mesti dah bertunang sekarang ni. sedangkan proses merisik & bertunang pun my parents boleh skip, takkan isu sirih junjung nak dibesarkan kan? hehe.. jadi saya akan pujuk juga mereka supaya tak payah ada sirih junjung hahaha..

Orkedanza~
perfect idea! but for me boleh lah dear.. haha.. sebab si dia pun bukan jenis ulat buku.. nanti i jugakkk yang jadi tukang baca, dia soh i summarize kan aje.. hehe.. cerewet juga dia tu.. sob sob sob~