Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 5 November 2011

Dugaan Lagi *Sila Senyum*

Assalamualaikum Semua ^_^

thanks A 'n' M sebab komen my 1st attempt buat fabric flower tu.. haha.. rasa macam kelakar. my mum ask, larat ke nak buat banyak-banyak? but for me, kalau dah gila nak buat tu, banyak mana pun sanggup~~

am i suppose to smile? ya. i MUST smile :)

agaknya, orang yang nak menikah ni, memang kuat dugaan hati dan perasaannya kan?

malam tadi ada konflik sikit dengan si dia. pada saya, ni perkara kecil tapi si dia macam meletup. terus cakap macam-macam dan ya, ada juga lah sebut hal-hal nak putus and blablabla.

tak perlu cerita kot.

cuma saya agak down. sebab, dah lepas masalah besar *kalau siapa pernah baca entri-entri sebelum ni, ada diceritakan* now, datang masalah dari kami sendiri pula, kan.

sepatutnya tak boleh ada masalah datang dari kami. 

penat juga nak menahan rasa, meningkatkan kesabaran.

ada sorang kawan kata, "kalau saya jadi Humaira, saya akan terus tinggalkan dia. dah banyak kali dia buat Humaira macam ni."

but for me, setiap orang tu ada kelebihan, ada kekurangan. hari ni saya menangis. tapi pada saya, saya lebih banyak hari-hari yang bahagia dengan dia berbanding hari-hari luka. tapi sekali luka, memang pedih yang amat sangat.

saya pernah slowtalk, kalau dia buat macam ni lagi, saya takkan teragak-agak untuk betul-betul putuskan hubungan kami. tapi saya rasa saya tak boleh buat macam tu. kami bukan budak kecil. nak main-main macam ni.

saya kagum tengok B2B lain yang dah 7,8 tahun berkawan. ada yang dah 10 tahun pun ada. sangat salute!

mesti kawan-kawan semua pun ada pengalaman terluka kan.

saya dah banyak kali terluka dengan pengalaman, kisah dengan orang-orang terdahulu *see, orang-orang. means dah terlalu banyak*. jadi saya dah penat untuk mengenali orang baru. pada saya, yang penting kita terima dia seadanya.

esok mesyuarat keluarga. akan bincangkan soal majlis kami. tapi saya tak ada mood. padahal inilah saat yang saya nantikan dari dulu.

saya hilang mood. ibu ayah tak tahu hal ni. dan tak perlu tahu.

inikah bakal suami saya? saya sudah buat solat istikharah hampir tiap hari.

ya Allah, bukakanlah hijab. hamba-Mu ini masih tidak memahami segala yang berlaku ini...

saya pernah bagitau dia, nanti lepas menikah, kita kumpul duit, pergi haji, nak?

:)

salam aidiladha kawan-kawan :)

Yang diduga lagi,
Ms Humaira.

3 orang si cantik sudi komen:

Mr & Mrs Sallehudin said...

Orang kata tempoh bertunang ni adalah paling hebat dugaannya. Saya pun macam tu jugak. Gaduh tu jgn cakaplaa.. masa bercinta tak gaduh tp masa bertunang ni ade aje yg tak kena. Saya pun pernah jugak alami perkara yg sama mcm awak.. katanya dia dah tawar hati dengan saya..OMG.. :( Memang laa sedih dan takut kan.. klau time bercinta die ckp mcm tu tak pe lagi.. Ini dah dalam tempoh bertunang. Tapi saya sabar & pujuk dia.. Alhamdulilah.. lega rasanya. Dia mintak maaf sbb terlanjur ckp..huhu.. Tapi pape pun kesabaran dan sikap tolak ansur itu penting dalam setiap perhubungan..

nadz ruslan said...

moga tabah..

dugaan tak kan pernah habis, janji kita sentiasa positif, dan serahkan segalanya pada Allah..

Aisyah Humaira said...

Mimis~
kannnnn ada ada je yang tak kena kan? macam saya sekarang ni lah. dah rasa macam, aih, ada je perkara yang saya nk marah dia. saya rasa syaitan ni bukan setakat kacau dia, saya pun teruk kena kacau dengan syaitan...

nadz ruslan~
betol betol betol.. kena sangat positif.. thanks :)