esok saya ada interview. boleh lagi ligat menghadap laptop tak prepare untuk interview? hehe.
hari ni nak cerita pengalaman berdiskusi tentang kad kahwin. hehe.
ingat lagi entri ini? ye, saya ada upload punyalah banyak gambar sampel kad.
saya ada seorang kawan baik zaman sekolah, kita namakan sebagai F, yang buka kedai printing. masa mula-mula dia buka kedai tu, awal-awal lagi dia dah bagitau, "nanti nak kawen, print lah kad kahwin kat kedai i!"
so ini masanya untuk saya gunakan khidmat beliau.
kami set appointment. kebetulan si dia pun free masa tu, jadi kami pergi sama-sama.
sampai je tempat yang dijanjikan, F terus keluarkan sampel saiz kad,
haha. saya sebenarnya lebih teruja melihat warna-warni sampel kad tu sampai saya cakap,
"alahai, sampel saiz pun cantik!"
mulanya saya decide untuk design sendiri kad tu. F tinggal tolong print aje. dengan harapan dapat harga yang lagi murah lah. haha.
tapi entah macam mana F offer untuk designkan kad saya. dan saya pun macam teruja, terus kata ok. ceh!
F dah emelkan a few design dan saya masih dalam proses memilih dan ada benda sikit nak kena adjust *wink wink*
dengan F ni, F akan tanya kita, apa yang kita nak. berikut adalah spesifikasi kad yang kami nak:
- tak mahu letak gambar kami. sebab ada sesetengah orang akan buang kad kahwin. so kami tak rela muka kami di'tongsampah'kan. plus kami tak ada pre-wedd photoshoot so memang sah-sah lah tak payah letak gambar kami pada kad.
- tak mahu ada ayat al-quran atau doa-doa, nama Allah etc. sebab ada sesetengah orang tak sensitif isu macam ni. mungkin juga tak perasan kad kahwin mesti ada doa atau nama Allah. kad kahwin dicampak merata sahaja walhal ada nama Allah pada kad kahwin.
- kami tak mahu typical design malay wedding card. yang ada tepak sirih atau gambar bunga ros bagai tu. haha. teruklah saya ni. bila MMS kat ayah si dia. ayah si dia pilih kad yang ada design tepak sireh tu. tapi kami tak mahu.
- tak perlu peta. sebab saya akan print lain peta dan attachkan dengan kad dengan cara saya sendiri. haha. ni permintaan ayah saya.
so, penat juga my friend tu nak layan kerenah saya.
sesiapa yang berminat nak print kad kahwin, *sebenarnya dia designkan pun boleh*,
boleh contact beliau
fadzilnoor30@yahoo.com
kedai dia ada di klang. so sesiapa B2B area KL & Selangor, boleh lah gunakan khidmat beliau ^_^
Yang Sedang Memilih,
Ms Humaira
5 orang si cantik sudi komen:
aien dah order kad gak..tp murah je.hihi
aien~
haha bagus2.. jangan lupa send kat sini satu.. haha ^_^
mestilah send..tp segan..x cantik.hihi
aien~
hekhekehkk.. haa tu tak tengok kita punya lagi.. silap2 kita buat macam dalam citer breaking dawn tu je.. ahahaha *ni obses namanya :P*
Wedding Card? Tq tag? Sticker?
Smua ada d http://www.utusanpengantin.com (^.^)Y
Post a Comment