*peringatan: entri ini agak panjang*
haha. saya pun tak tahu nak classify benda ni as a tips or what. tapi kan, benda ni macam lebih kurang pengalaman saya semasa shopping barang hantaran laa...
1. decide berapa dulang balas berapa dulang yang nak dibeli
macam kami, sikit pun tak kisah. so kami decide, 5 balas 7. sebab apa? sebab saya fikir saya ada selama-lamanya insyaAllah bersama dia lepas menikah nanti jadi saya masih boleh minta macam-macam lepas ni. wahaha~
2. list kan barang-barang
supaya masa shopping tak ada benda yang tertinggal, tak ada dulang yang tak cukup
3. decide cara nak beli barang-barang
ada banyak cara boleh guna:
- beli barang sendiri-sendiri dan pass kepada pasangan untuk digubah
- beli sama-sama sekaligus
- beli sama-sama tapi sebulan 1 barang
4. tunggu mega sale
hahahaha ya, kami tunggu Year End Sale. saya pasti kawan-kawan semua pun buat benda yang sama!
5. pilih shopping mall idaman hati
like me, saya saaangat suka shopping di JUSCO! entah. kenapa entah. jadi saya search jusco mana yang ada J-card Day pada minggu itu dan bila. kebetulan masa tu, Jusco Bandar Utama ada J-Card Day semasa hari yang kebetulan kami berdua memang apply cuti ^_^ sambil shopping, sambil dapat baucer muahahaha
6. sila keluar awal pagi
dah nama pun J-card Day, confirm-confirmlah parking sesak -_-" dah lah 1Utama tu memang dah sebesar-besar alam. kami hanya dapat parking kat roof, atas parkson pulak tu. terpaksalah berjalan ke hujung dunia untuk ke Jusco. :'(
7. terus pergi ke tempat jual barangan yang dah listed!
penting supaya anda tak terbeli not-listed item dan menyebabkan amount yang anda bayar nanti lebih dari apa yang anda bajetkan! dan ini yang terjadi pada saya sob sob sob tapi semua sebab si dia yang sangat gilakan baju & seluar dari Giordano & Padini T_____T menangis masa nak bagi kad debit kat cashier tu swap swap sob sob sob
8. pastikan kad debit anda dah di'adjust' purchase limit
ni bagi mereka yang memang shopping guna debit card macam saya yang takut nak pegang cash banyak-banyak sebab memang jenis careless kadang purse letak tah kat mana. -_-"
saya ada satu cerita nak dikongsikan tentang perkara ini yang akan saya tulis di next entry. stay tune, ok?
9. lepas beli barang idaman, jangan pandang dah yang lain!
seriously saya geram betul part ni! bila pilih yang ni, takut-takut, eh, nanti ada yang lagi murah dan lagi lawa! dan it happens twice. saya dah pusing kat semua seksyen kasut untuk cari kasut idaman hati dan sesuai dengan citarasa anak tekak. dah penat-penat, last-last pilih 1 jenama ni. harga lebih RM15 dari bajet saya. tapi saya fikir, tak apalah, RM15 je. saya pun grab. lepas bayar, tiba-tiba 'termasuk' dalam kedai vincci dan saya nampak kasut yang jauh lebih cantik dan selesa tapi harga lebih rendah RM15 dari bajet saya! LEBIH RENDAH DARI BAJET, ok? geramnya! si dia dah gelakkan saya kat situ jugak! -_-"
handbag pun. lebih RM45 dari bajet. dan di vincci handbag yang cantik tu kurang RM25 dari bajet saya.
rasa nak pulang balik je kasut dan handbag yang dah bayar tu.
-_-"
itu sebab saya tak suka shopping.
balik rumah terus tidur.
Rasa nak tukar kasut & handbag hantaran,
Ms Humaira
1 orang si cantik sudi komen:
Cik Zimie~
namo jeles2 kayh ^_^
tempat2 lain pun penuh dengan sale kannn.. jusco macam best kan? tak mahal sangat dan environment pun best :D
Post a Comment