tadi saya pergi event seorang adik kawan baik saya di dewan tuuuttt *dewan yang sepatutnya bakal jadi dewan majlis saya nanti*. tiba-tiba saya jadi bidan terjun!
majlis berlangsung lepas maghrib. tapi pukul 5.00 petang, kawan baik saya (kita bagi nama dia, S), call
"ada simpan phone number person in charge dewan tuttttt tak? pelamin orang yang guna dewan ni tengahari tadi belum angkat lagi!"
nasib baik saya memang ada phone number dewan tutttt kan...
dah pukul 5 ni.
saya pun bagi phone number dewan tuttt...
then pukul 6 petang S call saya lagi,
"please guide me ke dewan tu! i tak tau jalan!"
heh? ye, selama ni saya yang bawa dia ke dewan tu. jadi tak hairan kalau dia tak tau jalan. plus S memang jenis tak ingat jalan. -_-"
pukul 6.30 (sila jangan terperanjat sebab banyak call. saya dah jadi macam salah seorang ahli keluarga lah pula kan) S call lagi,
"ada tak alas meja panjang? meja hadiah ni tak ada alas! terlupa kita ada meja hadiah..."
choyyy~~ saya pun godeklah almari ibu cari alas meja panjang -_-"
pukul 6.45,
"bawakkan laptop please!"
ok.
7.00pm,
"u dah print ke tentatif?"
"aik? tadi pagi i tanya, nak print ke tak, tak reply pun. i thought u tak nak i print tentatif tu."
"plis plis plis! i need it!"
susah dia ni.
adik dia yang kahwin, tapi dia yang urus semua dari A-Z.
nasib baik ada kawan baik macam saya. *berlagak pulak heheh*
lepas solat maghrib, saya bergegas pergi print, then pecut ke dewan tutttt. *nasib baik dewan dekat dengan rumah.*
"ya, thanks for coming, dear!"
dan tiba-tiba i jadi bidan terjun sambut tetamu dan bagi doorgift. -_-"
dan dan dan dan
jadi bidan terjun juga tiba-tiba buat guestbook terjun (eh, ada ke istilah tu?).
baju pengantin sampai lewat. *bersanding pukul 8.15pm, baju sampai 9.30pm!* nasib baik pengantin ada baju spare. *gila tak gila!*
tempat letak kek tingkat pun lambat sampai. nasib baik caterer baik hati. susun kek tingkat guna gelas berkaki.
pelamin harga RM1000++ tapi macam pelamin tak siap. serius! si dia pun cakap macam tu. my parents also.
penari pakai t-shirt jersey dan, erkkk seluar jeans?
bekas merenjis, orang pelamin lupa bawa *boleh ke macam ni??*
wah, saya pula yang macam nak mengamuk sebab saya macam 'AJK tak langsung' untuk majlis tu.
ye, mari kita buat post mortem,
- awal-awal kena assign siapa bagi doorgift, siapa buat tu, siapa buat ni...
- semua kena buat checklist
- kita kena bayangkan kita di hari kejadian masa buat checklist
- bagi tahu ibu ayah yang kita ada guestbook
- sila letak doorgift dekat hujung sekali buffet station, lepas ambil makanan, orang terus ambil doorgift. tak adalah terkial-kial depan pintu masuk dewan, semak ramai-ramai sementara tunggu saya bagi doorgift
- review semua apa yang di'provide' vendor dan buat perjanjian. kalau tarian, kompang, silat, tengok dulu performance diorang sebelum-sebelum ni. *please desak minta video atau survey majlis yang diorang buat, kalau tak, kita tak tau macam mana performance diorang*
- baju pengantin sila ambil sehari sebelum majlis, tu dah paling lewat dah tu!
saya bukan nak komplen majlis orang. ini hanya catatan saya sebagai pengalaman untuk saya. kita kena belajar dari pengalaman kan? dan saya harap apa yang saya kongsikan di sini, B2B di luar sana pun dapat ambil iktibar, supaya kita tak ulangi kesilapan di majlis kita pula. saya tak berniat buruk langsung. maaf.. :'(
tapi sebenarnya memang banyak perkara tak terjangka yang berlaku dalam majlis begini. terpulang pada kita nak cope macam mana. contohnya, 'guestbook terjun' tu. theee~ yelah, takkan ada yang perfect kan.
ok, nak tidur. esok ada lagi 5 jemputan.
till meet you again
xoxo
Yang Jadi Bidan Terjun,
Ms Humaira
3 orang si cantik sudi komen:
OMG...kejadian baju tu yang pd Alang sangat ridiculous!
and i'm not saying that kita2 ni nanti akan ada majlis yang perfect, kita cakap lebih kang, ada lg yg kata i ni pathetic..tapi for me, mistake like baju tu...memang...tak sepatutnya berlaku la kot~bukan baju raya boleh sampai lepas2 raya (yg cmtu pun boleh buat customer marah)..ni plak baju kawen..
tapi boleh buat jd iktibar...insyaAllah moga Allah permudahkan majlis
ya allah takutnye jadi gini..huhuhuhu
alang atie~
kannnn..... betul kita memang kena ambil baju kita.. rasanya semua bride kena jadik bridezilla, bertegas dengan semua vendor.. hukhukhuk
nuraien~
minta dijauhkan.. memang takkan ada yang perfect tapi hope evrything gonna smooth..
Post a Comment