tiba masa untuk saya bayar hutang dari lala ;)
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer
the questions the tagger set for you in their post. And create eleven
new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
eh, banyak angka 11? kebetulan hari ni pun 11111 kan :D
err.. alamak.. macam susah je nak tunaikan.
syarat 1 - DONE
syarat 2 - 11 things about myself
1. menggunakan nama samaran 'Aisyah Humaira' di blog ini (nama sebenar akan diketahui nanti. mungkin masa nak dekat menikah nanti kot ^_^)
2. sekarang asyik buka youtube sahaja, cari tutorial pakai shawl untuk dipakai di hari bersejarah nanti ^_^
3. tengah tunggu sale hujung tahun
4. konon nak kahwin pada 11111 :P
5. macam nak DIY semua wedding stuff tapi ibu suka down kan saya dengan ayat, "boleh ke awak buat?" plus nada sinis. oh, sangat down!
6. sedang ikat perut dengan lunch RM2 sehari di office
7. tak habis-habis men-design baju sendiri :D satu kepuasan
8. tak suka handbag. sebab tu tak mahu handbag mahal untuk hantaran. cantik dipandang dah cukup.
9. nak kek secret recipe 3 tingkat untuk wedding nanti, boleh?
10. lebih suka teh dari kopi. err, memang tak sentuh kopi :P *habislah, si dia suka kopi*
11. tak minum ais :D
syarat 3 - jawab soalan lala dan create soalan sendiri
- Nama kt blog? - Aisyah Humaira
- Berapa Adik beradik?anak ke? - 3 adik beradik, anak pertama
- Left Handed or Right Handed? - right-handed
- Warna kesukaan?sbb? - tak ada yang betul-betul minat. semua pun suka :D
- Handphone korang guna skang? - Sony Ericsson W880i & Nokia 5230
- Kereta idaman korang?sbb? - dah dapat dah pun Saga FL :) sebab sangat affordable & selesa di bawa balik kampung dan letak stroller anak *jauh dah fikir*
- korang layan lagu ape skang?yg tiap2 hari korang dgr... - timeless by kelly clarkson
- candy buffet,perlu atau tidak?kalu perlu sbb ape? - untuk saya, tak rasanya sebab sedang mengawal perbelanjaan kenduri
- on9 shop yg best?suggestion.. - baru 2 kali shopping online dan tak suggest :P
- senaraikan tempat "hornymoon" yg best?kasi 2,3 tempat....hehehe.. - wahhh... istanbul maybe? tapi untuk dalam negara, i choose kampung si dia *sebab saya tak pernah masuk kampung dan sangat teringin untuk duduk kampung berdua, hantar mak ayah family dia duduk kat KL kejap sementara kami di sana :P
- Cincin ke Gelang?sbb? - cincin untuk menikah sebab saya belum ada sebarang barang kemas. plus cincin tunang dan risik pun tak ada sebab tak ada majlis tu semua :'(
create soalan sendiri? tak reti!
syarat seterusnya memang tak dapat saya tunaikan.
maaf ye, lala...
:'(
Yang Bersalah,
Ms Humaira
0 orang si cantik sudi komen:
Post a Comment