Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 22 November 2011

Kejadian Debit Card

Assalamualaikum semua ^_^

ingat lagi cerita yang saya janjikan dalam entri ini?

saya bukan kaki shopping. jadi selama saya hidup setakat ni, tak pernah menyopping lebih dari RM500 dalam masa sehari.

maka masa hari kejadian, jumlah belian pertama adalah RM400++.

ok lagi masa swap kad.

belian kedua, RM50++. pun ok lagi, kad takde problemo.

but then masa belian ketiga, yang bernilai RM50++, kad saya reject. cashier tu siap tunjuk machine tu kata kad reject. saya dah pelik. sebab tadi guna elok je? dah lah beratur panjang yang amat. orang belakang macam dah bising-bising.

kami dah kelam-kabut sebab kad debit si dia tak ada duit langsung dalam akaun *semua duit dia masuk dalam akaun saya* dan dalam purse saya hanya ada cash RM50! wallet si dia lagi lah tak ada cash sebab memang duit semua saya yang pegang. kad kredit? nan hado! sebab saya tahu saya boros jadi kad kredit hanya menguntungkan bank, bukan saya.

memang kami berdua blur yang amat sangatlah masa tu.

tapi alhamdulillah, akak yang beratur sebelah saya hulur RM10. saya rasa macam nak sujud syukur kat situ jugak! kami bayar belian ketiga tu dengan cash. dan si dia berlari *you know how big is 1Utama dan kami amatlah jarang ke sana dan memang tak tahulah kat mana nearest ATM!* cari ATM untuk withdraw all the cash untuk next purchase sebab takut kad saya dah tak boleh guna macam tadi.

saya pulak tunggu akak tu habis bayar barang dia kat cashier supaya lepas si dia sampai dengan cash di tangan, boleh ganti semula RM10 tu. but akak tu cakap, "dik, tak apalah, ambil aje lah RM10 tu. akak bagi je."

"eh, akak, janganlah macam tu, kak. saya kena ganti balik duit akak tu."

"tak apa akak bagi je. ye? ok, bye."

akak tu terus keluar Padini macam tu je. yang saya terpinga-pinga, blur sekejap. saya kol si dia, "akak tu kata tak payah ganti."

memang rasa nak sujud syukur kat situ sekali lagi!

macam ada rezeki tiba-tiba datang dari langit.

alhamdulillah. tak sangka pertolongan yang datang macam ni. itulah namanya rejeki kan?

then, kebetulan dalam 1Utama tu ada branch Maybankcard. jadi saya pergi kaunter, dengan harapan nak check masalah kad bank saya.

"cik, tadi masa saya guna debit card ni, rejected. padahal sebelum tu guna elok je. kenapa ye?"

"oh, rasanya cik dah over purchase limit dia. cik kena set purchase limit cik. by default, purchase limit is RM500 per day. so cik kena tukar purchase limit cik di mana-mana ATM Maybank.."

ok, begitu kisahnya. tu lah, siapa suruh tak ada hobi shopping. kan dah malu.

buat malu je

-_-"

Yang tahan malu,
Ms Humaira

6 orang si cantik sudi komen:

nuraien said...

kihkih...
x pelah..bgus gak..aien pnh kne masa rm1000..x tau gak..slmat mak ada kat sblah.hihi

~ mizzAmy ~ said...

owhh ok, baru tahu yang debit card pun ada limit jugak. hahahaha... i pun jenis beli brg guna cash. kalo rm1k, rm1k lah cash. x reti nak guna2 kad. even debit card pun x nak guna jugak. lol...

cinta sang ratu... said...

rejeki org nk kawen tu..hehehe

Aisyah Humaira said...

aien~
waaa.. tu penyelamat setiap masa tu.. haha..


mizzAmy~
tu laaa... baru tau jugak masa tu.. haha.. bagusnya bawa cash.. saya memang tak berani sebab dah 2 kali kena ragut.. so memang nightmare lah kalau bawa cash bebanyak..


cinta sang ratu~
hehehe tu lah.. alhamdulillah :)

cc said...

lol! comel je entry nih hehehehe

Aisyah Humaira said...

cc~
hahaha rasa macam malu pun ada jugak sebenarnya. sebab dah macam nak marah cashier tu sebenarnya. sian. haha.