Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 29 December 2011

Haunting for Barang Hiasan Hantaran & Hugs Kisses untuk Semua!

Assalamualaikum semua! ^_^

korang tau tak yang korang semua ni BESTTTTTTT teramatlah sangat?

kepada sesiapa yang ada dalam group B2B 2012 tu, mesti tau apa yang jadi kat saya tadi, kan? kadang-kadang saya rasa si dia terlalu memikirkan benda ni susaaaaahhhh yang amat nak buat.. pening kepala nak memikir.. yang ibu ayah pula fikir, eh, tak pernahhhhh dibuat benda-benda macam ni (contoh: majlis tak ada pelamin)

kesimpulannya, apa yang saya nampak dari peristiwa tak best tadi adalah:
- si dia memikirkan soal duit. sebab KESELURUHAN perbelanjaan perkahwinan kami adalah biaya kami sendiri. plus kena ada extra pula untuk dibagi bersih kepada ibu ayah. (rujuk entri ini dan ini).
- my parents nak the best untuk anak perempuan sulung diorang ni. plus diorang belum pernah tengok lagi perkahwinan moden sekarang ni. kurang pendedahan.

so, saya sebagai orang tengah, saya lah yang kena make it clear kan? memang sesak nafas sebab saya rasa tersepit. di kanan ibu ayah, di kiri si dia dan tight budget. so kenalah wujudkan win win situation.

apa yang saya buat tadi, macam tarik rambut dalam tepung. rambut tak putus, tepung tak berselerak. dengan ibu ayah, saya terangkan bajet saya dan kenapa saya buat macam tu macam ni siap tunjuk contoh kat internet.

kepada si dia saya pujuk baik-baik. cakap elok-elok. saya cuba ikut juga kehendak dia.

saya harap lepas diorang semua bangun esok pagi everything will be fine ^_^

hugs and kisses to all of you! :-* >:D< korang memang sangatlah best. saya tak sangka kita boleh kongsi everything macam ni. even tak kenal pun tapi kita semua macam adik-beradik. *hugs*


ok, last weekend saya ke jalan TAR. haunting barang-barang hiasan untuk hantaran. ye, saya tau saya ni spesis tangan tak bedung (macam yang bakal adik ipar saya cakap masa saya try buat bunga ros dalam kereta, on the way kami ke jalan TAR tu *_*)

mula ingat nak cari kain untuk baju nikah. keluar masuk kamdar, nagoya, jakel. jakel siap ada promosi itu ini.

jakel = lace 2m, satin utk bride 4.5m, satin untuk groom 4m = RM200.

but ayah kata, tak payah. kain nikah biar diorang yang cari. u focus untuk hantaran-hantaran u aje.

ok.

saya masuk semua house. naik setingkat-setingkat. eh, kat mana kedai persiapan kahwin yang orang sebut-sebut tu? kat tingkat bawah rupanya -_-"

masuk je kedai tu, saya dah rambang mata. tak tau nak pilih mana satu. musykil. dan tiba-tiba kepala jadi blur. nak beli yang mana satu ni?

dulang untuk hantaran ada lah dalam range harga RM6 - RM30 and more. kain, crepe paper, manik (beli timbang ok! i suka!), reben, doorgift, bekas doorgift, bekas cincin, polisterin, pomander ball, aih saya rasa macam agak lengkap lah juga, semua boleh ada di sini. tinggal nak pilih aje.

hampir 2 jam saya dalam kedai tu aje, sampai si dia dan adik-adiknya pun lenguh kaki. tapi diorang pun sama. haunting barang-barang untuk buat hantaran dari diorang. so fair lah kan? hehe.

maka terbeli lah saya akan benda-benda ini,

 



rasa macam, aik, sikitnya aiii belanja padahal nak dekat RM100 juga tu! aduhai. pening.

dah tu sampai rumah, ayah kata, "takkan nak letak bakul atas lantai macam tu je? kena ada dulang kan?"

"eh, tak payah dulang pun tak pe kan?"

"tak ada kaki. takkan letak macam tu je?"

saya kan, malasnya lah nak beli kain alas dulang. dah la belanja ini je nak dekat RM100. malasnya nak membazir untuk benda yang nantinya macam buang juga. pening..

jadi saya terfikir nak guna paper lama. gulung-gulung, jadikan kaki, kaler ngan water colour adik saya ke, glue kat bakul tu.

ok ke macam tu? tapi tak pandai la nak buat kaki yang kukuh untuk bakul tu.

kawan-kawan rasa macam mana?

*si dia tengah nak buat saya marah. saya malas betul nak layan. saya silent phone, layan blog, jap lagi tidur. ok tak?*


Yang Bengkak Mata,
Ms Humaira

Sunday, 25 December 2011

DIY untuk baju

Assalamualaikum Semua! ^_~

baru saja siapkan hiasan-hiasan sikit untuk baju so-called engagement day nanti.

nak tengok?



...


...




...


..





....


..



taraaaa..........


hehe. tunggu saja baju sebenar akan di'reveal' nanti. saya takut tak cantik. tapi tadi ibu tengok, dia kata, "cantiknya. comel..."

*grinnnnnn*



hehe haruslah saya suka, kan? sebab kalau tak, ibu tak berapa nak percaya hasil tangan saya. hehe. dapatlah saya bodek-bodek untuk buat sendiri baju nikah nanti. *wink wink*


oh ya, tadi masa pusing-pusing cari manik, saya terjumpa ini..





benda-benda macam ni boleh jumpa banyak kat kedai jual barang jahit dan barang hiasan/aksesori pengantin. kepala dah pusing-pusing fikir apa yang saya nak buat dengan benda ni.
siaplah dia nanti. akan ku potong-potong, kujahit-jahit.

nantikannn...


p/s: oh, si dia MMS gambar cincin tadi *dia balik kampung, tak aci dapat tengok dulu!* tapi saya tak nampak macam mana rupa sebab dia sengaja kaburkan. isy! takpe, sabaaarrrr *memang tak sabar! haha*


Yang cuba jadi penyabar,
Ms Humaira.


*wink wink*

Saturday, 24 December 2011

First DIY successful!

Assalamualaikum Semua! ^_~

hey hey.. kita sekarang tengah excited tunggu 1 januari ni. layak ke kita nak rasa excited ye? hehe.

baju yang mak kita jahit tu kita ada nak ubah sikit. nak tambah lagi sikit perincian. nanti kita tunjuk teaser ye. baju tu kat dobi sekarang. isnin nanti baru ambil. kejap lagi nak keluar beli perincian nak tambah kat baju 1 januari nanti. seronok!

nak tunjuk sikit benda ni kat kawan-kawan semua...


gigih ni siapkan benda ni. wahahaha~ padahal nak guna ada lah lagi 4 bulan. kita cuma takut kita tak sempat siapkan sebab masa tu mesti lebih banyak masa kat office dari kat rumah. ni pun dapat siapkan sebab tak sihat, boss suruh rest kat rumah, boleh lah menyiapkan benda ni tengah-tengah duduk saje tu.

weehuuu~~~ excited ni. kita letak benda-benda ni kat pasu dalam bilik sendiri. jadi hiasan sementara 4 bulan lagi.



Yang Gementar,
Ms Humaira.

p/s: semoga 1 januari nanti berjalan dengan lancar. amin. ^_^

Wednesday, 21 December 2011

Rindu tak?

Assalamualaikum semua! ^_^

hehe. rindu tak kat saya? rindu tak? saya rinduuuuu korang semua. serius. rindu nak pening-pening pasal wedding ni. dah dekat 2 minggu.

pheww!

ok kawan-kawan. saya dah cerita ke belum ye, yang kes baju yang saya tak mahu tu? oh. dah cerita ye, dalam entri Baju - Cancel. hehe.

kawan-kawan...

saya tengah nebes sebenarnya ni. sebab apa tau?

semalam si dia call. dan dia kata,

"cincin dah beli dah.."

"hah?!" terperanjat! saya kata, "cepatnya?"

"mak memang. tak sabar nak terima menantu."

haha. gelak. kenapa sebenarnya ada isu cincin ni ye?


1. Majlis

sebenarnya, insyaAllah 1 Januari ni, keluarga si dia akan datang ke rumah kami. macam yang saya pernah kata dulu, kami tak ada majlis risik ke, tunang ke, hape ke. kedatangan family dia sekadar untuk pengesahan tarikh, pengesahan tempat, dan confirmkan segala benda yang boleh di confirmkan lah kan. eh, 1 januari, 1112. ;) tak sengaja :D

tapi kan, bile tengok-tengok balik, tu dah kira macam majlis bertunang lah kan? betul tak?

sebab masa majlis pertunangan, dua-dua family akan bercakap soal ni lah kan?

entah. saya pun tak tau apa istilahnya tapi itulah isi kandungan perbincangan tu nanti.


2. Baju, Make Up & Veil

ibu dah suruh saya hantar dry-cleaning satu baju yang ibu dah buat khas dengan cantik. warna pink.


si dia suruh saya mekap-mekap sikit *since saya memang tak mekap!* dan pakai lah apa yang kat atas kepala tu? veil?


saya gelak bila dia cakap 'pakai apa yang kat atas kepala tu..' perlu ke?


saya rasa segannya........


segannya nak pakai baju cantik warna pink yang dibuat dari kain lace dan satin tu. pastu pakai 'benda atas kepala' tu.. pastu nak kena mekap pulak. segannnn..


macam pelik je kalau orang tengok saya macam tu! haha!


3. Cincin


ehem ehem. kalau ikutkan saya, saya tak mahu sebarang cincin masa tu. tapi mak si dia berkeras nak belikan juga. saya mengalah aje. tak apa lah. bakal mak mertua suruh bagi. kita terima aje, ye tak? hehe.


tapi syarat saya, saya nak mak si dia yang belikan. biarlah cincin tu jadi surprise untuk saya. since saya memang suka benda-benda surprise ni. dan pada saya, saya akan lebih hargai cincin tu. sebab bakal mak mertua sendiri yang pilih dan belikan. saya hanya bagitau saiz jari saya. si dia bank in kan duit kepada mak dia. so maknanya cincin tu surprise untuk kami berdua juga lah kan. saya tak kisah macam mana coraknya, bentuknya. apa yang bakal mak saya pilih, itulah yang terbaik bagi saya.


"nikah nanti saya nak bagi awak gelang.."


"hah? mahal la.. cincin aje dah cukup bagi saya. saya bukan nak menikah ngan cincin gelang semua tu. saya nak menikah dengan awak.."


"salah ke saya bagi hadiah untuk isteri saya?"


ok, saya dah diam kat situ. -_-"






saya kan, berdebar sangat ni. lebih kurang beberapa hari saje lagi 1 januari tu.

ibu kata, "nanti beli kek yang awak suka makan tu ye? secret recipe, kan? kita bagi keluarga dia. dengan kain pelekat sekali."

saya rasa seronok, gembira. sebab saya rasa saya betul-betul ikut tertib dan adat plus syariat. tak ada yang berlebihan. family datang, sama-sama berbincang. saya tak perlu keluarkan modal sampai beribu-ribu. <-- suka sebab ni sebenarnya. haha! al-maklum bakal pengantin teramat bajet :D

tinggal nak tolong ibu memasak aje untuk 1 januari nanti tu. 

semoga segalanya berjalan lancar.



amin. :)



Yang Berdebar-debar,
Ms Humaira

Sunday, 18 December 2011

Sticky Post: Giveaway from Alang!

Assalamualaikum Semua ^_^

this is sticky post. please scroll down to view latest entry. thanks ya!





jom join GA by Alang (klik gambar tu untuk link ke sana)

ni first time saya join GA haha.

this is the T&C. saya kopipes je dari blog Alang.


Terms and Conditions :

1) Klik, Like this page dan Vote
2) Tell me my friend's FULL name yang appear kat page tu
3) tell me what her current ranking (tengok kat Progress) when you have vote (only can see after you have voted)
4) FOLLOW BLOG ALANG~optional la jugak..tapi follow la ye..hihi
5) Copy LOGO kat atas, dan buat sticky post kat blog korang, LINK dengan BLOG Alang ok! ASK YOUR READER TO GO TO MY BLOG TO JOIN^_^no need longgg post..just the logo and T&C
6) Jangan letak jawapan u 'olls dalam post u'ollss..letak jawapan dgn link blog korang kat komen post ni. Get it?Kat post korang letak logo dan T&C ONLY



hehe meh la tolong kawan Alang dapat tiket free balik Malaysia.

Done voting,
Ms Humaira ^_^

Saturday, 17 December 2011

Giveaway first opening Dippy Lyn’s collections

Assalamualaikum semua ^_^

wah wah wah tiba-tiba terajin pulak nak join contest-contest macam ni. thanks Alang sebab tag kita. hehe.

ok, take a look..

 ini adalah syarat-syaratnya. sila klik untuk tumbesaran ^_^

simple aje. kopipes macam ni lepas tu tag kawan.



dengan ini, saya mengumumkan untuk men-tag,


aien

syahira fauzan



hehe~ sila buat :D


Yang Kena Tag Juga,
Ms Humaira

Baju - Cancel

Assalamualaikum Semua ^_^

mesti penat kawan-kawan semua baca pos saya kan. itu ini cancel. tak pernahnya nak ada yang tetap! haha. tapi biasalah kan. persiapan perkahwinan memang macam tu, ye tak?

ingat tak yang saya kata pasal baju kahwin dah siap dalam entri ini tu?

tiba-tiba kan, tadi ibu tanya, "bila nak beli kain baju nikah ni?"

then saya kata, "lah, bukan ke dah siap? baju yang try hari tu?"

"tak cantik lah. ibu punya mata tengok tak cantik awak pakai baju tu. macam tak sedap kat badan awak. nanti awak beli lah kain. buat lain."

yessss!!! boleh buat ikut pilihan hati! maaflah renee & lisa yang minta teaser tu. tak dapatlah nak tunjuk. theee~

dah rasa nak melompat-lompat dah kat situ

tapi kan, tapi tapi... segalanya hancur lebur bila ibu kata,
"buat baju kurung moden aje ye? kain lace dah ada. beli satin aje. kain buat kain kembang aje..."

...

what?

baju kurung moden aje?

dan...


lace again???

oh noooooo..... kenapa saya dengan lace ni sangatlah bermusuhan?

tak suka taw!

taw!

tak suka.


T_______T




Yang Takmo Lace,
Ms Humaira

Tuesday, 13 December 2011

Baju Kahwin Anganku Musnah T_T

Assalamualaikum Semua! ^_^

eh eh, tajuk tu macam nangis, tapi ikon lepas salam tu macam happy aje.

takpe, takpe. hidup kena happy, ye tak?

kawan-kawan, sob sob sob sob~~~

ingat lagi tak entri yang saya kata saya design sendiri baju nikah saya? tapi kan.. sesuatu telah berlaku.


....


....



one fine day, ibu tunjukkan satu baju dan suruh saya cuba. baju tu dari kain lace.

kebetulan baju tu memang muat dan terletak cantik di badan saya. then saya tanya ibu, "ni baju siapa?"

ibu jawab, "baju nikah awak la.. nanti tinggal nak beli kain untuk baju yang lelaki aje.."


aaa... apa? baju nikah saya?


huwaaaa T_______T

punah impian saya nak pakai baju design sendiri di hari pernikahan.

huwaaaaa T_______T

nangis ni...

saya pujuk hati, serius ni pujuk hati sendiri, "eh, takpe la, lawa juga lace yang ini."

serius saya sedang pujuk hati ni nak terima baju tu dengan redha.

tapi dalam diam saya bertekad dalam hati,

tak apa, tak apa, tau lah saya nak tambah apa kat baju ni biar pun bukan design saya tapi saya akan tambah perincian ikut suka saya.

haha.

aci tak macam tu?


Yang Redha Paksa Terima Lace,
Ms Humaira.

SOB!

Sunday, 11 December 2011

Apakah kain lace, chiffon, beaded chiffon, blablabla?

Assalamualaikum Semua ^_^

tengok gerhana bulan tadi? cantik. sangat cantik. geram. tadi saya duduk je kat beranda, tengok bulan. bintang sekeliling tu pun terang aje. cantik!

kat sini nak saje sembang-sembang pasal kain. mesti kawan-kawan biasa dengar jenis-jenis kain ni kan? al-maklum kita ni bakal pengantin, mesti ambil tahu semua benda. memang very detail, kan? eh, ke saya sorang je camtu?

hee~

dengan ini saya mempersembahkan,

1. Lace!
kain ni mesti kita kenal, kan? kain yang jarang, lepas tu ada corak-corak. dalam dia sama ada pakai inner atau ada kain lain yang attach sama (dipanggil lining).

encik wiki kata, Lace is an openwork fabric, patterned with open holes in the work, made by machine or by hand. The holes can be formed via removal of threads or cloth from a previously woven fabric, but more often open spaces are created as part of the lace fabric.

kain lace ni memang pilihan raaaaaaamai pengantin. ibu kata, dah ada corak, senang. tak payah nak buat apa-apa, dah cantik.

ye?


2. Chiffon

hakhakhak take a look,



from the French word for a cloth or rag, is a lightweight, balanced plain-wooven sheer fabric woven of alternate S- and Z- twist crepe (high-twist) yarns. The twist in the crepe yarns puckers the fabric slightly in both directions after weaving, giving it some stretch and a slightly rough feel.

sakit jantung tak tengok gambar-gambar tu?

saya sakit jantung ni! nak macam tu! ye, saya memang suka jenis-jenis jatuh-jatuh terbang-terbang macam tu. haha.




3. Beaded Chiffon

kain chiffon, lepas tu jahit-jahit manik kat kain tu. aih, ni pun buat saya sakit jiwa juga ni.

wohaa.. kalau dapat jahit manik cantik-cantik kat baju sendiri, best juga kan? thee~



4. Jersey

Jersey is a knit fabric used predominantly for clothing manufacture. It was originally made of wool, but is now made of wool, cotton, and synthetic fibres.

kain jenis ni boleh stretch. kalau pandai cari, dapat yang sejuk. sesuai dijadikan inner.

alamak, macam tuala lah pulak, -_-"



5. Satin

Lebih kurang macam ni lah maknanya,
Satin is a weave that typically has a glossy surface and a dull back. It is a warp-dominated weaving technique that forms a minimum number of interlacings in a fabric. If a fabric is formed with a satin weave using filament fibres such as silk, nylon, or polyester, the corresponding fabric is termed a satin, although some definitions insist that the fabric be made from silk.

ahah, setakat ni sahaja yang dapat saya kongsi. tentu kawan-kawan pun ada beberapa jenis kain yang bermain dalam kepala, kan?


dah dah, jom tidur.


Yang nak tido,
Ms Humaira

Saturday, 10 December 2011

Belum pukul 11.59pm, so masih sempat! ~GIVEAWAY:Stunning Me!! by Qaseh Elyn~

Assalamualaikum semua! ^_^

memang nak join GA ni. tapi tertangguh-tangguh. tadi baru perasan. tengok jam, alamak, dah pukul 11 malam! cepat-cepat! tapi internet lambat pula nak masukkan imej ni. internet pun gerhana ye?

-_-"



ini badge GA ini! sila lawat blog beliau.




cakap pasal angan-angan saya...


saya nak veil macam ni! inspired by kate middleton punya veil. simple, nice!



tengok lah coraknya tu. cantik sangat..


tapi, saya nak dia flow macam ni,


inspired by bella swan wedding veil. dia macam flow, panjang. geramnya.

dapat ke saya veil impian hati ni?

cita-cita haruslah setinggi gunung kan?

haha


Yang Sangat Nak Veil,
Ms Humaira.

Thursday, 8 December 2011

Doorgift Cantik-cantik

Assalamualaikum Semua! ^_^

aih. saya serba-salah ni pasal doorgift ni. masa gugel-gugel kan, saya ternampak ini,


then i told my sister dan dia sangat excited nak DIY benda ni sebanyak-banyaknya as doorgift! kalau start dari sekarang, mesti sempat kan sementara nak tunggu bulan mei ni, kan?

tapi ibu saya nak yang macam ni,


alahaiiii.. sebab ibu persoalkan, kalau bagi yang macam kat atas tu, macam mana orang nak pegang? tak ada tali... -_-"

sedihnya!

then, my sis kata, tak rasa kecil sangat ke 'bekas' pilihan i tu? muat ke nak letak all the doorgiftsss?

then i saw something in this website,







alamak, macam bes je apa yang ditawarkan. lepas tu saya jumpa pula ini,




dan saya terbayangkan ini,


dan juga ini,


serta ini,


asyik-asyik pearl, kan? haha. ok, saya dah dapat tema wedding saya *wink wink*


hahahaha ok, ok. idea idea, please coome to me! wahahaha!


Yang Semangat,
Ms Humaira.

Wednesday, 7 December 2011

Bilangan Hantaran dan Hiasan Hantaran

Assalamualaikum Semua! ^_^

Meriahnya grup Bride to be 2012 kat facebook tu. serius saya memang susah nak follow sangat lantaran kerja di pejabat yang menumpuk. thanks untuk kawan-kawan yang sudi approve friend request saya! ^_^

saya masih belum habis beli barang-barang untuk dibuat hantaran rupanya. tiba-tiba si dia dah naikkan bilangan dulang. 7 berbalas 9! aih, sedangkan 5 berbalas 7 tu pun, saya tak tahu nak letak apa dalam 7 dulang tu, inikan pula 9 dulang? dia ni memang saje tau?

tadi masa rehat-rehat sekejap, saya terbayang macam mana nak hias hantaran saya.


bakul-bakul macam ni boleh recycle semula. untuk rumah baru kami! ^_~


lepas tu saya terbayang ini...




dan saya tahu saya ada ini...


yummm.. tak sabarnya nak buat! tapi kena tunggu dah dekat hari baru buat. kalau tak, tak tau nak simpan kat mana semua bakul hantaran tu. haha..

macam mana kawan-kawan buat preparation awal-awal ye? hasil semua tu simpan kat mana? haha. setakat ni saya simpan bawah meja belajar adik saya. kesian dia.

thee~

macam mana preparation kawan-kawan yang lain?


Yang Masih Berfikir,
Ms Humaira

Sunday, 4 December 2011

Jom Pilih Kad Kahwin

Assalamualaikum Semua ^_^

seriously girls, lepas je tengok Breaking Dawn hari tu, saya dah ubah sikit perancangan tentang kad kahwin saya.

macam dalam entri ini, banyak juga kan syarat yang saya letak untuk kad kahwin saya. sekarang tengah fikir idea macam mana yang best. supaya tak dikatakan 'tak pernah dibuat dek orang'. yelah, dah lah kad kahwin tu nanti untuk kedua-dua belah pihak. saya risau mak ayah si dia kurang berkenan sikit. risau juga dia kata kat anak dia, "dia orang bandar. ginilah..."

oh janganlah harapnya. setakat ni hubungan saya dengan bakal keluarga mertua masih baik. saya cuma nak satu kelainan tapi boleh diterima ramai, dan logik.

logik tak kalau kad-kad macam ni, (semua curik kat gugel)























what do you girls think? ke ada yang pernah buat, saya je yang tak tahu. thee~



Yang sedang pilih-pilih kad kahwin,
Ms Humaira

Saturday, 3 December 2011

Lagi 4 bulan 4 minggu?

Assalamualaikum semua! ^_^

kawan-kawan, tadi terbaca kat blog dhiera,

ada grup B2B 2012 kat facebook ^_^

jom kita join jom. boleh share maaaacam-macam ^_~

oh ya. seminggu ni saya tak ada persiapan langsung. serius! sebab kerja di pejabat sangatlah menimbun -__-"

sekarang dah start resah bila tengok wedding ticker tu, 4 bulan lagi? oh my! tapi saya serius tak tahu apa lagi nak buat ni? plus my family pun macam dah slow down sikit. masih belum ada final decision. nak dewan ke, nak buat kat rumah?

saya yang pening kawan-kawan T_____T

start minggu ni sampai bulan mei nanti (which is my BIG day, insyaAllah) saya akan kerap ovetime sebab ada projek yang perlu disiapkan dan masih banyak kerja yang pending.

dengan persiapan kahwin lagi.

saya takut saya kelam-kabut di hujung masa nanti. mana nak kejar kerja, mana nak kejar kahwin.

saya nak start buat hiasan hantaran dan rossette untuk family.

lagi 4 bulan ni, apa yang perlu dibuat ye kawan-kawan?

saya blur. help me plis.. sebab saya rasa tak ada apa pun yang berjalan setakat ni.

ok, saya kena bersiap untuk pergii mengajar hari ni. till meet you girls!

p/s: kita baru create facebook account. do add me ya B2B! ^_^


Yang Blur,
Ms Humaira

Thursday, 1 December 2011

Hiasan Bilik Pengantin atau Pelamin?

Assalamualaikum Semua! ^_^

wah, siap ada tanda seru. hehe. bukan apa. sayang kamu-kamu semua yang sudi follow blog kita yang tak seberapa ni. auww malu. ada ke orang baca? hii~ apa pun thanks untuk kawan-kawan semua yang sudi baca. mmmuuaaahhhh flying kiss untuk kawan-kawan. ^_~

tadi kan, lepas office hour saje lah cari makanan best-best sikit. almaklum gaji dah masuk. cuba kalau gaji belum masuk, makan megi aje la hari-hari. eh, megi cup pun mahal apa...

restoran western ni simple saje. dan harga pun tak berapa mahal, affordable. nak kahwin ni kan, duit yang mengalir keluar tu kena ikat sikit. huhu.

eh, kat sini kita bukan nak cerita pasal makanan atau restoran mahupun gaji yang baru masuk itu. kita nak cerita pasal ini:

sementara menunggu makanan sampai, kita pandang sekeliling restoran. dekorasi tak ada apa sangat pun. biasa macam kedai makan lain. pandang kiri kanan atas bawah.. eh, atas lagi sekali, eh, cantiknya. pandang atas sekali lagi...







alamak. cantiknya. terus ambil handphone dan snap gambar. alamak, gambar kat phone tak cantik. real nye cantik.

best kan?

boleh buat untuk bilik pengantin.. ermm.. apa lagi ye.. pelamin pun ok. just kena fikirkan satu kelainan lah untuk pelamin tu.

uhh... suka tak?

pada kita, kita tak guna kot. hehe.



Yang tengah cari tune lagi untuk wedding preparation,
Ms Humaira.