Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 December 2011

Haunting for Barang Hiasan Hantaran & Hugs Kisses untuk Semua!

Assalamualaikum semua! ^_^

korang tau tak yang korang semua ni BESTTTTTTT teramatlah sangat?

kepada sesiapa yang ada dalam group B2B 2012 tu, mesti tau apa yang jadi kat saya tadi, kan? kadang-kadang saya rasa si dia terlalu memikirkan benda ni susaaaaahhhh yang amat nak buat.. pening kepala nak memikir.. yang ibu ayah pula fikir, eh, tak pernahhhhh dibuat benda-benda macam ni (contoh: majlis tak ada pelamin)

kesimpulannya, apa yang saya nampak dari peristiwa tak best tadi adalah:
- si dia memikirkan soal duit. sebab KESELURUHAN perbelanjaan perkahwinan kami adalah biaya kami sendiri. plus kena ada extra pula untuk dibagi bersih kepada ibu ayah. (rujuk entri ini dan ini).
- my parents nak the best untuk anak perempuan sulung diorang ni. plus diorang belum pernah tengok lagi perkahwinan moden sekarang ni. kurang pendedahan.

so, saya sebagai orang tengah, saya lah yang kena make it clear kan? memang sesak nafas sebab saya rasa tersepit. di kanan ibu ayah, di kiri si dia dan tight budget. so kenalah wujudkan win win situation.

apa yang saya buat tadi, macam tarik rambut dalam tepung. rambut tak putus, tepung tak berselerak. dengan ibu ayah, saya terangkan bajet saya dan kenapa saya buat macam tu macam ni siap tunjuk contoh kat internet.

kepada si dia saya pujuk baik-baik. cakap elok-elok. saya cuba ikut juga kehendak dia.

saya harap lepas diorang semua bangun esok pagi everything will be fine ^_^

hugs and kisses to all of you! :-* >:D< korang memang sangatlah best. saya tak sangka kita boleh kongsi everything macam ni. even tak kenal pun tapi kita semua macam adik-beradik. *hugs*


ok, last weekend saya ke jalan TAR. haunting barang-barang hiasan untuk hantaran. ye, saya tau saya ni spesis tangan tak bedung (macam yang bakal adik ipar saya cakap masa saya try buat bunga ros dalam kereta, on the way kami ke jalan TAR tu *_*)

mula ingat nak cari kain untuk baju nikah. keluar masuk kamdar, nagoya, jakel. jakel siap ada promosi itu ini.

jakel = lace 2m, satin utk bride 4.5m, satin untuk groom 4m = RM200.

but ayah kata, tak payah. kain nikah biar diorang yang cari. u focus untuk hantaran-hantaran u aje.

ok.

saya masuk semua house. naik setingkat-setingkat. eh, kat mana kedai persiapan kahwin yang orang sebut-sebut tu? kat tingkat bawah rupanya -_-"

masuk je kedai tu, saya dah rambang mata. tak tau nak pilih mana satu. musykil. dan tiba-tiba kepala jadi blur. nak beli yang mana satu ni?

dulang untuk hantaran ada lah dalam range harga RM6 - RM30 and more. kain, crepe paper, manik (beli timbang ok! i suka!), reben, doorgift, bekas doorgift, bekas cincin, polisterin, pomander ball, aih saya rasa macam agak lengkap lah juga, semua boleh ada di sini. tinggal nak pilih aje.

hampir 2 jam saya dalam kedai tu aje, sampai si dia dan adik-adiknya pun lenguh kaki. tapi diorang pun sama. haunting barang-barang untuk buat hantaran dari diorang. so fair lah kan? hehe.

maka terbeli lah saya akan benda-benda ini,

 



rasa macam, aik, sikitnya aiii belanja padahal nak dekat RM100 juga tu! aduhai. pening.

dah tu sampai rumah, ayah kata, "takkan nak letak bakul atas lantai macam tu je? kena ada dulang kan?"

"eh, tak payah dulang pun tak pe kan?"

"tak ada kaki. takkan letak macam tu je?"

saya kan, malasnya lah nak beli kain alas dulang. dah la belanja ini je nak dekat RM100. malasnya nak membazir untuk benda yang nantinya macam buang juga. pening..

jadi saya terfikir nak guna paper lama. gulung-gulung, jadikan kaki, kaler ngan water colour adik saya ke, glue kat bakul tu.

ok ke macam tu? tapi tak pandai la nak buat kaki yang kukuh untuk bakul tu.

kawan-kawan rasa macam mana?

*si dia tengah nak buat saya marah. saya malas betul nak layan. saya silent phone, layan blog, jap lagi tidur. ok tak?*


Yang Bengkak Mata,
Ms Humaira

6 orang si cantik sudi komen:

FY said...

I pun perempuan sulung..tunggal perempuan lak tu..pening kepala nak pikir macam2..seronoj sgt ada group b2b 2012..boleh share & tanya macam2..bestt!

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

kat tingkat 5 kot ade lagi kedai hehe..
tapi yang bawah pn da ckup :)

adibahrisha said...

Aisyah first of all i memang excited lepas jumpe you punye blog! and now! i nk baca semua entry you. heheheh

regards,
Adeeb!

Good luck for your wedding day. heheh mmg excited!

cik chinta said...

perlu kesabaran tu nk buat kaki guna newspaper.

dhiera zainudin said...

bagus lah humairah. pandai selesai kan masalah even selepas stress. tak mahu fikir yg bukan-bukan lagi ye.

dear, kedai tu nama ape ea? nak tahu juga~ hehehe

Aisyah Humaira said...

FY~
hahahaha susah kan jadik pmpuan sulung :P


Rina Lia~
aaa? apsal rasa macam semua house tu ada 2 tingkat je? -_-"


adibahrisha~
uhhh woohhaaa~ tenkiyyuuuu~ *hugs* sila2 baca.. :D


cik chinta~
memang tak sabar lah kottt hahaha~


dhiera~
huu~ tapi tetap macam nak pikir bukan2.. hehe..
apa tah nama dia tapi dia kat basement semua house.. kedai pengantin paling besar kat basement tu, dekat ngn food court
:P