Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Monday 14 November 2011

Cancel Dewan Pula!

Assalamualaikum..

dah tak larat lah dengan segala jenis argument ni. dah sangaaattttt malas layan.

sebab apa?

suddenly ayah suruh cancel booking dewan tu! dah bayar RM350 kot. then ayah kata, kan boleh dapat semula duit booking tu if batalkan tempahan lebih sebulan dari tarikh tempahan? pffttt -_-"!

ayah said, buat kat rumah aje lah. kita pasak khemah.

saya bukan apa, kawasan rumah saya bukanlah luas. lorong-lorong kecil aje walaupun namanya duduk kat KL. eh, jangan ingat orang-orang KL duduk rumah besar-besar macam kat Bukit Antarabangsa tu aje ye.

*maaf kalau bahasa sangat kasar hari ni. mood sangat marah + PMS. benci!*

alasan ayah untuk buat / pasak khemah:
- jiran-jiran keliling ramai boleh tolong untuk rewang (masak ramai-ramai) dan tolong-tolong angkut pinggan (since saya tak guna katering sebab lauk-pauk yang saya nak tak ada kat katerer malaysia ni!)
- kawan-kawan ayah semua claim ayah ni macam tak mahu berjiran, tak mahu bermasyarakat, macam hidup sorang-sorang aje kat sini, apa berlagak sangat buat kat dewan? *damn, buat kat dewan lagi murah dari pasak khemah kot! siapa yang keluar duit sekarang ni? saya ke kawan-kawan ayah tu?*


benci! sebab bila dah cancel dewan, so tarikh untuk 'pasak khemah' tu pun belum tetapkan lagi lah maknanya.

saya dah sangat bengang. sebab, family si dia masih menanti-nanti keputusan akhir dari family kami. tapi ayah buat macam ni pula. tak ada final decision! please lah, time is running out! dan banyak benda tak boleh nak proceed kalau benda besar macam ni belum finalize! benci!

alasan saya untuk buat di dewan:
- very convenient! dah ada PA system, segala serba-serbi lengkap.
- parking provided. so tak menyusahkan jiran tetangga dekat area rumah saya tu untuk alihkan kereta mereka yang di parking di tepi jalan sahaja demi untuk saya pasak khemah!
- in case hujan, dalam dewan masih selamat
- sewa dewan dan segala kelengkapan ni lebih murah 2 kali ganda dari pasak khemah, ok!

bila saya claim macam ni, ayah kata, awak ni tak bermasyarakat, standard la kalau ada kenduri kahwin, orang block jalan.

saya tak mahu macam tu. tak semua orang suka.

saya bagi alasan lagi. kalau pasak khemah, semua ni dah lari dari bajet saya. dah lah saya kena cari duit lain untuk kenduri sebab duit hantaran tu 100% untuk ibu ayah. mana saya ada duit lagi nak bayar khemah yang 2 kali ganda dari sewa dewan tu?

boleh pula ayah kata, ibu rela hati korbankan duit hantaran awak untuk topup duit yang awak tak cukup untuk kenduri.

entahlah. bila saya call si dia dan cakap hal ni, si dia kata,
"tak apelah. lagi bagus buat kat rumah. jadi maknanya, walaupun dah booking dewan, kita punya tarikh tu masih tak confirm lah ye? ayah boleh je suka-suka hati nak cancel. kena fikir family kami juga. dah 2 kali kita cancel ni."

saya sentap ok! malu nak mengadap bakal mak pak mertua. maluuu!!!!

ayah ibu siap ugut-ugut saya, kalau saya masih berkeras untuk buat di dewan, ibu ayah takkan ambil tahu dah pasal wedding saya. saya settlekan aje lah semuanya sorang-sorang. nanti hari majlis ibu ayah tinggal sambut tetamu sahaja.

pening!

my sis try backup saya. dia kata kat ayah, "ayah, kalau ayah sibuk nak isukan hal 'nanti orang kata apa', baik tak payah. orang keliling memang takkan henti mengata. kita buat macam ni salah, macam ni salah. takkan kita boleh puaskan hati semua orang."

tiba-tiba my sis kena marah pula, "awak apa tahu? kita hidup ni kena berjiran! patutlah kau orang semua tak ada kawan dekat area rumah ni!"

haiiii yang part kawan tu saya dah rasa nak melenting. siapa yang tak bagi kami main-main kat luar masa zaman kanak-kanak dulu? bukan ibu ayah? asyik kena jerit masuk rumah, duduk diam-diam baca buku.

now bila dah besar panjang anak dara, nak marah pula bila kami tak kenal jiran keliling dan anak-anak mereka.

marah tak?


Yang dah nak meletup,
Ms Humaira

6 orang si cantik sudi komen:

cik enul said...

fuhh..agak berat kes ni..

bila berbalah ngan parents mmg susah nak argue..apatah lg win-win situation ..byk hati kena jaga...

tp, betol jugak, kalu nak kira cakap org sampai bila benda takdley setel..nak puaskan hati smua??mmg lg susah...

sabar jelah...sy doakan, mudah2an majlis nanti dipermudahkan...amin...

nuraien said...

YA ALLAH..
ada je ujian awk kan aisyah,satu persatu..huhu
banyakkan bersabar ye..Aien memang buat dekat umah,cz aien nak kan suasana meriah..Memang bajet jauh lg mahal,tp suasananye lain tau aisyah..Aien pnh pergi untuk majlis kawen yg berbeza(satu di rumah,and satu di dewan)seronok buat di rumah..
Kalau di dewan,lpas makan trus balik,sbb org lain nak duduk gak..klau di rumah,leh lepak2 lg..x kat bawah khemah,ada kat dlm rumah..memang kalau hujan,mjadikan 1 masalah buat kita..tp ini semua kata hati..kalau kata org pun x bgus gak..cz ini majlis kita..aisyah ckp lah slow2 ngan ayah aisyah..lgpun dh bg dipositkan

Puan Ekin Hoza said...

beratnya dugaan awk ni aisyah...
sedih sy baca...
hmm awk berdoa byk2 ye semoga hati parents awk lembut..
biasa ibu dan ayah ni memang ada pndapat masing2...tak sama..tapi yela kdg2 kite pun ada kehendak sendiri juga.
semoga sentiasa tabah. :)

Dell said...

Dear you,
Bersabar lah . kadang2 kite pun tak tahu betul ke tak kite buat keputusan . macam pepatah diluah mati mak, ditelan mati bapak . ;) Dell pun ade situasi yang lebih kurang sama macam ni. Tapi, Dell ikut kehendak mak ayah . nak tau kenapa ?
1) Dell kenal dulu mak ayah Dell sebelum Dell kenal Tunang dan family dia .
2) Dell minta balik deposit tapi suruh ayah yang call minta. Kalau dia tak bagi gak, bukan rezeki la tu . dell dapat balik half deposit .
3) Dell percaya, rezeki orang nak kawen, buat benda baik ni ade je . Tak berhenti dari Allah. ;)
4) Ape pun, discuss elok2 dengan parents if kelebihan tu ada banyak pada dewan.
5) Cuma kat sini, duit hantaran Dell digunakan untuk majlis di sebelah Dell .
6) Cube tanye if pihak dewan tu ade sediakan canopy+kerusi+meja for reception kat uma . jika ada, amik dia je lah . tak pun PA system tu. Kan dan untung kat situ walaupun tak gune dewan. Siapa tahu kan ?
Ape pun, berdoalah semuanya berjalan lancer okay ? ^__^

SitiHalisa [Lysa] said...

Huuhuu. Kes kita sama. Parents tak setuju kalau buat kat dewan. Especially ayah. PAdehal buat kat dewan lah lagi jimat. Saba jelah..

Aisyah Humaira said...

cik enul~
fuuuuu saya sangat berkira kalau dah melebihi bajet saya. haha. yelah, mana saya nak kaut duit lebih sob sob sob..


nuraien~
tapi kan aien.. rumah saya tak besar. jadi if buat kat rumah pun, saya tak boleh benarkan tetamu masuk :'( dan lepas bincang2, paling maksimum khemah boleh muat 140 orang dalam satu masa tapiiii dewan tu 300 orang dalam 1 masa.. haaa...


Miss Shikin~
yaa.. tapi penat juga.. kita seboleh2 nak jimat kos.. yelah, zaman sekarang bukan senang nak hidup.. kos sara hidup sangatlah tinggi..


Dell~
thanks dear.. rasa lega sikit.. saya rasa, kalau saya ikut cakap ibu ayah, insyaAllah, jalan tu Allah permudahkan :) lagipun si dia pun tak kesah saje..


Lysa Jai~
ye ke.. saba aje lah kan.. so then u ikut cakap parents?