blog review:
farhanna
atiqah
iShLiBeTiSh
jetsetter
elie lily
fazlien
banyak juga komen receive bila sehari tak buka blog ni. thanks for those who comment, especially entri Cancel Kahwin. ya, semua pasangan pun ada dugaan masing-masing dan saya redha.
sesiapa yang ada baca entri sebelum ni, Pilihan Kedua, mesti tahu apa yang sedang saya lakukan sekarang.
tapi kannnnn.... lepas banyak perbincangan dengan ibu ayah, sekarang ni nampaknya bukan kenduri kecil-kecilan lagi dah ni! dah nampak kenduri macam semua pasangan normal yang lain!
tapi syarat beli rumah dan semua duit hantaran untuk ibu tu masih kekal.
sebab tu saya masih memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk merealisasikan impian wedding yang best tapi dengan bajet yang affordable.
cakap pasal beli rumah, hari tu si dia bertanya, "habis tu, rumah untuk kita macam mana? takkan kita nak menyewa bertahun-tahun.."
saya hanya diam seribu bahasa. awak, kita hadapi semua ni sama-sama ye? insyaAllah ada rezeki kita nanti.
phew!
lupakan yang sedih mari kita senyum pada tarikh 11.11.11. dulu konon nak kahwin tarikh ni. tapi sebab berbulan juga pujuk ibu dan ayah, tak dapek den nak kahwin tarikh cantik ni. hehe.
since i dah pun booking dewan idaman hati i tu, now i nak kongsikan pengalaman i cari-cari dewan. i mulakan step untuk persediaan nikah ni dengan cari dewan. al-maklum, kat KL ni bukan senang nak dapat dewan. i mean yang affordable. ado banyak dewan hotel tu haaa tapi tak mampu i yuuu~
apa yang i listkan ni adalah dewan pilihan hati dan berdekatan dengan rumah. thee~
1. Stadium Titiwangsa (03-40239558)
- saya tak sure kena berurusan dengan siapa sebab untuk tempat ni, si dia yang call.
- still available from Mac to June 2012 (on the day si dia call tu. hujung oktober). masa dengar ni saya dah girang riang-ria dah.
tapiiii....
- harga dewan RM3800. *gulp* masa dengar je harga, terus cancel! tak mampu lah.
2. Dewan Serbaguna Datuk Keramat (call En. Razip 019-3438100 untuk dapatkan nombor telefon dewan ni)
apa yang i tulis untuk dewan ni ada 2 version.
a) Version Si Dia call
- RM100 per hour, minimum 8 hours = RM800.
- deposit RM600
- the only date available from Jan-June 2012 is 30th June
- cancel sebab June tu my sis ada exam. so tak boleh kacau.
b) Ayah pergi tanya sendiri ke sana
- RM100 per hour, minimum 8 hours = RM800
- diwajibkan ambil sewa karpet yang bernilai RM500, so total RM1300
- dewan kosong tak ada meja, kerusi, PA sistem
- ada air-cond
- date available, 18 April 2012 & 30 Jun 2012
3. Dewan Kampung Baru (03-26914793 En. Irwan)
- 3-4 hari call tak angkat pffftt!
4. Dewan Wangsa Maju (03-41428080 En. Mohd Rom)
- tempahan dibekukan sehingga Jun 2012. lepas Jun 2012 diorang tak berani ambil tempahan sebab belum dapat arahan kena beku ke tak.
- tak tahulah kenapa tempahan dibekukan tu -_-"
5. Dewan AU5, AU2 dan semua dewan di bawah jajahan takluk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) (03-42968000)
- ni saya tak call. tapi berdasarkan pengalaman kawan yang pernah buat kenduri di salah satu dewan MPAJ ni.
- meja kerusi disediakan
- rate, dia tak ingat
6. Dewan Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 (03-42566711)
- sila berurusan dengan guru besar. sebab masa saya call tu, kerani yang berkenaan minta saya bercakap dengan guru besar. tapi by time guru besar tak ada
- tapi menurut kata kawan ibu, rate dia, RM850
7. Dewan Sekolah Jalan Gurney 1 (03-26988475)
- tak dan nak call dah dapat dewan idaman hati muahaha..
8. Dewan Wisma Sejarah (03-26815388 En. Shahril)
- 6 jam RM1250
- air-cond, 300 kerusi, 30 meja bulat, PA sistem + technician, meja buffet, meja hadiah, meja makan beradab, bilik persalinan, bilik menunggu
ok, itu sahaja list yang saya ada. kawan-kawan boleh juga gugel 'Dewan DBKL', 'Sewa Dewan DBKL', bagi mereka yang bukan berada di jajahan takluk kawasan saya ni.
agak-agak yang mana satu dewan pilihan saya ye? hehe.
nak kongsikan statistik pagi ni,
ni pun nak 11 juga.. ahaha :P
Yg masih sedang design baju,
Ms Humaira
2 orang si cantik sudi komen:
wahhh susah jugak kan nk carik dewan area kl ni..umi pon bkl kawin bln mei..tgh cari2 dewan area kl jugakk
umi kalthum~
oh hai umi! salam perkenalan :)
cari dewan kat kl ni meeeemang susah. tapi kalau umi punya rumah dekat juga dengan sempadan kl-selangor, boleh try dewan area selangor. masih banyak berbanding dewan kl ni.. -_-"
Post a Comment