Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Saturday 19 November 2011

Lace vs Chiffon

Assalamualaikum Semua ^_^

mari kita cerita part-part yang happy untuk hari ni.

ingat tak saya ada cakap yang saya design sendiri baju-baju untuk wedding nanti?

tadi ibu tanya, bila nak finalize kan baju nikah dan baju sanding? dah confirm design ke belum?

saya macam termangu-mangu sekejap. saya tunjuk sepasang baju saya yang jenis kain chiffon. sebab saya nak jahit sendiri sulaman, manik atau apa sahaja hiasan atas baju tu.

tapi ibu kata, "tak payah lah nanti tak cantik.."

T_____T

mungkin sebab ibu tak pernah tengok hasil tangan saya dalam seni menjahit corak bagai ni...

ibu kata, "beli aje lah kain lace. senang. tak payah nak hias-hias apa dah. macam baju nikah siti nurhaliza tu."

"alaaa ibu, kain lace bosan lah. lagipun susah nak jumpa corak lace yang cantik.." <-- berdasarkan pengalaman temankan kawan-kawan lain cari kain untuk menikah.

tapi kan, bila tengok yang ini


alahaiiii cantiknya lace baju dia! tapi siti nurhaliza kot. mestilah lace dia ni memang yang mahal amat.

saya suka something yang flow, tak sarat. sebab masa nikah, saya nak sesuatu yang selesa. lagipun, kat masjid, tak mahu over sangat (plus pak imam, tok bilal, ajk masjid hampir semua kenal saya, malu kalau pakai over).

sebab tu saya pilih kain chiffon.

macam mana dengan kawan-kawan?


Yg Keliru,
Ms Humaira

5 orang si cantik sudi komen:

nuraien said...

btol2..nikah pakai simple2 je dah naik seri pegantin..nak over2 time sanding..br hot.hihi

Aisyah Humaira said...

nuraien~
kannn.. pastu baju tu boleh pakai lagi.. hehe..

mrs gold said...

kalau yakin baik wat sendiri, tp mesti ada backup plan ye :)

LeaQistina said...

Saya pilih lace, satin dan chiffon :-) combine tiga2 sekali... cuma design je xtau lg... huhu~

Aisyah Humaira said...

sik gold~
ya benerrr.. hahaha~

LeaQistina~
ye memang bes macam tu.. da macam2 design sekarang ni combine2 aje semua.. ngee~