Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 30 November 2011

Wedding in Breaking Dawn (Twilight Saga)

Assalamualaikum Semua ^_^

saya nak veranganssss kejap boleh?

hehe.

alaaaa boleh la plisss.. asyik berpijak di bumi yang nyata aje. sekali sekala nak juga terbang di kayangan.

haha.

siapa dah tengok breaking dawn?

oh oh. soalan ni khusus untuk peminat twilight saga. oh, yang tak minat twilight pun boleh cuci mata.

ye, saya memang peminat twilight saga yang baca buku sahaja sebab muvee new moon & eclipse tak sempat tengok.

sad life sad life. ni ke namanya peminat?

kesal woo tak dapat tengok muvee nan dua tu tapi takpe, da ada softcopy. haha.

saya baru tengok breaking dawn masa cuti ujung minggu hari tu bersama yang tersayang. ye, adik yang tersayang. nak ajak si dia? memang tak lah! katanya, "membazir tengok wayang. baik beli cd tengok kat rumah boleh berkali-kali.."

ok. tak nak lawan cakap dah.

kawan-kawan tengok tak wedding bella dengan edward tu?

meh meh saya nak bagi tengok..






mula-mula je dah bagi scene ni dan saya mula tekup mulut. cantiknya!!!
but my sis said, "tak payahlah nak berangan buat your wedding macam ni.."

punah harapan! T_________T



lepas tu zoom pula ke edward. saya nak pengsan! dua orang kesayangan yang kacak bergaya di situ! edward and carlisle!


 kenapa cantik sangat ni??



pengsan untuk kali kedua!



ok ok terpaksa bangun semula untuk tengok next scene

ni dah betul-betul pengsan! cantiknya! the hair-do, the dress.




nak kawan-kawan tengoklah sendiri. saya sakit jantung nak review.





credit gambar:
http://www.weddinginspirasi.com/2011/06/22/bella-swans-wedding-dress-carolina-herrera-resort-2012/

dan

http://news.instyle.com/2011/11/29/bella-wedding-dress-designer-carolina-herrera/


huwaa!! berair mata darah rasanya! i just love everything about bella & edwards wedding!

termasuk invitation card!

haha gila dengan invitation card yang simple ni pun saya boleh jatuh cinta. tapi serius saya memang suka tengok ke'simple'an ini.


tapi kan, saya tak boleh kot nak pakai baju macam tu. kenalah menutup aurat kan? tapi suasana wedding dia tu, aduhai, serius tak dapat nak gambarkan macam mana saya teramatlah jatuh cinta!

haha.

over tau! sangat hiperbola entri hari ni. and the love song pun sangat suwittt~


sampai my sis kata, "i will sing this song on your wedding day!"

so sweet!

nak nangis!


Yang Nak Tengok Breaking Dawn Lagi,
Ms Humaira

Monday, 28 November 2011

Kad Kahwin

Assalamualaikum Semua ^_^

esok saya ada interview. boleh lagi ligat menghadap laptop tak prepare untuk interview? hehe.

hari ni nak cerita pengalaman berdiskusi tentang kad kahwin. hehe.

ingat lagi entri ini? ye, saya ada upload punyalah banyak gambar sampel kad.

saya ada seorang kawan baik zaman sekolah, kita namakan sebagai F, yang buka kedai printing. masa mula-mula dia buka kedai tu, awal-awal lagi dia dah bagitau, "nanti nak kawen, print lah kad kahwin kat kedai i!"

so ini masanya untuk saya gunakan khidmat beliau.

kami set appointment. kebetulan si dia pun free masa tu, jadi kami pergi sama-sama.

sampai je tempat yang dijanjikan, F terus keluarkan sampel saiz kad,


haha. saya sebenarnya lebih teruja melihat warna-warni sampel kad tu sampai saya cakap,
"alahai, sampel saiz pun cantik!"

mulanya saya decide untuk design sendiri kad tu. F tinggal tolong print aje. dengan harapan dapat harga yang lagi murah lah. haha.

tapi entah macam mana F offer untuk designkan kad saya. dan saya pun macam teruja, terus kata ok. ceh!

F dah emelkan a few design dan saya masih dalam proses memilih dan ada benda sikit nak kena adjust *wink wink*

dengan F ni, F akan tanya kita, apa yang kita nak. berikut adalah spesifikasi kad yang kami nak:
  • tak mahu letak gambar kami. sebab ada sesetengah orang akan buang kad kahwin. so kami tak rela muka kami di'tongsampah'kan. plus kami tak ada pre-wedd photoshoot so memang sah-sah lah tak payah letak gambar kami pada kad.
  • tak mahu ada ayat al-quran atau doa-doa, nama Allah etc. sebab ada sesetengah orang tak sensitif isu macam ni. mungkin juga tak perasan kad kahwin mesti ada doa atau nama Allah. kad kahwin dicampak merata sahaja walhal ada nama Allah pada kad kahwin.
  • kami tak mahu typical design malay wedding card. yang ada tepak sirih atau gambar bunga ros bagai tu. haha. teruklah saya ni. bila MMS kat ayah si dia. ayah si dia pilih kad yang ada design tepak sireh tu. tapi kami tak mahu.
  • tak perlu peta. sebab saya akan print lain peta dan attachkan dengan kad dengan cara saya sendiri. haha. ni permintaan ayah saya.


so, penat juga my friend tu nak layan kerenah saya.

sesiapa yang berminat nak print kad kahwin, *sebenarnya dia designkan pun boleh*,

boleh contact beliau

fadzilnoor30@yahoo.com

kedai dia ada di klang. so sesiapa B2B area KL & Selangor, boleh lah gunakan khidmat beliau ^_^


Yang Sedang Memilih,
Ms Humaira

Kad Kahwin, Colour Palette & Macam-macam majlis

Assalamualaikum Semua ^_^


saya nak penuhkan entri ini dengan gambar-gambar sahaja, boleh? dah lama saya tak berblog di sini ;)

 apa yang saya buat hujung minggu ni?


mula-mula saya search colour palette untuk hantaran si dia. dia nak colour turquoise.










ok, dan saya pun dah dapat warna pilihan hati. dibantu oleh si dia. dia pun pilih warna apa yang dia suka dan rasa match.

kemudian saya sambung sketch baju nikah. tiba-tiba ternampak ini...

 from rumah kebaya malaysia. alahai cantiknya..



lepas tu pergi jumpa kawan yang akan print kan kad kahwin kami. he gives us price yang sangat-sangat affordable. saya minta print sahaja. yang akan design kad, bakal adik ipar. i mean, boyfie adik saya.


 ni beberapa saiz kertas. saya pilih yang tuuuuu.... wahaha..


 nampak kalkulator atas meja..



 nampak tak?


 letak tangan supaya dapat agak saiz sebenar kad.





then, ingat lagi entri majlis kelam-kabut tu?

mempersembahkan....

guestbook terjun yang saya tolong buat untuk pengantin beberapa minit sebelum majlis -_-" sangat menggunakan barang-barang terpakai. tah datang mana tah cebisan kertas tu. lepas tu, lubangkan kertas dengan kunci, potong reben pun dengan kunci. mana nak dapat momen macam ni? haha.

 itu bukan tangan saya. tak tahu lah tangan siapa itu.

 pen pun macam nak hilang dakwat -_-"


then ini majlis jiran saya. 20112011..

 cantiknya pelamin dia...


kemudian berjalan dengan si dia di jalan TAR. konon nak cari kain nikah. tapi saya memang tak suka lace! penat je pusing Jakel tu dan akak tu layan kami.

 dia suka ini..


 saya tak suka ini.. :'(


tapi ada satu benda yang si dia belikan yang buat saya terlonjak-lonjak kegembiraan.






taraaaa....




fuh fuh fuh! bersemangat waja nak ber-DIY ni! haha walaupun ibu puas down kan saya, tapi saya tak kira. saya nak buat sendiri juga hantaran ni!

"ada bunga plastik beli aje senang, tak payah susahkan diri macam ni.."

"saya tak rasa susah pun..."

"leceh tau kerja macam ni.."

"tak apa. yang penting kepuasan dengan hasil tangan sendiri." :)

ibu diam dengan jawapan saya. hehe.

ok, dah siap semua tu nanti saya tunjuk ye? tapi malu la. hehe.


Yang Gigih + Demam
Ms Humaira

Friday, 25 November 2011

Love is Accepting

Assalamualaikum Semua ^_^

entahlah, kenapa ye. saya nak tanya kawan-kawan, dugaan orang yang nak menikah ni memang sangat kuat ye?

tiba-tiba saya rasa, penat dengan semua ni. saya rasa give up. saya rasa semua benda saya kena buat.

paling tak tahan tadi,

sangat sibuk uruskan cop sana sini. saya nak minta tolong dia. tapi dia jawab,
"tak boleh la, banyak kerja hari ni..."

saya pun banyak kerja. sampai terpaksa time off. fikir dia je. semua nak suruh saya uruskan.

saya takut benda-benda kecil macam ni pun akan membuat saya meletup. dan jadi masalah suatu hari nanti.

saya tahu saya sangat panas baran. macam mana nak overcome benda ni? saya tak mahu jadi isteri derhaka nanti..

:'(

Yg nak jadi isteri mithali,
Ms Humaira

Wednesday, 23 November 2011

WW - 143 - I love you *blush*

Assalamualaikum Semua ^_^

thanks aien, cinta sang ratu, mizzAmy sebab komen kejadian debit card yang tak diingini tu. aisy~


mempersembahkan...


my first entry for wordless wednesday




143 - I Love You


oh 143 hari lagi ke. lambat lagi. tak apa. lambat lagi ke? lambat lagi kan... :D

kami kan... kami kan... tak pernah sebut words 143 ni.. haha..

malu la~

:D


Yang Dah Mula Slow Down Dengan Wedding Preparation,
Ms Humaira


p/s: 143 - I Hate You pun boleh kan? I Miss You.. apa lagi?

Tuesday, 22 November 2011

Kejadian Debit Card

Assalamualaikum semua ^_^

ingat lagi cerita yang saya janjikan dalam entri ini?

saya bukan kaki shopping. jadi selama saya hidup setakat ni, tak pernah menyopping lebih dari RM500 dalam masa sehari.

maka masa hari kejadian, jumlah belian pertama adalah RM400++.

ok lagi masa swap kad.

belian kedua, RM50++. pun ok lagi, kad takde problemo.

but then masa belian ketiga, yang bernilai RM50++, kad saya reject. cashier tu siap tunjuk machine tu kata kad reject. saya dah pelik. sebab tadi guna elok je? dah lah beratur panjang yang amat. orang belakang macam dah bising-bising.

kami dah kelam-kabut sebab kad debit si dia tak ada duit langsung dalam akaun *semua duit dia masuk dalam akaun saya* dan dalam purse saya hanya ada cash RM50! wallet si dia lagi lah tak ada cash sebab memang duit semua saya yang pegang. kad kredit? nan hado! sebab saya tahu saya boros jadi kad kredit hanya menguntungkan bank, bukan saya.

memang kami berdua blur yang amat sangatlah masa tu.

tapi alhamdulillah, akak yang beratur sebelah saya hulur RM10. saya rasa macam nak sujud syukur kat situ jugak! kami bayar belian ketiga tu dengan cash. dan si dia berlari *you know how big is 1Utama dan kami amatlah jarang ke sana dan memang tak tahulah kat mana nearest ATM!* cari ATM untuk withdraw all the cash untuk next purchase sebab takut kad saya dah tak boleh guna macam tadi.

saya pulak tunggu akak tu habis bayar barang dia kat cashier supaya lepas si dia sampai dengan cash di tangan, boleh ganti semula RM10 tu. but akak tu cakap, "dik, tak apalah, ambil aje lah RM10 tu. akak bagi je."

"eh, akak, janganlah macam tu, kak. saya kena ganti balik duit akak tu."

"tak apa akak bagi je. ye? ok, bye."

akak tu terus keluar Padini macam tu je. yang saya terpinga-pinga, blur sekejap. saya kol si dia, "akak tu kata tak payah ganti."

memang rasa nak sujud syukur kat situ sekali lagi!

macam ada rezeki tiba-tiba datang dari langit.

alhamdulillah. tak sangka pertolongan yang datang macam ni. itulah namanya rejeki kan?

then, kebetulan dalam 1Utama tu ada branch Maybankcard. jadi saya pergi kaunter, dengan harapan nak check masalah kad bank saya.

"cik, tadi masa saya guna debit card ni, rejected. padahal sebelum tu guna elok je. kenapa ye?"

"oh, rasanya cik dah over purchase limit dia. cik kena set purchase limit cik. by default, purchase limit is RM500 per day. so cik kena tukar purchase limit cik di mana-mana ATM Maybank.."

ok, begitu kisahnya. tu lah, siapa suruh tak ada hobi shopping. kan dah malu.

buat malu je

-_-"

Yang tahan malu,
Ms Humaira

Tips Beli Barang Hantaran

Assalamualaikum Semua ^_^

*peringatan: entri ini agak panjang*

haha. saya pun tak tahu nak classify benda ni as a tips or what. tapi kan, benda ni macam lebih kurang pengalaman saya semasa shopping barang hantaran laa...

1. decide berapa dulang balas berapa dulang yang nak dibeli
macam kami, sikit pun tak kisah. so kami decide, 5 balas 7. sebab apa? sebab saya fikir saya ada selama-lamanya insyaAllah bersama dia lepas menikah nanti jadi saya masih boleh minta macam-macam lepas ni. wahaha~

2. list kan barang-barang
supaya masa shopping tak ada benda yang tertinggal, tak ada dulang yang tak cukup

3. decide cara nak beli barang-barang
ada banyak cara boleh guna:
  • beli barang sendiri-sendiri dan pass kepada pasangan untuk digubah
  • beli sama-sama sekaligus
  • beli sama-sama tapi sebulan 1 barang
dan kami decide beli sama-sama sekaligus sebab saya perlukan pendapat dia untuk memilih barang. yelah, nanti saya pakai barang-barang tu pun, depan mata dia, dia yang nak tengok. tak cantik di mata dia, tak best pulak. hehe. dan memandangkan majlis kami berapa bulan sahaja lagi, cara membeli barang satu-satu setiap bulan amatlah tidak sesuai.

4. tunggu mega sale
hahahaha ya, kami tunggu Year End Sale. saya pasti kawan-kawan semua pun buat benda yang sama!

5. pilih shopping mall idaman hati
like me, saya saaangat suka shopping di JUSCO! entah. kenapa entah. jadi saya search jusco mana yang ada J-card Day pada minggu itu dan bila. kebetulan masa tu, Jusco Bandar Utama ada J-Card Day semasa hari yang kebetulan kami berdua memang apply cuti ^_^ sambil shopping, sambil dapat baucer muahahaha

6. sila keluar awal pagi
dah nama pun J-card Day, confirm-confirmlah parking sesak -_-" dah lah 1Utama tu memang dah sebesar-besar alam. kami hanya dapat parking kat roof, atas parkson pulak tu. terpaksalah berjalan ke hujung dunia untuk ke Jusco. :'(

7. terus pergi ke tempat jual barangan yang dah listed!
penting supaya anda tak terbeli not-listed item dan menyebabkan amount yang anda bayar nanti lebih dari apa yang anda bajetkan! dan ini yang terjadi pada saya sob sob sob tapi semua sebab si dia yang sangat gilakan baju & seluar dari Giordano & Padini T_____T menangis masa nak bagi kad debit kat cashier tu swap swap sob sob sob

8. pastikan kad debit anda dah di'adjust' purchase limit
ni bagi mereka yang memang shopping guna debit card macam saya yang takut nak pegang cash banyak-banyak sebab memang jenis careless kadang purse letak tah kat mana. -_-"

saya ada satu cerita nak dikongsikan tentang perkara ini yang akan saya tulis di next entry. stay tune, ok?

9. lepas beli barang idaman, jangan pandang dah yang lain!
seriously saya geram betul part ni! bila pilih yang ni, takut-takut, eh, nanti ada yang lagi murah dan lagi lawa! dan it happens twice. saya dah pusing kat semua seksyen kasut untuk cari kasut idaman hati dan sesuai dengan citarasa anak tekak. dah penat-penat, last-last pilih 1 jenama ni. harga lebih RM15 dari bajet saya. tapi saya fikir, tak apalah, RM15 je. saya pun grab. lepas bayar, tiba-tiba 'termasuk' dalam kedai vincci dan saya nampak kasut yang jauh lebih cantik dan selesa tapi harga lebih rendah RM15 dari bajet saya! LEBIH RENDAH DARI BAJET, ok? geramnya! si dia dah gelakkan saya kat situ jugak! -_-"

handbag pun. lebih RM45 dari bajet. dan di vincci handbag yang cantik tu kurang RM25 dari bajet saya.

rasa nak pulang balik je kasut dan handbag yang dah bayar tu.
-_-"

itu sebab saya tak suka shopping.


balik rumah terus tidur.


Rasa nak tukar kasut & handbag hantaran,
Ms Humaira

Monday, 21 November 2011

2 Tarikh? & List Hantaran

Assalamualaikum Semua ^_^

kelakar lah ibu dan ayah ni tau! saya rasa nak cium-cium pipi sorang-sorang.

hari tu kata nak cancel dewan kan?

but lepas aje ayah habis merewang bersama kawan-kawan di majlis seorang jiran semalam (20112011), tiba-tiba dia kata kepada ibu,
"penat juga kan buat kat rumah sendiri macam ni, kita buat kat dewan aje lah senang. kalau buat kat rumah banyak lak kena fikir.."

maka ibu menyampaikan kata-kata ayah ni kepada saya.

serius saya pening ni. yang mana satu pilihan hati ayah dan ibu.

haiyoo. macam mana sekarang ni? nasib baik dewan tu memang dah tempah dan saya tak berani lagi nak cancel booking since ibu dan ayah pun tak stabil macam ni.

dan kami pula decide macam ni.

1. kalau buat di rumah, kami nak adakan majlis lebih awal dari tarikh majlis di dewan. sebab tarikh yang sebelum ni berdasarkan availability dewan. so since guna khemah, suka hati kami lah nak letak tarikh majlis bila, kan? *bergantung cuti semester adik saya yang di universiti. sebab kalau buat di rumah, saya amat amat amat amat memerlukan khidmat dia untuk mengemas rumah!muahaha~*

2. kalau buat kat dewan, kita ikut sahaja rancangan asal.

ok.

kami dah siap beli barangan hantaran yang berupa barangan. bukan makanan. makanan nanti-nantilah. dah dekat tarikh baru beli. takkan nak beli sekarang?

ini senarai barang hantaran.


5 balas 7


untuk si dia
  • cincin
  • kasut
  • wallet & belt
  • jaket
  • set perfume & mandian
  • jam
  • coklat/manisan/buah/kek


untuk saya
  • cincin & maskahwin
  • handbag
  • kasut
  • telekung
  • coklat/manisan/buah/kek


eh, ada lagi yang belum beli rupanya? -_-" dah malas nak pergi cari. sebab kami ni terbalik. selalunya perempuan yang lebih excited shopping dan tengok sale sana sini kan, tapi yang ni lain. si dia lebih SUKAAA shopping berbanding saya. dia yang akan beli banyak not-listed item berbanding saya. nak marah kang, duit dia... -_-"

tapi kan, si dia tak pakai jam. dia kata kalau saya bagi jam pun, dia akan bagi saya yang pakai. takkan saya nak pakai jam lelaki?

si dia tak mahu kain pelikat (eh, betul ke eja ni?), sejadah, al-quran, shirt & pants (sebab dah ada jaket).

saya dah buntu dah ni.

any idea nak ganti jam tu dengan apa wahai kawan-kawan?


Yang Tak Tau Nak Beli Apa,
Ms Humaira


(p/s: bila ibu tengok senarai ni, dia mengamuk kenapa tak ada sirih junjung. eh, what for? tu adat aje kan?)







Saturday, 19 November 2011

Majlis yang Kelam-kabut

Assalamualaikum semua ^_^

tadi saya pergi event seorang adik kawan baik saya di dewan tuuuttt *dewan yang sepatutnya bakal jadi dewan majlis saya nanti*. tiba-tiba saya jadi bidan terjun!

majlis berlangsung lepas maghrib. tapi pukul 5.00 petang, kawan baik saya (kita bagi nama dia, S), call
"ada simpan phone number person in charge dewan tuttttt tak? pelamin orang yang guna dewan ni tengahari tadi belum angkat lagi!"

nasib baik saya memang ada phone number dewan tutttt kan...

dah pukul 5 ni.

saya pun bagi phone number dewan tuttt...

then pukul 6 petang S call saya lagi,
"please guide me ke dewan tu! i tak tau jalan!"

heh? ye, selama ni saya yang bawa dia ke dewan tu. jadi tak hairan kalau dia tak tau jalan. plus S memang jenis tak ingat jalan. -_-"

pukul 6.30 (sila jangan terperanjat sebab banyak call. saya dah jadi macam salah seorang ahli keluarga lah pula kan) S call lagi,
"ada tak alas meja panjang? meja hadiah ni tak ada alas! terlupa kita ada meja hadiah..."

choyyy~~ saya pun godeklah almari ibu cari alas meja panjang -_-"

pukul 6.45,
"bawakkan laptop please!"

ok.

7.00pm,
"u dah print ke tentatif?"
"aik? tadi pagi i tanya, nak print ke tak, tak reply pun. i thought u tak nak i print tentatif tu."
"plis plis plis! i need it!"

susah dia ni.

adik dia yang kahwin, tapi dia yang urus semua dari A-Z.

nasib baik ada kawan baik macam saya. *berlagak pulak heheh*

lepas solat maghrib, saya bergegas pergi print, then pecut ke dewan tutttt. *nasib baik dewan dekat dengan rumah.*

"ya, thanks for coming, dear!"

dan tiba-tiba i jadi bidan terjun sambut tetamu dan bagi doorgift. -_-"

dan dan dan dan

jadi bidan terjun juga tiba-tiba buat guestbook terjun (eh, ada ke istilah tu?).

baju pengantin sampai lewat. *bersanding pukul 8.15pm, baju sampai 9.30pm!* nasib baik pengantin ada baju spare. *gila tak gila!*

tempat letak kek tingkat pun lambat sampai. nasib baik caterer baik hati. susun kek tingkat guna gelas berkaki.

pelamin harga RM1000++ tapi macam pelamin tak siap. serius! si dia pun cakap macam tu. my parents also.

penari pakai t-shirt jersey dan, erkkk seluar jeans?

bekas merenjis, orang pelamin lupa bawa *boleh ke macam ni??*

wah, saya pula yang macam nak mengamuk sebab saya macam 'AJK tak langsung' untuk majlis tu.

ye, mari kita buat post mortem,
  • awal-awal kena assign siapa bagi doorgift, siapa buat tu, siapa buat ni...
  • semua kena buat checklist
  • kita kena bayangkan kita di hari kejadian masa buat checklist
  • bagi tahu ibu ayah yang kita ada guestbook
  • sila letak doorgift dekat hujung sekali buffet station, lepas ambil makanan, orang terus ambil doorgift. tak adalah terkial-kial depan pintu masuk dewan, semak ramai-ramai sementara tunggu saya bagi doorgift
  • review semua apa yang di'provide' vendor dan buat perjanjian. kalau tarian, kompang, silat, tengok dulu performance diorang sebelum-sebelum ni. *please desak minta video atau survey majlis yang diorang buat, kalau tak, kita tak tau macam mana performance diorang*
  • baju pengantin sila ambil sehari sebelum majlis, tu dah paling lewat dah tu!
apa lagi ye?

saya bukan nak komplen majlis orang. ini hanya catatan saya sebagai pengalaman untuk saya. kita kena belajar dari pengalaman kan? dan saya harap apa yang saya kongsikan di sini, B2B di luar sana pun dapat ambil iktibar, supaya kita tak ulangi kesilapan di majlis kita pula. saya tak berniat buruk langsung. maaf.. :'(

tapi sebenarnya memang banyak perkara tak terjangka yang berlaku dalam majlis begini. terpulang pada kita nak cope macam mana. contohnya, 'guestbook terjun' tu. theee~ yelah, takkan ada yang perfect kan.

ok, nak tidur. esok ada lagi 5 jemputan.

till meet you again

xoxo

Yang Jadi Bidan Terjun,
Ms Humaira


Lace vs Chiffon

Assalamualaikum Semua ^_^

mari kita cerita part-part yang happy untuk hari ni.

ingat tak saya ada cakap yang saya design sendiri baju-baju untuk wedding nanti?

tadi ibu tanya, bila nak finalize kan baju nikah dan baju sanding? dah confirm design ke belum?

saya macam termangu-mangu sekejap. saya tunjuk sepasang baju saya yang jenis kain chiffon. sebab saya nak jahit sendiri sulaman, manik atau apa sahaja hiasan atas baju tu.

tapi ibu kata, "tak payah lah nanti tak cantik.."

T_____T

mungkin sebab ibu tak pernah tengok hasil tangan saya dalam seni menjahit corak bagai ni...

ibu kata, "beli aje lah kain lace. senang. tak payah nak hias-hias apa dah. macam baju nikah siti nurhaliza tu."

"alaaa ibu, kain lace bosan lah. lagipun susah nak jumpa corak lace yang cantik.." <-- berdasarkan pengalaman temankan kawan-kawan lain cari kain untuk menikah.

tapi kan, bila tengok yang ini


alahaiiii cantiknya lace baju dia! tapi siti nurhaliza kot. mestilah lace dia ni memang yang mahal amat.

saya suka something yang flow, tak sarat. sebab masa nikah, saya nak sesuatu yang selesa. lagipun, kat masjid, tak mahu over sangat (plus pak imam, tok bilal, ajk masjid hampir semua kenal saya, malu kalau pakai over).

sebab tu saya pilih kain chiffon.

macam mana dengan kawan-kawan?


Yg Keliru,
Ms Humaira

Thursday, 17 November 2011

Misi Mencari Khemah : Gagal

Assalamualaikum Semua ^_^

ingat lagi entri yang ini? sebenarnya petang tu, saya ada appointment dengan vendor untuk kanopi. saya seorang. sebab si dia kerja overtime on that day. so saya set appointment di kedai makan depan office sajoh. tak perlu nak jalan jejauh. hehe.

saya terus wrap up apa yang saya perlukan ye?
  1. kanopi lengkap dengan meja, kerusi, lampu, kipas, alas meja & hiasan
  2. tray lauk (sebab saya masak sendiri)
  3. peralatan untuk makan, pinggan, sudu, garfu, gelas, water container
  4. hiasan meja beradap dan set peralatan makanan pengantin
  5. pelayan untuk angkut pinggan kotor
  6. gerbang, walkway, carpet merah
  7. meja buffet station, meja makan beradap, meja hadiah
  8. PA system

ok, then lepas jumpa abang tu, what he can offer to me?
- arabian canopy lengkap dengan item 1 yang disebut di atas, berharga RM400 per canopy. 4 meja, 40 kerusi.
- pyramid canopy lengkap dengan item 1, RM350 per canopy, 4 meja, 40 kerusi
- item 2, 3, 5 dia akan hantar quotation. sebab saya request untuk 550 pinggan atau 200 pinggan (ni mesti sebab kira per item)
- tambahan RM150 untuk item 4, 7
- item 6 akan direview semula
- tambah RM300 untuk item 8


if saya ambil 4 kanopi, muat untuk 140 orang,
a) untuk arabian canopy,
1 + 8 + 4 + 7 = RMRM2150

b) untuk pyramid canopy,
1 + 8 + 4 + 7 = RM 1850

belum masuk item 2, 3, 5, 6.

awal-awal lagi dah lari dari bajet asal T_____________T

kalau dewan, sewa dewan, meja, kerusi dan semua item di atas, = RM 2250

macam mana ni?

kawan-kawan ada number contact canopy yang agak affordable tak? pening dah ni -_-"


Yang dah lari bajet,
Ms Humaira

Wednesday, 16 November 2011

Jcard Day at Jusco One Utama

Assalamualaikum semua ^_^

hot gossipppp here!

saya baru lepas shopping mopping dengan si dia di jusco one utama sempena Jcard Day!

so kepada mana-mana B2B sekitar KL dan Selangor, yang masih ada barang yang belum dibeli, cepat-cepat serbu!

16-17 November 2011
Jusco One Utama
until 11pm

saya sempat shopping barang-barang hantaran sampai dapat baucer jusco agak banyak lah jugak.

theee~ segera cepat ke sana ye!

Yg Sedang Garu Kepala Tengok Banyak Barang Hantaran,
Ms Humaira

*p/s: saya belum berkesempatan nak baca sungguh-sungguh komen kawan-kawan, btw thanks! saya tahu anda semua pemberi semangat dan inspirasi untuk saya terus di jalan ini!

Tuesday, 15 November 2011

Harga Kanopi Berapa Ya?

Assalamualaikum Semua,

saya nak tanya ni, standard harga sewaan kanopi dan segala peralatannya termasuk meja kerusi semua berapa ye di KL ni?

*maaf sangat busy tak sempat nak balas komen. hope dapat feedback dari kawan-kawan. thanks!*

Spread Love,
Ms Humaira

Monday, 14 November 2011

Cancel Dewan Pula!

Assalamualaikum..

dah tak larat lah dengan segala jenis argument ni. dah sangaaattttt malas layan.

sebab apa?

suddenly ayah suruh cancel booking dewan tu! dah bayar RM350 kot. then ayah kata, kan boleh dapat semula duit booking tu if batalkan tempahan lebih sebulan dari tarikh tempahan? pffttt -_-"!

ayah said, buat kat rumah aje lah. kita pasak khemah.

saya bukan apa, kawasan rumah saya bukanlah luas. lorong-lorong kecil aje walaupun namanya duduk kat KL. eh, jangan ingat orang-orang KL duduk rumah besar-besar macam kat Bukit Antarabangsa tu aje ye.

*maaf kalau bahasa sangat kasar hari ni. mood sangat marah + PMS. benci!*

alasan ayah untuk buat / pasak khemah:
- jiran-jiran keliling ramai boleh tolong untuk rewang (masak ramai-ramai) dan tolong-tolong angkut pinggan (since saya tak guna katering sebab lauk-pauk yang saya nak tak ada kat katerer malaysia ni!)
- kawan-kawan ayah semua claim ayah ni macam tak mahu berjiran, tak mahu bermasyarakat, macam hidup sorang-sorang aje kat sini, apa berlagak sangat buat kat dewan? *damn, buat kat dewan lagi murah dari pasak khemah kot! siapa yang keluar duit sekarang ni? saya ke kawan-kawan ayah tu?*


benci! sebab bila dah cancel dewan, so tarikh untuk 'pasak khemah' tu pun belum tetapkan lagi lah maknanya.

saya dah sangat bengang. sebab, family si dia masih menanti-nanti keputusan akhir dari family kami. tapi ayah buat macam ni pula. tak ada final decision! please lah, time is running out! dan banyak benda tak boleh nak proceed kalau benda besar macam ni belum finalize! benci!

alasan saya untuk buat di dewan:
- very convenient! dah ada PA system, segala serba-serbi lengkap.
- parking provided. so tak menyusahkan jiran tetangga dekat area rumah saya tu untuk alihkan kereta mereka yang di parking di tepi jalan sahaja demi untuk saya pasak khemah!
- in case hujan, dalam dewan masih selamat
- sewa dewan dan segala kelengkapan ni lebih murah 2 kali ganda dari pasak khemah, ok!

bila saya claim macam ni, ayah kata, awak ni tak bermasyarakat, standard la kalau ada kenduri kahwin, orang block jalan.

saya tak mahu macam tu. tak semua orang suka.

saya bagi alasan lagi. kalau pasak khemah, semua ni dah lari dari bajet saya. dah lah saya kena cari duit lain untuk kenduri sebab duit hantaran tu 100% untuk ibu ayah. mana saya ada duit lagi nak bayar khemah yang 2 kali ganda dari sewa dewan tu?

boleh pula ayah kata, ibu rela hati korbankan duit hantaran awak untuk topup duit yang awak tak cukup untuk kenduri.

entahlah. bila saya call si dia dan cakap hal ni, si dia kata,
"tak apelah. lagi bagus buat kat rumah. jadi maknanya, walaupun dah booking dewan, kita punya tarikh tu masih tak confirm lah ye? ayah boleh je suka-suka hati nak cancel. kena fikir family kami juga. dah 2 kali kita cancel ni."

saya sentap ok! malu nak mengadap bakal mak pak mertua. maluuu!!!!

ayah ibu siap ugut-ugut saya, kalau saya masih berkeras untuk buat di dewan, ibu ayah takkan ambil tahu dah pasal wedding saya. saya settlekan aje lah semuanya sorang-sorang. nanti hari majlis ibu ayah tinggal sambut tetamu sahaja.

pening!

my sis try backup saya. dia kata kat ayah, "ayah, kalau ayah sibuk nak isukan hal 'nanti orang kata apa', baik tak payah. orang keliling memang takkan henti mengata. kita buat macam ni salah, macam ni salah. takkan kita boleh puaskan hati semua orang."

tiba-tiba my sis kena marah pula, "awak apa tahu? kita hidup ni kena berjiran! patutlah kau orang semua tak ada kawan dekat area rumah ni!"

haiiii yang part kawan tu saya dah rasa nak melenting. siapa yang tak bagi kami main-main kat luar masa zaman kanak-kanak dulu? bukan ibu ayah? asyik kena jerit masuk rumah, duduk diam-diam baca buku.

now bila dah besar panjang anak dara, nak marah pula bila kami tak kenal jiran keliling dan anak-anak mereka.

marah tak?


Yang dah nak meletup,
Ms Humaira

Friday, 11 November 2011

Tag dari Lala

Assalamualaikum Semua ^_^

tiba masa untuk saya bayar hutang  dari lala ;)

1.You must post these rules.

2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.


eh, banyak angka 11? kebetulan hari ni pun 11111 kan :D

err.. alamak.. macam susah je nak tunaikan.

syarat 1 - DONE

syarat 2 - 11 things about myself
1. menggunakan nama samaran 'Aisyah Humaira' di blog ini (nama sebenar akan diketahui nanti. mungkin masa nak dekat menikah nanti kot ^_^)
2. sekarang asyik buka youtube sahaja, cari tutorial pakai shawl untuk dipakai di hari bersejarah nanti ^_^
3. tengah tunggu sale hujung tahun
4. konon nak kahwin pada 11111 :P
5. macam nak DIY semua wedding stuff tapi ibu suka down kan saya dengan ayat, "boleh ke awak buat?" plus nada sinis. oh, sangat down!
6. sedang ikat perut dengan lunch RM2 sehari di office
7. tak habis-habis men-design baju sendiri :D satu kepuasan
8. tak suka handbag. sebab tu tak mahu handbag mahal untuk hantaran. cantik dipandang dah cukup.
9. nak kek secret recipe 3 tingkat untuk wedding nanti, boleh?
10. lebih suka teh dari kopi. err, memang tak sentuh kopi :P *habislah, si dia suka kopi*
11. tak minum ais :D

syarat 3 - jawab soalan lala dan create soalan sendiri

  1. Nama kt blog? - Aisyah Humaira
  2. Berapa Adik beradik?anak ke? - 3 adik beradik, anak pertama
  3. Left Handed or Right Handed? - right-handed
  4. Warna kesukaan?sbb? - tak ada yang betul-betul minat. semua pun suka :D
  5. Handphone korang guna skang? - Sony Ericsson W880i & Nokia 5230
  6. Kereta idaman korang?sbb? - dah dapat dah pun Saga FL :) sebab sangat affordable & selesa di bawa balik kampung dan letak stroller anak *jauh dah fikir*
  7. korang layan lagu ape skang?yg tiap2 hari korang dgr... - timeless by kelly clarkson
  8. candy buffet,perlu atau tidak?kalu perlu sbb ape? - untuk saya, tak rasanya sebab sedang mengawal perbelanjaan kenduri
  9. on9 shop yg best?suggestion.. - baru 2 kali shopping online dan tak suggest :P
  10. senaraikan tempat "hornymoon" yg best?kasi 2,3 tempat....hehehe.. - wahhh... istanbul maybe? tapi untuk dalam negara, i choose kampung si dia *sebab saya tak pernah masuk kampung dan sangat teringin untuk duduk kampung berdua, hantar mak ayah family dia duduk kat KL kejap sementara kami di sana :P
  11. Cincin ke Gelang?sbb? - cincin untuk menikah sebab saya belum ada sebarang barang kemas. plus cincin tunang dan risik pun tak ada sebab tak ada majlis tu semua :'(


create soalan sendiri? tak reti!

syarat seterusnya memang tak dapat saya tunaikan.

maaf ye, lala...

:'(

Yang Bersalah,
Ms Humaira

Dewan Sekitar KL

Assalamualaikum Semua ^_^

blog review:
farhanna
atiqah

jetsetter
elie lily
fazlien

banyak juga komen receive bila sehari tak buka blog ni. thanks for those who comment, especially entri Cancel Kahwin. ya, semua pasangan pun ada dugaan masing-masing dan saya redha.

sesiapa yang ada baca entri sebelum ni, Pilihan Kedua, mesti tahu apa yang sedang saya lakukan sekarang.

tapi kannnnn.... lepas banyak perbincangan dengan ibu ayah, sekarang ni nampaknya bukan kenduri kecil-kecilan lagi dah ni! dah nampak kenduri macam semua pasangan normal yang lain!

tapi syarat beli rumah dan semua duit hantaran untuk ibu tu masih kekal.

sebab tu saya masih memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis untuk merealisasikan impian wedding yang best tapi dengan bajet yang affordable.

cakap pasal beli rumah, hari tu si dia bertanya, "habis tu, rumah untuk kita macam mana? takkan kita nak menyewa bertahun-tahun.."

saya hanya diam seribu bahasa. awak, kita hadapi semua ni sama-sama ye? insyaAllah ada rezeki kita nanti.

phew!

lupakan yang sedih mari kita senyum pada tarikh 11.11.11. dulu konon nak kahwin tarikh ni. tapi sebab berbulan juga pujuk ibu dan ayah, tak dapek den nak kahwin tarikh cantik ni. hehe.

since i dah pun booking dewan idaman hati i tu, now i nak kongsikan pengalaman i cari-cari dewan. i mulakan step untuk persediaan nikah ni dengan cari dewan. al-maklum, kat KL ni bukan senang nak dapat dewan. i mean yang affordable. ado banyak dewan hotel tu haaa tapi tak mampu i yuuu~

apa yang i listkan ni adalah dewan pilihan hati dan berdekatan dengan rumah. thee~


1. Stadium Titiwangsa (03-40239558)
- saya tak sure kena berurusan dengan siapa sebab untuk tempat ni, si dia yang call.
- still available from Mac to June 2012 (on the day si dia call tu. hujung oktober). masa dengar ni saya dah girang riang-ria dah.
tapiiii....
- harga dewan RM3800. *gulp* masa dengar je harga, terus cancel! tak mampu lah.


2. Dewan Serbaguna Datuk Keramat (call En. Razip 019-3438100 untuk dapatkan nombor telefon dewan ni)
apa yang i tulis untuk dewan ni ada 2 version.
a) Version Si Dia call
- RM100 per hour, minimum 8 hours = RM800.
- deposit RM600
- the only date available from Jan-June 2012 is 30th June
- cancel sebab June tu my sis ada exam. so tak boleh kacau.

b) Ayah pergi tanya sendiri ke sana
- RM100 per hour, minimum 8 hours = RM800
- diwajibkan ambil sewa karpet yang bernilai RM500, so total RM1300
- dewan kosong tak ada meja, kerusi, PA sistem
- ada air-cond
- date available, 18 April 2012 & 30 Jun 2012


3. Dewan Kampung Baru (03-26914793 En. Irwan)
- 3-4 hari call tak angkat pffftt!


4. Dewan Wangsa Maju (03-41428080  En. Mohd Rom)
- tempahan dibekukan sehingga Jun 2012. lepas Jun 2012 diorang tak berani ambil tempahan sebab belum dapat arahan kena beku ke tak.
- tak tahulah kenapa tempahan dibekukan tu -_-"


5. Dewan AU5, AU2 dan semua dewan di bawah jajahan takluk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) (03-42968000)
- ni saya tak call. tapi berdasarkan pengalaman kawan yang pernah buat kenduri di salah satu dewan MPAJ ni.
- meja kerusi disediakan
- rate, dia tak ingat


6. Dewan Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 (03-42566711)
- sila berurusan dengan guru besar. sebab masa saya call tu, kerani yang berkenaan minta saya bercakap dengan guru besar. tapi by time guru besar tak ada
- tapi menurut kata kawan ibu, rate dia, RM850


7. Dewan Sekolah Jalan Gurney 1 (03-26988475)
- tak dan nak call dah dapat dewan idaman hati muahaha..


8. Dewan Wisma Sejarah (03-26815388 En. Shahril)
- 6 jam RM1250
- air-cond, 300 kerusi, 30 meja bulat, PA sistem + technician, meja buffet, meja hadiah, meja makan beradab, bilik persalinan, bilik menunggu



ok, itu sahaja list yang saya ada. kawan-kawan boleh juga gugel 'Dewan DBKL', 'Sewa Dewan DBKL', bagi mereka yang bukan berada di jajahan takluk kawasan saya ni.

agak-agak yang mana satu dewan pilihan saya ye? hehe.

nak kongsikan statistik pagi ni,

ni pun nak 11 juga.. ahaha :P


Yg masih sedang design baju,
Ms Humaira



Wednesday, 9 November 2011

Baju Kahwin

Assalamualaikum ^_^

mula-mula ternampak ini,








kemudian teringat ini,



tiba-tiba jari menari-nari sketch sepasang baju.

hehe.

may dream comes true ^_^


Yang Sibuk Men-design
Ms Humaira

Dewan Lagi (Part 3)

Assalamualaikum semua! ^_^

eh, banyak betul part dewan ni kan?

lepas perbincangan dengan ibu ayah malam tadi, nampaknya, memang insyaAllah confirm majlis kami akan diadakan di dewan tuuuutttt *akan di'reveal' bila dah dekat tarikh nanti. lokasi: kuala lumpur. ok, dewan yang sama yang saya poskan pada entri ini. dapat juga dewan idaman hati. hehe*.

saya dah bagi duit deposit kepada ayah. sebab hari ni macam tak boleh keluar office. time off semalam belum ganti. hehe.

insyaAllah majlis kami akan berlangsung pada bulan mei 2012 *bulan kelahiran saya*.

rasa macam lamaaaaa lagi. ke sekejap je sebenarnya? hehe.

saya baru beli expanding file. konon nak letak material, resit-resit sepanjang wedding plan ni. oh, saya memang seorang yang teliti juga macam ayah. dan everything kena ada black & white. that is my style.

ni kalau si dia tahu saya beli fail harga RM18 tapi lepas tu lunch dengan nasi kosong yang berharga RM1 sahaja ni, mesti dia marah.

thee~

fail beli mahal-mahal tapi isi perut dengan nasi kosong aje.

nak kongsi ni,


hehe.

cantik tak?

otak ligat berfikir apa yang boleh saya buat lagi ni.



Yang baru lega 1%,
Ms Humaira

Tuesday, 8 November 2011

Deko Hantaran

Assalamualaikum Semua ^_^

thanks rara and nuraien sebab komen previous entri.

to rara, tu lah pasal. dewan bukan murah kan :'( tambah masa, tambahlah duit. sob sob sob.

to nuraien mungkin betul. kita tak tau apa dalam fikiran ayah kita. huhu.

tak tau kenapa saya rasa tak sedap hati sikit. tak apalah, saya masih positif ^_^

oleh sebab hal dewan belum boleh settle, maka saya alihkan perhatian saya kepada sesuatu yang lain pula. yang saya boleh buat sendiri tanpa melibatkan orang lain.

supaya tak sakit hati.

dan supaya saya puas hati.

hehe.

saya decide untuk buat sendiri hantaran untuk si dia.

saya sukakan kepuasan dalam membuat sesuatu kerja. dan ini adalah majlis perkahwinan kami. sekali sahaja seumur hidup ni insyaAllah. jadi haruslah saya hendakkan KEPUASAN tu ada. ye, tak perlu bajet tinggi, yang penting saya puas dengan hasil air tangan sendiri. walaupun dare sahut cabaran first time nak melenggok tangan menjadi lebih kreatif. ye, saya ni tak kreatif pun!

kami decide warna base untuk majlis kami adalah silver. silver yang macam mana?


haaa tak tak tak ye ye memang wedding dress ni sangat cantik tapi tak mungkin saya pakai dress ini. saya nak silver yang macam ni. ye, ye saya tahu warna ni dah sangat common. tapi pada saya, nampak elegen kalau berwarna perak. lagipun bakal suami berasal dari perak *eh, apa kaitan?*

then si dia memilih turquoise untuk digabungkan dengan silver itu.

saya cuba gugel colour palette. sangat rambang mata. macam mana ni?







hurrmmm

macam tak ada yang berkenan di hati je.

penat je search warna palette ni, sudahnya saya fikir sendiri je, warna lain yang sesuai digabungkan dengan silver dan turquoise idaman hati si dia.

tunggu sale hujung tahun ni untuk beli barang hantaran.

biasa ada sale kan?

kawan-kawan semua beli barang hantaran macam mana ye?

Yg nak buat hantaran,
Ms Humaira.

Dewan Lagi (Part 2)

Assalamualaikum Semua ^_^


ingat lagi entri ini?

saya baru lepas balik dari tengok dewan tadi. kebetulan si dia pun ada kesempatan turun KL sekejap untuk tengok dewan. so, saya, ibu ayah, si dia dan sorang officemate pergi tengok dewan tu. saya sangat berharap dapatlah bayar deposit dewan tu hari ni dan saya akan rasa, phewww!~ legaaa....

tapi tadi, ya, ayah seorang yang sangatlah teliti, very detail person, every inch kena tengok. pada saya, saya memang dah 100% berpuas hati dengan dewan tu. harga yang sangat affordable dengan parking yang selesa, kerusi, meja, PA sistem, tempat loading barang, pantri, bilik persalinan, tandas dan surau yang memang sangat-sangat pada saya, complete lah kan, tapi muka ayah macam ada sikit kurang puas hati sikit. saya tak tau kat mana lagi kekurangan dewan tu tapi dia kata tadi, "nanti balik kita bincang lagi..."

pffttt...

saya dah penat nak bincang hal dewan lagi. sebab banyak lagi perkara dalam kepala saya ni yang rasanya perlu diselesaikan. selagi tak bayar deposit dewan ni, saya tak tenang.

dah lah dewan ni pilihan ramai orang.

takut tarikh tu nanti dah tak available.

siapa yang nangis nanti?

T______T

mungkin sebab dewan tu maksimum 250 orang sahaja pada satu-satu masa. jadi ayah risau kalau peak hour macam mana? takut orang tak dapat tempat duduk.

:'(

adoiiiiii dewan lain sangatlah mahal...

macam mana nak pujuk ayah kejap lagi ye?


Yang nak dewan,
Ms Humaira.

Dewan Lagi

Assalamualaikum ^_^

banyak betul isu berkaitan dewan ni. kerana dewanlah yang menentukan tarikh kami disatukan. dewan punya pasal tu? selalunya pengantin bebas memilih tarikh yang diorang suka untuk melangsungkan hari pernikahan mereka, tapi yang kami ni, bergantung pada tarikh dewan available :) haha...

sebab family saya nak habiskan one shot. pagi nikah, tengahari kenduri. dah, settle. :)

ok, hari raya aidiladha hari tu ada mesyuarat besar keluarga. banyak juga isu yang dibincangkan berkenaan majlis kami ni. tapi paling utama, saya kena jerkah,

"apsal nak kahwin awal sangat? tak mau tunggu sampai hujung tahun?"

saya terdiam, kelu. tapi hati berombak, berkata-kata.

saya jawab dengan, "tak mahu tunggu lama. lagipun tinggal nak run saja. kami dah survey sana sini dan dah fikir itu ini. so kami yakin kami dah sedia."

fuh!

aunts & uncles akur dengan keputusan saya.

hari ni insyaAllah akan bayar deposit sekuriti untuk dewan. lepas bayar deposit kejap lagi, saya ceritakan apa yang berlaku sepanjang siri penjelajahan saya mencari dewan ni ye?


sayang kamu semua!

Yang nak keluarkan duit simpanan pertama,
Ms Humaira

Saturday, 5 November 2011

Dugaan Lagi *Sila Senyum*

Assalamualaikum Semua ^_^

thanks A 'n' M sebab komen my 1st attempt buat fabric flower tu.. haha.. rasa macam kelakar. my mum ask, larat ke nak buat banyak-banyak? but for me, kalau dah gila nak buat tu, banyak mana pun sanggup~~

am i suppose to smile? ya. i MUST smile :)

agaknya, orang yang nak menikah ni, memang kuat dugaan hati dan perasaannya kan?

malam tadi ada konflik sikit dengan si dia. pada saya, ni perkara kecil tapi si dia macam meletup. terus cakap macam-macam dan ya, ada juga lah sebut hal-hal nak putus and blablabla.

tak perlu cerita kot.

cuma saya agak down. sebab, dah lepas masalah besar *kalau siapa pernah baca entri-entri sebelum ni, ada diceritakan* now, datang masalah dari kami sendiri pula, kan.

sepatutnya tak boleh ada masalah datang dari kami. 

penat juga nak menahan rasa, meningkatkan kesabaran.

ada sorang kawan kata, "kalau saya jadi Humaira, saya akan terus tinggalkan dia. dah banyak kali dia buat Humaira macam ni."

but for me, setiap orang tu ada kelebihan, ada kekurangan. hari ni saya menangis. tapi pada saya, saya lebih banyak hari-hari yang bahagia dengan dia berbanding hari-hari luka. tapi sekali luka, memang pedih yang amat sangat.

saya pernah slowtalk, kalau dia buat macam ni lagi, saya takkan teragak-agak untuk betul-betul putuskan hubungan kami. tapi saya rasa saya tak boleh buat macam tu. kami bukan budak kecil. nak main-main macam ni.

saya kagum tengok B2B lain yang dah 7,8 tahun berkawan. ada yang dah 10 tahun pun ada. sangat salute!

mesti kawan-kawan semua pun ada pengalaman terluka kan.

saya dah banyak kali terluka dengan pengalaman, kisah dengan orang-orang terdahulu *see, orang-orang. means dah terlalu banyak*. jadi saya dah penat untuk mengenali orang baru. pada saya, yang penting kita terima dia seadanya.

esok mesyuarat keluarga. akan bincangkan soal majlis kami. tapi saya tak ada mood. padahal inilah saat yang saya nantikan dari dulu.

saya hilang mood. ibu ayah tak tahu hal ni. dan tak perlu tahu.

inikah bakal suami saya? saya sudah buat solat istikharah hampir tiap hari.

ya Allah, bukakanlah hijab. hamba-Mu ini masih tidak memahami segala yang berlaku ini...

saya pernah bagitau dia, nanti lepas menikah, kita kumpul duit, pergi haji, nak?

:)

salam aidiladha kawan-kawan :)

Yang diduga lagi,
Ms Humaira.

Friday, 4 November 2011

1st Attempt

Assalamualaikum Semua ^_^

hari ni saya nak letak gambar aje. boleh? ni hasil yang saya buat lepas solat subuh tadi. sempat siapkan sekuntum sebelum pergi kerja. hehe. bahan-bahan, guna tudung yang dah tak pakai tu. tak pasal-pasal kena gunting. hehe. yang tengah-tengah guna brooch yang dibeli masa pergi sabah dulu.


























letak dalam kereta. nak tunjuk kepada si dia lepas balik kerja nanti! wee~ tapi kurang puas hati sikit. tak berapa cantik. :(


kan?


Yang Teruja Lagi,
Ms Humaira

Thursday, 3 November 2011

Kursus Kahwin dan Bunga-bunga Cinta

Assalamualaikum Semua ^_^

thanks lala sebab tag saya :) nanti ada masa lebih-lebih sikit saya jawab ye ^_^
and thanks renee for your comment. saya ada baca post renee pergi kursus di TTDI tu :D baucer tu akan kita guna ke nanti ye? si dia kata, kita tak guna kott... well, tak tau lagi kan. hehe.

Girlss!! Saya dah book kursus kahwin on 12 & 13 November 2011 kan kan kan.. but... baru tadi saya text lecturer dan dan dan on 12 nov tu ada lab. so sad. oh oh, i am a tutor *cari duit tambahan nak nikah ni! plus saya memang gila mengajar!*

so terpaksa cancel tempahan dan pospon ke 19 & 20 november. tapi kan tapi kan.. alamak! 19 & 20 nov tu sangaaattttlah banyak jemputan kahwin kawan-kawan.

macam mana ni?

dah tak sengaja ter'book'. takkan nak cancel lagi for 2nd time? seganlah pula -_-"

takpe-takpe wedding 19 nov tu boleh pergi awal sikit since kursus kawen start 2.00 petang masa hari sabtu. but, wedding invitation on 20 nov terpaksa cancel semua.

sorry kawan-kawan. i doakan dari jauh. maaf T___T

oh ya girls, hari tu ada tengok siaran wanita hari ini. then tertengok very very very nice stunning and sangat jatuh hati dengan ini!


saya terus like fanpage diorang ni. 

dengan harapan, nak dapatkan lebih banyak idea for my wedding. puaslah duk tenung gambar-gambar diorang. sebab nak cuba buat sendiri! haha.

when i show this to my parents, diorang pun sangat suka dan teruja suruh i cuba buat sendiri. 

tapi saya tak terfikir macam mana nak buat bunga-bunga cinta tu. sedih! 

until i saw this!


oh oh, ni salah seorang bride yang saya follow. dah lama rupanya intan ni buat tutorial bunga-bunga ni. siap ambil tempahan lagi. al-maklum, saya baru sahaja beberapa minggu ni teruja nak buat persiapan perkahwinan. makanya sebelum ni, tak ada lah nak teruja sangat tengok benda-benda macam ni.

thanks sebab kongsi ilmu ni ya intan! sangat-sangat menghargai! 

now, saya dah terfikir baaaaaaaanyak hiasan yang akan saya gunakan fabric flower ni sahaja.

jimat? yes! definitely! i can get all the kainssss for free! tinggal beli butang dan dawai saja.

tak sabar nak balik rumah dan cuba!

teruja!

Yang Teruja,
Ms Humaira

Tuesday, 1 November 2011

Kursus Kahwin

Assalamualaikum Semua ^_^

tadi saya baru lepas call masjid negara untuk buat booking kursus kahwin. ceh! tercapai cita-cita saya nak berkursus kahwin dengan bakal suami. *theee*

dulu masa tahun akhir di universiti, memang dah ada daftar untuk kursus kahwin. yelah, final year student kan. tak mahu lah lepaskan peluang gini. masa tu katanya, student price. so takut dah kerja nanti lebih mahal atau tak ada masa *in case kena kerja hari sabtu ke..*

tapi masa tu saya terpaksa batalkan pemergian ke kursus tu di saat akhir. sebab ada kursus lain yang lebih penting untuk saya attend bagi menjayakan projek sarjana muda saya. aim masa tu adalah untuk habiskan degree on time. so, kursus kahwin lepas habis belajar pun boleh pergi.

pffttt...

hampa...

sebab kawan-kawan semua ambil kursus masa tu. nanti dah kerja, takkan nak ambil sorang-sorang?

nak sedapkan hati, pujuk hati dengan berkata, "tak apalah. nanti ambil kursus tu dengan bakal suami aje lah."
dengan harapan bakal suami pun belum ambil kursus tu.

yelah, masa tu belum ada bakal suami pun.

:D

dannn...

ternyata si dia pun belum ambil kursus kahwin. wahaha satu kebetulan. dia pun kata, masa zaman belajar dulu, kawan-kawan pun sibuk-sibuk nak ambil kursus kahwin awal tapi dia tak ada pun tergerak hati nak ambil kursus kahwin sama dengan kawan-kawan lain.

agaknya Allah dengar niat saya kot. hehe.

boleh kah kata tu satu jodoh?

gedik.

kenapa buat kat masjid negara?

sebab si dia request. saya pun tak tahu kenapa. ikutkan sahaja.

tapi kan, senangnya booking kat situ ye? saya call nombor ni 03-42604329 dan dia suruh SMS nama penuh, tarikh kursus, dan lokasi.

lepas tu terus dapat SMS confirmation, siap kata dapat baucer lagi. eh, ye ke?

tapi awal sangat ke saya pergi kursus ni ye? tak kan. sebab saya fikir, lepas ni banyak lagi hal yang perlu saya settle. kalau boleh nak settle semua prosedur ni 2 bulan sebelum majlis. sebab urusan borang-borang pelbagai ni kan macam leceh sikit kan.

sesiapa yang ada pengalaman kursus kahwin di masjid negara, boleh kongsi dengan saya? hee~

thanks kawan-kawan :)


Yang nak pergi kursus,
Ms Humaira.