Love is in the air

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 1 November 2011

Kursus Kahwin

Assalamualaikum Semua ^_^

tadi saya baru lepas call masjid negara untuk buat booking kursus kahwin. ceh! tercapai cita-cita saya nak berkursus kahwin dengan bakal suami. *theee*

dulu masa tahun akhir di universiti, memang dah ada daftar untuk kursus kahwin. yelah, final year student kan. tak mahu lah lepaskan peluang gini. masa tu katanya, student price. so takut dah kerja nanti lebih mahal atau tak ada masa *in case kena kerja hari sabtu ke..*

tapi masa tu saya terpaksa batalkan pemergian ke kursus tu di saat akhir. sebab ada kursus lain yang lebih penting untuk saya attend bagi menjayakan projek sarjana muda saya. aim masa tu adalah untuk habiskan degree on time. so, kursus kahwin lepas habis belajar pun boleh pergi.

pffttt...

hampa...

sebab kawan-kawan semua ambil kursus masa tu. nanti dah kerja, takkan nak ambil sorang-sorang?

nak sedapkan hati, pujuk hati dengan berkata, "tak apalah. nanti ambil kursus tu dengan bakal suami aje lah."
dengan harapan bakal suami pun belum ambil kursus tu.

yelah, masa tu belum ada bakal suami pun.

:D

dannn...

ternyata si dia pun belum ambil kursus kahwin. wahaha satu kebetulan. dia pun kata, masa zaman belajar dulu, kawan-kawan pun sibuk-sibuk nak ambil kursus kahwin awal tapi dia tak ada pun tergerak hati nak ambil kursus kahwin sama dengan kawan-kawan lain.

agaknya Allah dengar niat saya kot. hehe.

boleh kah kata tu satu jodoh?

gedik.

kenapa buat kat masjid negara?

sebab si dia request. saya pun tak tahu kenapa. ikutkan sahaja.

tapi kan, senangnya booking kat situ ye? saya call nombor ni 03-42604329 dan dia suruh SMS nama penuh, tarikh kursus, dan lokasi.

lepas tu terus dapat SMS confirmation, siap kata dapat baucer lagi. eh, ye ke?

tapi awal sangat ke saya pergi kursus ni ye? tak kan. sebab saya fikir, lepas ni banyak lagi hal yang perlu saya settle. kalau boleh nak settle semua prosedur ni 2 bulan sebelum majlis. sebab urusan borang-borang pelbagai ni kan macam leceh sikit kan.

sesiapa yang ada pengalaman kursus kahwin di masjid negara, boleh kongsi dengan saya? hee~

thanks kawan-kawan :)


Yang nak pergi kursus,
Ms Humaira.

2 orang si cantik sudi komen:

A.N.A said...

lala tag humaira...

http://misilala.blogspot.com/2011/11/selamat-hari-selasa.html

Renee Meow said...

yeayy.. happy-berkursus yea.. i pegi kursus kat TTDI, xsilap nora pegi masjid negara punye.. siap dpt voucher kan??